Showing posts with label Dominic Lau. Show all posts
Showing posts with label Dominic Lau. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Kata Rakyat Batu ! @tianchua Wakil Parti Bukannya Wakil Rakyat #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia


Di mana ahli parlimen Batu yang dipilih sejak 5 tahun lepas ? Di kala beberapa tempat di parlimen Batu mengalami banjir dua hari lepas, batang hidung Tian Chua tidak kelihatan untuk menolong rumah rakyat parlimen Batu dilanda banjir ! Selalu di majlis orang walau tidak jemput, dia kelihatan menyibuk datang sekadar bergambar untuk muat naik ke internet. 


Di mana ahli parlimen Batu yang dipilih sejak 5 tahun lepas ? Di kala beberapa tempat di parlimen Batu mengalami banjir dua hari lepas, batang hidung Tian Chua tidak kelihatan untuk menolong rumah rakyat parlimen Batu dilanda banjir ! Selalu di majlis orang walau tidak jemput, dia kelihatan menyibuk datang sekadar bergambar untuk muat naik ke internet. 


Orang yang tidak tahu akan tertipu dengan perbuatannya tapi orang di Batu sudah masak dan mual dengan penipuan ahli parlimen dari PKR ini. Tian Chua yang tidak membuat apa apa program untuk rakyat Batu tapi hanya menghadiri majiis majlis tertentu yang dibuat oleh penyokongnya. Manakala rakyat Batu yang lain terpinggir dan tidak diendahkan oleh Tian Chua. Kini rakyat di parlimen Batu memanggilnya sebagai Wakil Parti bukan Wakil Rakyat !!!

Pada hari Batu dilanda banjir, yang kelihatan ialah Dominic Lau yang dikatakan bakal menjadi calon Barisan Nasional berkejar sana sini untuk penduduk di Batu yang rumah dilanda banjir. Difahamkan bahawa Tian Chua sedang sibuk berkempen di Sarawak ketika itu ! Kita boleh lihat ahli parlimen ini sibuk berkempen di tempat lain tetapi parlimennya terabai !! Sepatutnya dia sibuk menjaga orang di parlimennya kerana orang telah memilihnya sebagai ahli parlimen pada PRU12 ! Tian Chua seperti tidak berminat lagi untuk menjadi ahli parlimen di Batu !!! 

Mungkin dia sangkakan bahawa dia akan memenangi kerusi parlimen itu sekali lagi. Akan tetapi pada kali ini rakyat sudah tahu apa perlu dilakukan pada pilihanraya kali ini !!! Akan tetapi kali ini rakyat di Batu akan memastikan Tian Chua jatuh dan dikuburkan pada PRU13.

Seperti biasa TM sarankan kita semua menyokong Barisan Nasional dan kita semua memangkah Dacing !



Friday, 8 February 2013

@tianchua Merasakan Kekalahannya PRU13

@rozanazen cuba melagakan @abss115 dan @Dominiclauhc

Gandingan yang bakal menjatuhkan Tian Chua di Batu



Merasakan kekalahan Tian Chua bakal tiba pada PRU13 akan datang, maka Rozan Azen macai kepada Tian Chua pun turut mengelabah kerana kerapuhan kedudukan bosnya sungguh pemalas. Untuk makluman pembaca blog TM, Tian Chua merupakan ahli parlimen yang pemalas dalam sejarah parlimen Batum hanya makan gaji buta pada setiap bulan dan kurang pemantauannya kepada orang terutama pengundi Batu. Tian Chua hanya suka interframe untuk bergambar di majlis atau program orang lain dan  hanya menjaga pengikut pengkutnya sahaja.

Sekarang Rozan sudah mula meroyan dan cakap merapu di twitter, cuba melagakan dan mengeruhkan hubungan Pengerusi Barisan Parlimen Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani dan bakal calon BN Batu, Dr Dominic Lau. Dengan twittnya yang agak kebudakan membuat TM geli di ketiak. Ini bukan kali pertama rozan meroyan. Kecian.

Thursday, 7 February 2013

@tianchua Sudah Terdesak !!!

