Tuesday 16 July 2013

@PDRMsia Mohon Bantuan Orang Ramai Jejaki K.S. Hare Krishna @Zahid_Hamidi #1Malaysia



KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur hari ini menyiarkan gambar seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang dicari bagi membantu siasatan kes kematian suspek dalam lokap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pegawai polis tersebut dikenali sebagai K.S. Hare Krishna dan bertugas di JSJ Kuala Lumpur.

“Polis Kuala Lumpur memohon bantuan orang ramai mengesa pegawai polis ini kerana tidak hadir tugas sejak 15 Jun 2013 tanpa kebenaran.

“Dia juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu Chin Wah meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pegawai polis itu supaya menghubungi pihaknya.

Katanya, orang ramai boleh berbuat demikian dengan menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di talian 03-21460685.

Tambah beliau, maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline Polis KL (Rakancop) di talian 03-21159999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment