Showing posts with label GERAKAN. Show all posts
Showing posts with label GERAKAN. Show all posts

Tuesday, 7 June 2016

Gempar Rakyat Melihat @BudimanZohdi Berterbangan Di Sekinchan #inilahbudiman #prkSgBesar #scs93

Semalam YB Budiman Mohd Zohdi bersama Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong telah ke Sekinchan untuk berjumpa dengan pengundi pengundi Cina. Ketika melawat pengundi pengundi Cina, mereka telah mencuba menyelesaikan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan segera seperti isu kenegaraan, bantuan dan penaikan taraf jeti di situ.



3.00 pm - YB Budiman Mohd Zohdi bersama Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong bagi sidang media berhubung permohonan warganegara di Kampung Baru Site C,Sekinchan petang semalam.






4.30 pm - YB Budiman Mohd Zohdi bersama Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menbuat lawatan rumah ke rumah berjumpa pengundi di Kampung Baru Site C,Sekinchan petang semalam.






6.30 pm - YB Budiman Mohd Zohdi bersama Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menbuat lawatan rumah ke rumah berjumpa pengundi di Kampung Nelayan Lorong 1, Sekinchan.


7.00 pm - Diakhir walkabout di Kampung Nelayan lorong 1 Bagan Sekinchan,YB Budiman Mohd Zohdi berkesempatan melihat perkembangan pembinaan pelantar ikan ( jeti ) yang sedang dalam pembinaan di samping mendengar rintihan para nelayan di kawasan tersebut.

Pengundi pengundi Cina di Sekinchan perlu mengundi YB Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat mereka supaya kebajikan dan hal ehwal mereka dapat dijaga dengan baiknya.




Tuesday, 25 December 2012

Istihar UMNO Menang Di Batu

@tianchua mengaku kalah lebih awal !! #MPMalas @NajibRazak @abss115 @Dominiclauhc



Nampaknya Tian Chua ahli parlimen Batu paling malas dalam sejarah Ahli Parlimen Batu mengaku UMNO layak menang di Parlimen Batu pada PRU13 nanti. Kebimbangan dan kegelisahan Tian Chua ini disebabkan melihatkan gerak kerja UMNO dari Barisan Nasional yang terlalu banyak, sedang dia sebagai ahli parlimen yang telah dipilih telah GAGAL UNTUK MELAKUKAN PEMBAHARUAN DI BATU !!! GAGAL MEMBANTU RAKYAT BATU !!! Pengakuan ini telah dibuat di twitternya pada 23 November lalu. Ini respon Tian Chua kepada salah satu program UMNO BN anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ... Klik Sini


Peta Batu Wilayah Persekutuan

Kita semua orang di Batu tahu UMNO Bahagian Batu dibawah Datuk Yahaya Mat Ghani yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional telah melakukan banyak program kemasyarakatan di Batu akan memberi laluan kepada sesiapa sahaja dari komponan Barisan Nasional, walaupun dari GERAKAN kerana semangat setiakawan dalam Barisan Nasional.

Nampaknya Tian Chua mengelabah dan terdesak mengeluarkan kenyataan begini di twitternya. Cuba memecah belah sefahaman di dalam komponan Barisan Nasional.

Kalau dilihat sendiri, orang ramai di Batu boleh pun boleh lihat bakal calon BN Batu yang disebut sebut dari Gerakan, Dominic Lau juga telah membuat kerja bagaikan ahli parlimen melebihi Tian Chua yang hanya melebihkan agenda politiknya di LUAR DARI BATU !!!

Tian Chua yang memenangi Parlimen Batu pada PRU12 lepas setelah mengalahkan calon BN ialau Lip Si Pin. Sebelum ini kerusi parlimen Batu telah disandang oleh Ng Lip Yong, Joseph Chong, Alex Lee dari GERAKAN yang merupakan komponan Barisan Nasional. Ketika Barisan Nasional menabir parlimen Batu, masyarakat tidak pernah diabaikan oleh ahli parlimen dari Barisan Nasional tetapi setelah Tian Chua menangi parlimen Batu, TM boleh katakan parlimen Batu ini agak MALANG kerana Tian Chua mana ada buat apa apa kecuali INTERFRAME DI MAJLIS KAHWIN, MAJLIS ORANG LAIN DAN KEMATIAN (hanya orang yang menyokong pakatan rosak).

KALAU TAK PERCAYA, TANYA PADA TIAN CHUA YANG PEMALAS, berapa banyak program program yang dia telah lakukan untuk masyarakat di Batu sejak tahun 2008 !!!

Oleh itu, TM menyarankan pengundi pengundi di Parlimen Batu supaya tidak tertipu untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen dari Pakatan Rosak.

Seperti Tian Chua selalu berkata !!! KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT BATU AKAN MENJATUHKAN TIAN CHUA YANG MALAS PADA PRU13 AKAN DATANG !!!

TM juga pengundi di Parlimen akan mengundi Barisan Nasional untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen yang pemalas !!!

Saturday, 22 December 2012

Lim Keng Yaik Meninggal Dunia


Malaysia kehilangan seorang tokoh yang berkaliber



Bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik 73, meninggal dunia di rumahnya di Tropicana di sini di 16:45 pada hari ini.

Seorang Doktor Perubatan yang menjadi ahli politik telah menjadi presiden Gerakan pada tahun 1980.

Dilahirkan pada 8 April, 1939, Dr Lim memulakan kerjaya politik beliau pada tahun 1968 dengan menyertai MCA. Beliau kemudiannya bertanding di kerusi Pekan negeri di Perak Baru pada tahun 1969 atas tiket Perikatan, tetapi kalah.

Pada tahun 1971, beliau menjadi pengerusi MCA Perak tetapi telah disingkirkan pada tahun 1973. Pada tahun yang sama, beliau menyertai Gerakan.

Dr Lim menjadi ketua bahagian Gerakan Ulu Kinta Gerakan pada tahun berikutnya dan  menjadi Ketua Gerakan Perak pada tahun 1974. Pada tahun 1976, beliau menjadi timbalan presiden parti itu. Pada bulan Julai 1978, Lim meletak jawatan sebagai senator dan dipertandingkan dalam pilihan raya umum dan memenangi kerusi DUN Jalong di Perak.

Dr Lim, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Beruas pada tahun 1986 dan telah memegang kerusi itu sehingga pilihan raya 2004 apabila beliau bersara dari politik.

Dr Lim mula menyertai Kabinet ketika beliau telah dibuat Menteri dengan Tugas-tugas Khas berurusan dengan Kampung Baru dan kerja Kecemasan pada tahun 1972.

Beliau telah memegang banyak jawatan menteri dengan terakhirnya sebagai portfolio Tenaga, Air dan Komunikasi pada tahun 2004.

Pada 2 September 2005, pada persidangan kebangsaan tahunan Gerakan makan malam delegasi, Dr Lim mengumumkan bahawa beliau akan bersara sebagai pemimpin parti pada 8 April, 2007, yang juga merupakan ulang tahun 68 beliau.

Lim bersara daripada jawatan Kabinet beliau sejurus sebelum pilihan raya umum 2008.