Mahu Berdebat Untuk Menutup Kesalahannya @abss115 @Dominiclauhc 
Yahaya berucap di hadapan penerima BR1M PDM Kg Batu Muda
Pada selasa malam bertempat di kawasan lapang di Kampung Batu Muda telah diadakan program penyampaian BR1M parlimen Batu peringkat PDM Kg Batu Muda. Seramai 1466 orang penerima BR1M telah hadir untuk menerima voucher BR1M. Dalam ucapan Datuk Yahaya Mat Ghani, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu berkata seramai lebih 24 ribu orang di Parlimen Batu layak untuk menerima BR1M.
Dominic Lau, bakal calon BN Parlimen Batu mengagih kupon BR1M pada penerima penerima  
"BR1M ini adalah salah satu Janji Ditepati oleh Kerajaan Barisan Nasional, walaupun hanya RM500, ianya dapat meringankan sedikit beban untuk setiap keluarga" kata Yahaya
Penerima mengerumuni Yahaya untuk kupon BR1M
 Menjawab cabaran PKR Batu pada isnin lepas untuk berdebat tentang Pembangunan di Parlimen Batu, Yahaya menbidas kembali dengan bertanya apa yang telah dilakukan oleh Tian Chua ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat yang menerima gaji setiap bulan melebihi 19 ribu sebulan ? Tian Chua sepatutnya  melakukan kerja kerja untuk Parlimen Batu dari berpolitiking di tempat lain.
Hambar pendengar ketika Rafizi Ramli datang berceramah di tempat yang sama 
Sememangnya semenjak 2008 rakyat di parlimen Batu kurang mendapat perhatian dari Tian Chua yang gagal sebagai seorang ahli parlimen. Tian Chua ini mewakili Parti Keadilan Rakyat dan seharusnya pada PRU akan datang, pengundi pengundi di parlimen Batu patut menjatuhkannya. TM harap rakyat di Batu tidak akan tertipu lagi oleh Tian Chua yang sungguh pemalas.

Saturday, 19 January 2013

@abss115 dan @Dominiclauhc Datang Bersama BR1M

membuat @tianchua bertempiaran lari #JanjiDitepati @NajibRazak




Berita gembira untuk semua rakyat yang layak !!! BR1M akan datang lagi tak lama lagi. TM rasa rata rata rakyat Malaysia sedang menunggu kedatangan BR1M ini.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.
“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya  selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.
Awang Adek berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.
“Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya,” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

TM dapat bayangkan semua orang Malaysia khasnya di Parlimen Batu akan gembira mendapat agihan BR1M yang dapat sedikit sebanyak meringankan beban. Kalau nak harapakan YB Tian Chua, habuk pun tarak de. Oleh itu kita perlu tumbangkan Tian Chua atau mana mana calon dari pakatan rosak !!! UNDI LAH BARISAN NASIONAL !!! 


Friday, 18 January 2013

@abss115 @Dominiclauhc dan Ramlan bergegas ke Sekolah

@tianchua lari dari sekolah #JanjiDitepati @NajibRazak 
Sebahagian Ibubapa Pelajar yang menerima Bantuan Awal Persekolahan RM100

Hari ini TM nak bercerita kepada semua rakyat terutama yang di Parlimen Batu bahawa bermula dari 15 Januari hingga 31Januari di Parlimen Batu, Datuk Yahaya @ Abbas, Datuk Ramlan dan Dominic Lau telah dan akan ke 42 sekolah yang dibawah. Mereka ke sekolah sekolah tersebut kerana membawa amanat yang diberikan oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional. Amanat yang dibawa ialah RM100 bagi setiap pelajar !!!

