Tuesday, 19 March 2013

@pemudaumnoptjy Sokong BN Terus Terajui Putrajaya ! @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal #tolakPR

Ratusan Pemuda UMNO Putrajaya bersama kepimpinan Ketua Pemuda, Datuk Zaki dan AJK yang lain  telah hadir kelmarin ke Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru WP di Bandar Tun Razak bagi menunjukkan sokongan padu kepada BN serta menolak sekeras-kerasnya Pembangkang dari merampas Putrajaya.
Dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan kepada semua rakyat supaya tidak tertipu dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang baru-baru ini. 

Beliau berkata, rakyat harus sedar pakatan pembangkang melalui seorang pemimpin kanannya pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukannya satu perjanjian yang perlu ditunaikan. 

Atas sebab itu beliau berkata, banyak janji manifesto yang tawarkan kepada rakyat terutama di Selangor pada pilihan raya umum 2008 gagal ditunaikan sehingga rakyat membuat beberapa tuntutan di mahkamah. 

"Rakyat jangan tertipu dengan janji-janji yang ditawarkan seperti mana yang disebut di dalam manifesto mereka. Yang lama pun tidak tertunai hendak pula tawarkan yang baru. 

"Rakyat harus ingat bagaimana Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata manifesto bukannya janji. Ada ke dia kata bukan janji. Saya minta rakyat sedar dan tidak lagi tertipu dengan mereka.


Sumber Pemuda Putrajaya

No comments:

Post a Comment