Pada malam ini pasti Tian Chua sedang menangis apabila Sara Lily a/p George, Naib Ketua Wanita PKR cabang Batu, bersama 120 ahli PKR Batu telah keluar parti PKR kerana tidak sehaluan dengan Presden PKR, Wan Azizah dan kepimpinan Tian Chua di PKR Batu. Sehubungan itu, Sara Lily bersama 120 orang yang keluar parti PKR telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli PGRM dan borang tersebut telah diserahkan kepada Dr Dominic Lau di majlis Ceramah BN bersama 1500 kaum India di Dewan Komuniti Sentul Perdana Bandar Baru Sentul.

Sebagai ganjarannya Wan Azizah telah meminta supaya Sara Lily dipilih untuk menjadi Naib Ketua Wanita Cabang Batu. Dalam isu tuntutan terhadap kematian anaknya dalam tahanan polis, malangnya Sara Lily telah diabaikan oleh Wan Azizah dan mereka yang menpergunakannya sebelum ini.
Difahamkan bahawa Sara Lily juga telah membuat lapuran polis untuk memohon perlindungan polis dari ancaman penyokong PKR, berikutan keputusannya meninggalkan PKR.
Sudah ramai telah meninggalkan PKR yang selalu pergunakan orang untuk kepentingan agenda mereka, oleh itu TM menasihatkan pengundi di Batu untuk menjatuhkan Tian Chua pada hari ahad ini.
Sokong la Barisan Nasional dan Pangkah la Dacing !!!
No comments:
Post a Comment