1. SK (1) BATU EMPAT, JLN IPOH
2.SK LA SALLE (1) SENTUL
3. SK LA SALLE (2) SENTUL
4. SJKT ST. JOSEPH
5. SK TAMAN KOPERASI POLIS
6. SJKC SENTUL PASAR
7. SK SERI NILAM
8. SJKC CHI MAN
9. SMK SENTUL UTAMA
10. SJKC SENTUL
11. SK KG. SELAYANG
12. SJKC LAI CHEE
13. SK SRI DELIMA
14. SJKT SENTUL
15. SMK CONVENT SENTUL
16. SK (L) METHODIST SENTUL
17. SK SENTUL 1
18. SJKC MUN CHOONG
19. SK (2) BATU EMPAT, JLN IPOH
20. SM SAINS SERI PUTERI
21. SMK ST. MARY
22. SMK DATO' IBRAHIM YAACOB
23. SMK BATU MUDA
24. SK SENTUL UTAMA
25. SMK (L) METHODIST SENTUL
26. SMK RAJA ALI
27. SK CONVENT SENTUL 1
28. SK KG. BATU
29.SMK RAJA ABDULLAH
30. SK SERI MURNI
31.SK TIARA PERMAI
32. SMK MAXWELL
33. SK SENTUL 2
34. SJKT THAMBOOSAMY PILLAI
35. SK CONVENT SENTUL 2
36. SK ST. MARY
37. SK BATU MUDA
38. SK INTAN BAIDURI
39. SMK LA SALLE SENTUL (M)
40. SK SERI PERAK
41. SK BANDAR BARU SENTUL
42. SMK BANDAR BARU SENTUL

Bapa ini tersenyum kerana menerima RM400 kerana menpunyai 4 orang anak di Sekolah Rendah Selayang Lama
Salah seorang ibu kepada salah seorang dari 80 pelajar 
Dominic Lau di SJKT St Joseph bersama pelajar yang menerima


Dominic Lau di SJK (C) Lai Chee
Dengan bantuan RM100 ianya dapat meringankan pembelanjaan ibubapa untuk anak anak mereka yang bersekolah, Penggunaan RM100 terpulang kepada penerima dan rata rata menyatakan mereka akan membeli peralatan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, peralatan tulis sekolah dan lain lain.

Ini salah satu cara bagaimana kerajaan pusat yang ada sekarang berusaha untuk membantu rakyat tanpa mengira peringkat usia.

Kalau harapkan Tian Chua Ahli Parlimen yang pemalas dalam sejarah Parlimen Batu memang tak pernah melawat sekolah sekolah di Parlimen Batu. Oleh itu ibubapa dan pengundi di Parlimen patut menjatuhkan Tian Chua yang tidak prihatin terhadap anak anak batu masa depan negara pada PRU akan datang!!!

TM teringat janji pakatan rosak kepada anak anak tadika di Selangor yang dicapati !!


Tuesday, 25 December 2012

Istihar UMNO Menang Di Batu

@tianchua mengaku kalah lebih awal !! #MPMalas @NajibRazak @abss115 @Dominiclauhc



Nampaknya Tian Chua ahli parlimen Batu paling malas dalam sejarah Ahli Parlimen Batu mengaku UMNO layak menang di Parlimen Batu pada PRU13 nanti. Kebimbangan dan kegelisahan Tian Chua ini disebabkan melihatkan gerak kerja UMNO dari Barisan Nasional yang terlalu banyak, sedang dia sebagai ahli parlimen yang telah dipilih telah GAGAL UNTUK MELAKUKAN PEMBAHARUAN DI BATU !!! GAGAL MEMBANTU RAKYAT BATU !!! Pengakuan ini telah dibuat di twitternya pada 23 November lalu. Ini respon Tian Chua kepada salah satu program UMNO BN anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ... Klik Sini


Peta Batu Wilayah Persekutuan

Kita semua orang di Batu tahu UMNO Bahagian Batu dibawah Datuk Yahaya Mat Ghani yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional telah melakukan banyak program kemasyarakatan di Batu akan memberi laluan kepada sesiapa sahaja dari komponan Barisan Nasional, walaupun dari GERAKAN kerana semangat setiakawan dalam Barisan Nasional.

Nampaknya Tian Chua mengelabah dan terdesak mengeluarkan kenyataan begini di twitternya. Cuba memecah belah sefahaman di dalam komponan Barisan Nasional.

Kalau dilihat sendiri, orang ramai di Batu boleh pun boleh lihat bakal calon BN Batu yang disebut sebut dari Gerakan, Dominic Lau juga telah membuat kerja bagaikan ahli parlimen melebihi Tian Chua yang hanya melebihkan agenda politiknya di LUAR DARI BATU !!!

