Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Tuesday, 14 June 2016

@BudimaNZohdi Melawat Pengundi Awal Di Simpan Dalam Lokap #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93




Proses pengundian awal  Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Sungai Besar berjalan lancar dan terkawal pada hari ini. Di kawasan Parlimen Sungai Besar, terdapat seramai 286 orang pengundi awal dimana 265 orang adalah merupakan daripada Sungai Panjang manakala 21 orang daripada Sekinchan.

Dimaklumkan bahawa peti-peti undi berkenaan akan ditempatkan di dalam lokap Balai Polis Sekinchan selepas tempoh pengundian tamat hari ini. Peti-peti yang ditempatkan dalam lokap Balai Polis berkenaan dijamin akan berada dalam keadaan selamat.

"Pusat mengundi bagi Sekinchan akan ditutup pada jam 2 petang manakala Sungai Panjang pula akan ditutup pada jam 5 petang," 




Pada awal pagi, YB Budiman Mohd Zohdi mengambil kesempatan untuk melawat pengundi awal di IPD Sabak Bernam. Rata rata kelihatan pengundi pengundi awal ini amat mesra dengan calon Barisan Nasional.


"Salam dua jari, jangan lupa undi Budi"
Yakini Barisan Nasional, Percaya La Budiman



Saturday, 6 September 2014

@reezalmerican Sokong @PDRMsia Tangkap @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng dan 40 #PPSHaram




Datuk Seri Reezal Merican dan Bahagian UMNO di Pulau Pinang berikrar menyokong tindakan Polis DiRaja Malaysia dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangkap ahli PPS yang haram. Mereka juga berikrar tidak akan membenarkan PPS bertapak di Pulau Pinang.

p/s terima kasih merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Batu.

Monday, 21 July 2014

Adakah Undang Undang Dan Hukuman Milik Seorang Awam ? @PDRMsia @KBAB51


Budak Melayu ini telah ditangkap kerana mencuri. Setelah budak Melayu ini ditangkap, tangannya telah diikat dari belakang. Semesti budak ini tidak mampu melarikan dirinya lagi. Tetapi seorang lelaki cina mengambil kesempatan untuk menendang budak Melayu di kepalanya berulang kali. Sememang budak ini bersalah tetapi siapa lelaki cina ini suka hati mengambil tindakan sendiri dengan sepak terajang ???

Pertanyaan TM kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, adakah lelaki cina dibolehkan mengambil tindakan di tangan sendiri. Sepatutnya perkara ini diserahkan kepada puhak berkuasa.

Oleh itu TM merasakan polis harus mencari lelaki cina ini dan menahannya kerana mengambil tindakan sendiri secara kekerasan dengan suka hati !!!

Friday, 18 April 2014

Pemandu Lori Yang Hisap Ganja Tapi Kenapa Pemandu Alphard Karpal Singh Yang Merempuh Lori ?


Kesan ganja telah dijumpai di dalam sampel air kencing pemandu lori itu yang kenderaan telah terlibat dalam kemalangan dengan Toyota Alphard milik mendiang Karpal Singh.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu The Malaysian Insider bahawa saringan air kencing awal pemandu berusia 45 tahun mendedahkan kesan ganja. 

"Kami telah menghantar sampel air kencing ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk pengesahan," kata Acryl. 

Ini merupakan insiden kedua bahawa polis telah mengumumkan, bahawa pemandu kenderaan berat telah didapati positif dadah. 

Pada hari Selasa, kata polis pemandu bas ekspres dua tingkat, yang terhempas pada hari Sabtu menyebabkan tiga kematian, diuji positif dadah dan akan dikenakan bayaran. 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendant Mansor Mohd Nor berkata pemandu bas, Wan Khairul Affendi Wan Mustafa, 35, akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, di Mahkamah Majistret.

Tuesday, 16 July 2013

@PDRMsia Mohon Bantuan Orang Ramai Jejaki K.S. Hare Krishna @Zahid_Hamidi #1Malaysia



KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur hari ini menyiarkan gambar seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang dicari bagi membantu siasatan kes kematian suspek dalam lokap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pegawai polis tersebut dikenali sebagai K.S. Hare Krishna dan bertugas di JSJ Kuala Lumpur.

“Polis Kuala Lumpur memohon bantuan orang ramai mengesa pegawai polis ini kerana tidak hadir tugas sejak 15 Jun 2013 tanpa kebenaran.

“Dia juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu Chin Wah meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pegawai polis itu supaya menghubungi pihaknya.

Katanya, orang ramai boleh berbuat demikian dengan menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di talian 03-21460685.

Tambah beliau, maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline Polis KL (Rakancop) di talian 03-21159999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

Thursday, 23 May 2013

@tianchua Dan Harris Ibrahim Terus Ke Lokap Balai @PDRMsia Jinjang #TolakPR



Confirm bahawa Tian Chua dan Harris Ibrahim telah ditangkap di bawah section 4 (1) sedition Acts. Mereka berdua telah dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut. Polis telah menahan Tian Chua ketika berada di lapangan terbang LCCT untuk ke Terengganu.

