Tuesday, 7 May 2013

Analisa #PRU13 Melayu Vs Cina #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #GE13


Ada dua Malaysia; satu dari golongan Melayu yang mengembalikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kesan kempen 1Malaysia yang diharapkan dapat mengembalikan Kedah dan kerajaan meskipun hanya dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya 13.

Satu lagi merupakan golongan rakyat majoriti Cina yang telah memberi lebih banyak undi serta kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di bandar-bandar, menunjukkan pertambahan jurang antara kawasan pedalaman dan kota di sebuah negara yang sedang pesat membangun.
80 peratus daripada 12.9 juta pengundi keluar mengundi semalam merupakan satu rekod baru yang membawa kepada saingan sengit antara BN dan PR bagi merebut kemenangan selain mengukuhkan lagi idea wujudnya sistem dua parti di Malaysia.Selain itu, majoriti Melayu terbahagi kepada mereka yang yakin terhadap kepimpinan dan kemampuan BN yang telah memajukan Malaysia selama tempoh 56 tahun pemerintahan parti tersebut atau golongan yang percaya dengan kempen gabungan tiga parti yang menjanjikan kesamarataan kaum dan agama. Akhirnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan PR menang 89.
“Saya rasa mereka berasa teruja dengan kempen pembangkang, kerana itulah ada sedikit perubahan undi… dan banyak sentimen Cina yang dibangkitkan, ada yang berbau perkauman, yang turut dimainkan dalam pilihan raya kali ini, adalah tidak sihat untuk negara kita,” kata Najib kepada wartawan di ibu pejabat UMNO awal pagi tadi selepas kemenangan majoriti mudah diumumkan, mengesahkan BN kembali ke Putrajaya.
“Saya memang ada jangka tapi tidak menjangka sehingga ke tahap ini. Tiada antara kami menjangka sampai sebegitu teruk sekali orang Cina tidak mengundi BN. Namun begitu, walaupun ada perubahan undi namun BN tidak jatuh,” tambahnya lagi.
Kempen 1Malaysia Najib yang merupakan sebahagian daripada kempen beliau untuk sebuah negara berpendapatan tinggi nyata telah mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu yang merupakan majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan yang dijanjikan perubahan dalam kempen tersebut.
President UMNO itu telah bekerja keras di bawah pelbagai inisiatif, termasuk memberi bantuan kewangan serta membentuk agensi bagi membantu pembinaan perumahan kos rendah bagi golongan miskin kota yang tidak mampu menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Rayuan dan inisiatif Najib berjaya mengekalkan BN sebagai kerajaan di Parlimen dan DUN walaupun dengan majoriti mudah di beberapa negeri seperti Perak dan Terengganu.
Pengundi beratur untuk mengundi di sebuah pusat mengundi di Pekan, Pahang, 5 Mei, 2013. — Gambar Reuters
Namun BN telah kalah di beberapa tempat di negeri kuat juga tempat kelahiran UMNO, Johor, di mana perancangan pusat koridor Iskandar menarik banyak pelaburan sungguhpun golongan Melayu risau mereka mungkin kalah dengan pelabur luar.


Johor menyaksikan perubahan undi dengan majoriti Cina menunjukkan sokongan terhadap PR yang membantu mereka menang di beberapa ibu negeri dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan juga bandar besar negeri selatan tersebut.
“Pengundi Cina merupakan pengundi terbesar berubah undi, yang telah menurunkan jumlah undi kita,” kata ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan yang menyaksikan majoriti undinya pada 2008 dari 20,447 undi turun kepada hanya 3,200 dalam PRU kali ini.
Ini membantu DAP dan PKR mendapat lebih banyak kerusi di Parlimen bagi lima tahun akan datang manakala PAS telah kalah beberapa kerusi, menyebabkan ramai menyalahkan pengundi Melayu yang dikatakan berpihak kepada BN dan sebaliknya, kata pakar analisa.
Seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum lepas, pengundi Cina di kawasan bandar telah keluar mengundi dan menyokong PR manakala pengundi di kawasan majority Melayu kekal mengundi BN.
“Ini peperangan bangsa, bukan peperangan golongan,” kata seorang pakar analisa yang enggan dinamakan. Beliau turut menambah Kedah kembali ke tangan BN akibat kegagalan PAS memerintah.
“Pembahagian kerusi DUN juga akan menunjukkan PR mendapat sokongan daripada hanya satu bangsa atau tempat majoriti Cina,” tambahnya lagi, sambil menambah BN harus mengkaji keputusan PRU13 untuk kempen masa hadapan.
Beliau juga mengatakan kekalahan kerusi Parlimen dan sokongan terhadap BN juga merupakan satu kerisauan dan patut dikaji supaya mereka mendapat lebih sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber - KL Chronicle

No comments:

Post a Comment

Post a Comment