Tuesday, 25 December 2012

Istihar UMNO Menang Di Batu

@tianchua mengaku kalah lebih awal !! #MPMalas @NajibRazak @abss115 @Dominiclauhc



Nampaknya Tian Chua ahli parlimen Batu paling malas dalam sejarah Ahli Parlimen Batu mengaku UMNO layak menang di Parlimen Batu pada PRU13 nanti. Kebimbangan dan kegelisahan Tian Chua ini disebabkan melihatkan gerak kerja UMNO dari Barisan Nasional yang terlalu banyak, sedang dia sebagai ahli parlimen yang telah dipilih telah GAGAL UNTUK MELAKUKAN PEMBAHARUAN DI BATU !!! GAGAL MEMBANTU RAKYAT BATU !!! Pengakuan ini telah dibuat di twitternya pada 23 November lalu. Ini respon Tian Chua kepada salah satu program UMNO BN anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ... Klik Sini


Peta Batu Wilayah Persekutuan

Kita semua orang di Batu tahu UMNO Bahagian Batu dibawah Datuk Yahaya Mat Ghani yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional telah melakukan banyak program kemasyarakatan di Batu akan memberi laluan kepada sesiapa sahaja dari komponan Barisan Nasional, walaupun dari GERAKAN kerana semangat setiakawan dalam Barisan Nasional.

Nampaknya Tian Chua mengelabah dan terdesak mengeluarkan kenyataan begini di twitternya. Cuba memecah belah sefahaman di dalam komponan Barisan Nasional.

Kalau dilihat sendiri, orang ramai di Batu boleh pun boleh lihat bakal calon BN Batu yang disebut sebut dari Gerakan, Dominic Lau juga telah membuat kerja bagaikan ahli parlimen melebihi Tian Chua yang hanya melebihkan agenda politiknya di LUAR DARI BATU !!!

Tian Chua yang memenangi Parlimen Batu pada PRU12 lepas setelah mengalahkan calon BN ialau Lip Si Pin. Sebelum ini kerusi parlimen Batu telah disandang oleh Ng Lip Yong, Joseph Chong, Alex Lee dari GERAKAN yang merupakan komponan Barisan Nasional. Ketika Barisan Nasional menabir parlimen Batu, masyarakat tidak pernah diabaikan oleh ahli parlimen dari Barisan Nasional tetapi setelah Tian Chua menangi parlimen Batu, TM boleh katakan parlimen Batu ini agak MALANG kerana Tian Chua mana ada buat apa apa kecuali INTERFRAME DI MAJLIS KAHWIN, MAJLIS ORANG LAIN DAN KEMATIAN (hanya orang yang menyokong pakatan rosak).

KALAU TAK PERCAYA, TANYA PADA TIAN CHUA YANG PEMALAS, berapa banyak program program yang dia telah lakukan untuk masyarakat di Batu sejak tahun 2008 !!!

Oleh itu, TM menyarankan pengundi pengundi di Parlimen Batu supaya tidak tertipu untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen dari Pakatan Rosak.

Seperti Tian Chua selalu berkata !!! KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT BATU AKAN MENJATUHKAN TIAN CHUA YANG MALAS PADA PRU13 AKAN DATANG !!!

TM juga pengundi di Parlimen akan mengundi Barisan Nasional untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen yang pemalas !!!

No comments:

Post a Comment