Kini Adam Adli tidak keseorangan di dalam lokap polis.

Tuesday, 14 May 2013

Amankah Negara Jika @PDRMsia Tidak Bertindak Mengawal Keadaan @razlanrafii ? #1Malaysia


Sekiranya orang kata kita ini ibarat syaitan yang perlu Di tolak, adakah itu satu hanya kata2 manis .. Adakah itu bukan satu menghinaan ?

Rakyat berhak untuk marah kepada sesiapa yang ,menhina Perdana Menteri. Kerana beliau merupakan ketua negara Malaysia. 

Saya tidak lihat pihak berkuasa ada maklumat atau mahu menjaga maruah seorang Perdana Menteri. Di Malaysia kita boleh memaki PM dan sesiapa sahaja yang mereka suka .. Tidak apa .. Tidak akan ada tindakan .. You guys boleh kumpul ramai2 dan fitnah maki dan cakap lah apa you all suka .. Tidak siapa yang berani tangkap ...




Razlan Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh



Monday, 1 April 2013

Datuk Seri Ridzwan Sulaiman Dikehendaki Menyerah Diri Untuk Membantu Polis #LahadDatu

Googel memaparkan gambar ini sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman
Lahad Datu, Polis sedang mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini. 

Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu. 



Datuk Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran. Dalam masa yang sama, Hamza meminta pihak media untuk menyebar perkara ini kepada orang ramai !!!

TM mengajak orang ramai untuk membantu polis !!!



Saturday, 30 March 2013

Mereka Adalah Wira Negara !!! #LahadDatu #OpsDaulat



Sambutan Hari Polis ke-206 yang diadakan baru-baru ini telah disambut dengan semangat patriotik yang disulam dalam suasana yang penuh kesayuan. Menitis air mata mereka yang hadir pagi itu apabila melihat wajah sayu balu dan waris keluarga yang terkorban hadir menerima kenaikan pangkat bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Suasana bertambah sayu apabila mendengar pendeklamasi membacakan bait-bait puisi bagi mengambarkan pengorbanan para perwira negara yang mempertahankan kedaulatan negara. Malah perasaan itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang jelas terpancar kesedihan di wajahnya tatkala bertemu dengan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu.

Di dalam perutusan blog 1Malaysia, Datuk Sri Najib turut melahirkan kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini. Malah menurut Perdana Menteri, membesar di rumah bersama ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan dirinya sedar dalam menghargai perjuangan pasukan polis sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei.



“… mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua” katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga apabila melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat.

“Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara” katanya lagi.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perbarisan pada sambutan itu turut disertai oleh 93 anggota yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat yang diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.


Bagi meneruskan perjuangan mereka di Sabah, Datuk Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Yang mana menerusi inisiatif itu, kerajaan akan dapat memastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.

Turut menarik perhatian, ialah usaha yang dilakukan oleh pasukan PDRM yang telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya lagi dalam entri bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita'.


Al Fatihah
Buat Seluruh Perajurit² Negara Yang Terkorban
Demi Mempertahankan Tanah Air Tercinta

Sumber Blog Bersih 3 Sukut

Tuesday, 26 March 2013

Polis Sedia Berkhidmat Kerna Negeri Dan Rakyat #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu




Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini.

Perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu telah membawa perubahan pada pasukan polis. Sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali mengalami perubahan sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbirannya di bawah Panji-Panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963.

Selepas Tanah Melayu bebas dari pemerintahan Jepun, pada 1 April 1946 Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union di mana pemerintahan pasukan berpusat di Kuala Lumpur.



Pada tahun 1948, pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaya. Bagi menghadapi ancaman itu, Kerajaan telah mengisytiharkan “Darurat” pada 16 Jun 1948. Semasa perjuangan menentang pengganas komunis selama 12 tahun, seramai 1,246 orang pegawai dan anggota polis telah terkorban serta 1,447 orang lagi cedera. Berpunca daripada tindakan berani anggota polis ini seramai 6,711 orang pengganas telah dihapuskan dan 1,289 lagi berjaya ditawan.

Bagi menghalang orang-orang Asli dipengaruhi oleh anasir komunis, Pasukan Senoi Praaq yang terdiri dari pemuda Orang Asli telah ditubuhkan pada Mei 1956. Sebagai menghargai kerjasama dan jasa yang diberikan oleh Senoi Praaq, pasukan Rejiman ke 22, British Special Air Service (SAS) telah mentauliahkan “Beret Merah” mereka kepada Senoi Praaq. Beret ini masih menjadi kebangaan Senoi Praaq sehingga kini.



Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa “Darurat 1948 -1960” telah membawa kepada penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.

Pada 11 November 1961, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan pula menganugerahkan Panji-Panji DiRaja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, Pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara.

Pada 2 Disember 1989 Perjanjian Damai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditandatangani di Haadyai, Thailand. Dengan termeterainya perjanjian tersebut PKM telah meletakkan senjata dan berakhirlah perjuangan parti tersebut. Pada 17 Oktober 1990 pula Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga telah ditandatangani di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata oleh Biro Ke -2 PKKU di Sarawak.



Dengan perletakkan senjata kedua-dua parti komunis tersebut, Malaysia kini bebas daripada ancaman komunis, yang sering menggugat keamanan dan keselamatan negara ini, perhatian kini lebih banyak ditumpukan terhadap isu-isu pembangunan.

Polis Diraja Malaysia kini bergerak selari dengan wawasan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah dan dadah. Di samping itu PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras lanun dan pemeliharaan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram. Pasukan polis juga bertanggungjawab dalam menentukan jalinan mesra dengan orang ramai terus dipelihara agar kerjasama di antara kedua pihak berjalan lancar di samping menonjolkan imej polis sebagai sahabat yang mesra dan bertimbang rasa.

Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.

Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan umat sejagat.

Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.




Semoga Allah melindungi anggota polis dan memberkati serta merahmati mereka yang telah pergi, Al Fatihah !!!

Monday, 25 March 2013

Safety And Security of The People of Sabah Is The Priority Of Malaysia Government #ESSCOM

For maintain measures to keep the peaces and the security of Malaysians in Sabah, the Malaysian government has been introducing The Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). ESSCOM has been announced by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak,  on 7th march 2013. ESSCOM, involve the cooperation between the local communities, the military and police (RMP).

Below is a brief description of how ESSCOM measures will be implemented.

Hope the ESSCOM will be able to keep the peace in Sabah from the encroachment of unwanted terrorist !!!

Saturday, 9 March 2013

Niat Sedekah Dan Zakat Kepada Keluarga @PDRMsia yang Syahid Di Lahad Datu


Rakyat Malaysia yang menyokong pasukan keselamatan kita, yang ada wang yang berlebih dan ingin bersedekah kepada balu balu dan anak anak mereka (yatim) juga keluarga mangsa insiden Lahad Datu . Ya betul wang ringgit tidak dapat kembalikan suami mereka atau anak mereka yang gugur syahid tapi ianya serba sedikit meringankan beban kepada keluarga mangsa. Harap kepada rakyat yang simpati terhadap keluarga mereka yang terkorban dapat sebarkan dalam apa juga medium yang ada demi kita sama-sama ringankan beban keluarga syuhada Lahad Datu dan juga keluarga-keluarga anggota keselamatan yang lain, samada yang akan datang maupun yang sebelumnya

Jangan tertipu dengan Tabung Milo pelampau PAS celaka yang cuba mencari nama atau cuba populis dengan mempolitikkan kesedihan yang melanda keluarga syuhada !

Klik SINI untuk cerita tabung milo


Datang menjemput jenazah pun tidak..datang solat jenazah pun tidak..datang jengok keluarga syuhada pun jauh sekali..tiba-tiba nak bantu kutip duit ? 

TM pun tak nampak sesiapa pemimpin pemimpin tertinggi dari rejm PKR, pelampau PAS atau gerembolan DAP ketika jenazah tiba di lapangan terbang. Bagi TM mereka ini hanya kata mesra anggota keselamatan tapi sebenarnya mereka ini anti anggota keselamatan !!!

Friday, 8 March 2013

Insyallah Mereka Yang Terkorban Menpertahankan Negara Adalah Mati Syahid Dijanjikan Syurga Allah !!!



Alhamdulillah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam berpandangan & memutuskan perwira perwira negara beragama Islam yang terkorban di sabah dalam insiden di Lahad Datu kerana mempertahankan keselamatan rakyat & kedaulatan negara sebagai Syahid Akhirat kerana tindakan mereka amat mulia di sisi Islam. 

Ya Allah kurniakan mereka dengan syurga syurga Mu !!!

Saturday, 2 March 2013

Al Fatihah ! Mereka Yg Syahid Di Lahad Datu Tiba Di Lapangan Terbang TUDM Subang

Jenazah dua pahlawan negara yang terkorban insiden Lahad Datu tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang

Pesawat TUDM tiba pada jam 11.30 pagi

Anggota polis yang turut menunggu di Lapangan Terbang









 Keluarga yang terkorban turut menanti di lapang terbang 

 Perhormatan terakhir kepada jenazah yang syahid

Al Fatihah kepada mereka yang syahid

Semoga mereka yang syahid di insiden pencerobohan Lahad Datu dapat berkat dan rahmat Allah dan ditempat bersama sama orang yang beriman di syurga Nya !!! Al Fatihah