Thursday, 14 March 2013

Salam Terakhir @tianchua? Salam Yang Teristimewa ! Pergian Ku Tidak Dirancang ! Jangan Lupa #TolakPR


"Salam abah, mak doakan orang (saya) selamat".
Apabila ajal sudah sampai, tiada yang mampu menghalang walaupun sesaat lewat atau sesaat awal ! Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Prebet Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kepada bapanya, Ismail Husin, 55, sehari sebelum Allahyarham ditugaskan untuk menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 7 Mac lalu adalah salam terakhir yang akan dikenang hingga akhir hayat

Kali terakhir beliau bertemu arwah anaknya pada dua tahun yang lepas pada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Arwah agak sibuk dengan tugasnya sehingga tidak bersempatan pulang bercuti di kampung.

Encik Ismail berkata, arwah anaknya Ahmad Hurairah berhasrat untuk membawa kekasih berasal dari Bachok untuk berjumpa dengan keluarganya selepas tamat operasi itu, turut berpesan supaya menjaga diri baik-baik semasa ketiadaannya.

Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail lagi, anaknya yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah .

No comments:

Post a Comment