Tian Chua yang memenangi Parlimen Batu pada PRU12 lepas setelah mengalahkan calon BN ialau Lip Si Pin. Sebelum ini kerusi parlimen Batu telah disandang oleh Ng Lip Yong, Joseph Chong, Alex Lee dari GERAKAN yang merupakan komponan Barisan Nasional. Ketika Barisan Nasional menabir parlimen Batu, masyarakat tidak pernah diabaikan oleh ahli parlimen dari Barisan Nasional tetapi setelah Tian Chua menangi parlimen Batu, TM boleh katakan parlimen Batu ini agak MALANG kerana Tian Chua mana ada buat apa apa kecuali INTERFRAME DI MAJLIS KAHWIN, MAJLIS ORANG LAIN DAN KEMATIAN (hanya orang yang menyokong pakatan rosak).

KALAU TAK PERCAYA, TANYA PADA TIAN CHUA YANG PEMALAS, berapa banyak program program yang dia telah lakukan untuk masyarakat di Batu sejak tahun 2008 !!!

Oleh itu, TM menyarankan pengundi pengundi di Parlimen Batu supaya tidak tertipu untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen dari Pakatan Rosak.

Seperti Tian Chua selalu berkata !!! KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT BATU AKAN MENJATUHKAN TIAN CHUA YANG MALAS PADA PRU13 AKAN DATANG !!!

TM juga pengundi di Parlimen akan mengundi Barisan Nasional untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen yang pemalas !!!

Thursday, 6 December 2012

Keluarga Terlibat Kebakaran Mendapat PPR

Atas usaha @RajaNongChik @abss115 @Chandrakumanan @Dominiclauhc dari Barisan Nasional
Raja Nong Chik berucap dihadapan bakal penerima kunci PPR Beringin
Atas usaha orang dari Barisan Nasional dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, seramai 16 keluarga mangsa kebakaran dari Kampung Chubadak (Cempedak) dan Kampung Sigma telah ditawarkan untuk menyewa PPR Intan Baiduri selama setahun. Semua keluarga tersebut akan menikmati sewa percuma selama 3 bulan. Penyerahan kunci ini telah dibuat dalam satu majlis ringkas di Dewan Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul disempurnakan Datuk Raja Nong Chik, Menteri WP dan Kesejahteraan Bandar.

Turut hadir Ramanathan, Chandrakumanan, Amin. Yahaya dan Dominic
TM difahamkan mangsa mangsa dari setiap keluarga menerima juga bantuan kewangan dari Datuk Yahaya dan Dominic Lau, Barisan Nasional Parlimen Batu, Chanrakumanan dari PPP Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah terkumpul melebihi RM1000.

Salah seorang penerima kunci dari Kampung Sigma

Untuk makluman pembaca blog TM, terdapat dua orang kerana bujang mereka dan satu keluarga, ketua rumah berkad pengenalan merah tidak dapat tawaran untuk menyewa di PPR. Namun begitu mereka juga mendapat bantuan kewangan. Perkara ini telah dipolitikan oleh PKR Parlimen Batu walaupun mereka mengetahui syarat menyewa perumahan DBKL, sila kilik di sini ! !!

Salah seorang mangsa kebakaran Kg Chubadak menerima surat tawaran PPR
Untuk pengetahuan semua pembaca blog TM, seperti yang diketahui oleh penduduk parlimen Batu bahawa Tian Chua Ahli Parlimen Batu dari PKR atau Pakatan Rosak yang malas tidak membuat apa apa usaha atau tindakan untuk menolong mangsa mangsa kebakaran. Hanya baru baru mereka timbul untuk menjadi hero !!! Seperti TM selalu sarankan kepada semua pengundi pengundi parlimen Batu untuk menjatuhkan Tian Chua pada PRU13 akan datang. Jangan lagi tertipu dengan janji janji Tian Chua kerana janjinya hanya palsu dan lakunan.

TM akan pasti pangkah BN seperti selalu !!!!