Friday 15 March 2013

@limkitsiang Tak Marah @cmlimguaneng Kotorkan DAP !!! #TolakDAP


Seorang ahli DAP semalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini.


Lee Chee Cheng yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras dekat sini berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

"Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini.

"Saya cintakan Malaysia. Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah kafe di Bandar Sungai Long di sini.

Biarpun menghadapi kesukarann untuk bertutur dengan jelas kerana sakit angin ahmar, beliau ketika membaca teks kenyataan media berharap Perdana Menteri terus maju dan jaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan keamanan.

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan.

Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu.

"Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya.

Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment