Thursday 14 March 2013

@tianchua Kecut Telo Apabila Anggota Polis Mahu Tahan Di Lokap Sementara !!! #TolakPR


Sepatutnya pemimpin pembangkang harus memberi kerjasama kepada polis, ketika polis sedang menjalankan siasatan sama seperti pesalah kes jenayah lain masih boleh memberikan kerjasama kepada pihak Polis, walaupun kes mereka adalah kes berat/ Apakah kerana jawatan Tian Chua yang merupakan Ahli Parlimen maka beliau kebal dan tidak boleh dicuit pihak Polis? Adakah dia terlupa dia hanya kebal di Dewan Parlimen je ?

Apakah kerana Tian Chua ini Naib Presiden PKR lidah kepada Anwar Ibrahim maka beliau boleh membuat apa sahaja mengatasi undang undang? Adakah dia fikir ramai orang akan datang berkumpul memberi sokongan seperti ketua auwtarnya?

Tian Chua ini lah salah satu contoh pemimpin rejim PKR yang menjadi ikut macai macai bawahannya. Belum lagi mereka mendapat kuasa mentadbir Malaysia sudah besar kepala dan anda boleh bayangkan apabila Malaysia ditadbir mereka. Pastinya rakyat akan ditindas dna mereka sahaja yang betul serta kebal dari sebarang undang undang.

Pada kejadian pagi tadi, ketika pihak polis mahu Tian Chua ke lokap sementara untuk menunggu dirinya dijamin, pihak polis telah dihalang oleh 3 orang peguam dan 5 orang pengawal peribadinya bertindak membuat benteng. Bukan ini salah dari segi undang undang kerana menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan tugas?

Kerana ini lah semalam, setiausaha lembik dia dok twitt kepada orang ramai untuk datang ke mahkamah kononnya untuk memberi sokongan moral, walhal mungkin hanya cara untuk menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas !!!

Apakah Ahli Parlimen rejim PKR, gerembolan DAP dan pelampau PAS tidak boleh dicuit langsung oleh pihak Polis? Apakah ada perbezaan antara rakyat biasa yang melakukan kesalahan jenayah berbanding pemimpin Pakatan Pembangkang?

Maka TM saran lah orang Malaysia untuk berfikir siapa yang perlu diundi pada PRU akan datang !!! Bagi TM, puak puak ini perlu ditumbangkan dan tidak diberi muka untuk memerintah negara ini !!! 

Klik SINI untuk salam terakhir Tian Chua !!!

TM sokong Barisan Nasional dan akan pangkah dacing di Parlimen Batu untuk tumbangkan Tian Chua !!!

No comments:

Post a Comment