Saturday 2 March 2013

@anwaribrahim dan Rejimnya Hanya Bersandiwara Mesra Polis dan Tentera #TolakPR @Zahid_Hamidi



Solat jenazah KPL Sabarudin Daud

Ibu (bertudung coklat) dan isteri KPL Sabarudin

Anak sulong Arwahyarham KPL Sabarudin


Menabur bunga pada kubur suami tercinta

Kasih ibu membawa ke syurga 


Kumpulan penceroboh bersenjata menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian itu, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Pelbagai pihak membidas Naib Presiden PKR, Tian Chua selaku salah salah satu lidah Anwar Ibrahim yang mendakwa pertempuran di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah, semalam, sebagai konspirasi UMNO.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen Batu itu supaya menyemak dulu fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan melulu berhubung kejadian berkenaan.

“Tanyalah pada diri dia (Tian Chua) sendiri, apa yang dia lakukan sebelum penceroboh masuk ke Lahad Datu. Tian Chua dan rakannya memang mengharapkan pertumpahan darah berlaku bagi memburukkan tentera dan polis.

TM - rejim PKR puji polis waktu KL112 kerana nak menunjukkan rejim mereka mesra dengan polis tapi di saat negara di selubungi kesedihan, rejim pkr pelampau pas dan gerombolan dap mengambil kesempatan untuk memburukan dan mencemuh pihak keselamatan. Mereka ini tidak layak memimpin negara !!!

p/s TM tak nampak mana mana pemimpin tertinggi rejim pkr pelampau pas dan gerombolan dap menghadirkan diri menziarahi anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di hospital. Ternyata puak puak ini hanya bersandiwara mesra polis dan tentera !!!

No comments:

Post a Comment