Saturday, 20 July 2013

Selesaikan Sekiranya Kerajaan Malaysia Prihatin @NajibRazak @azeezputera @buletintv3


Ahmed dari Palestin sudah hampir 2 bulan tinggal kat KLIA gara gara masalah
passport dan visa.

Dalam tempoh lebih 50 hari, bilik transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menjadi rumah kepada seorang warga Palestin berusia 22 tahun yang terkandas di situ.

Tidak diketahui oleh pegawai-pegawai penguatkuasa, Ahmed Kanan tidur di atas sofa di 'News Lounge' dalam ruang transit di tingkat mezanin lapangan terbang. Dia telah bergantung kepada penumpang transit untuk makanannya setiap hari, biasanya sebiji burger sehari dan mandi di dalam tandas awam.

Ahmed, yang dilahirkan di Syria, memegang pasport Palestin.

Dia telah dihalang daripada memasuki negara ini kerana tinggal melebihi tempoh sebelum ini.

"Saya telah merayu kepada pegawai imigresen lapangan terbang beberapa kali
tetapi mereka tidak dapat membantu kerana saya telah dihalang memasuki
Malaysia," katanya ketika ditemuramah.

Bagaimanapun dia cukup selesa di situ kerana mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah akses internet melalui wi-fi yang disediakan di kafe yang membolehkannya berhubung dengan ahli keluarga di Bulgaria dan Vienna
menerusi Skype.

Selepas dua hari pertama dia di situ yang mana dia tidak mempunyai makanan, dia merayu meminta makanan kepada pekerja di outlet makanan berhampiran. Seorang pekerja kemudiannya membawa keluar sebiji burger dari dapur untuknya.

Ahmed tidak juga mempunyai masalah mengenai baju kotornya kerana seorang pencuci yang bekerja di lapangan terbang telah membawa pulang bajunya untuk dicuci selang beberapa hari.

Sikapnya yang merendah diri dan baik hati membolehkannya mendapat ramai
kawan dengan mudah.

"Ramai pekerja di kawasan transit kenal saya kerana saya percaya sayalah orang
yang paling lama tinggal di sini. Kebanyakannya bersimpati dan ada juga yang
menangis mendengar cerita saya terkandas lama di sini," kata Ahmed.

Di dalam begnya terdapat empat helai seluar pendek, tiga helai baju T dan
empat helai seluar dalam serta komputer riba dan telefon bimbit.

"Saya telah hilang 8kg berat badan. Saya berdoa kepada Allah lima kali sehari di sini untuk membantu dan saya percaya seseorang akan datang membantu saya. "Saya tidak merayu untuk mendapatkan wang tapi saya mendapat antara AS$10 dan A$S50 daripada penumpang yang bersimpati," katanya yang tiba di KLIA dengan AS$70.

Ahmed berkata dia mahu menyambung pengajian dan berkerja di mana-mana
negara dan berharap seseorang dapat membawanya pulang.

"Buat masa ini tiada negara yang mahu terima saya kerana pasport Palestin
saya. Saya harap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi
Pelarian (UNHCR) dapat tolong saya," katanya.

Pengalaman pahit Ahmed bermula apabila dia tiba di KLIA menggunakan visa
pelancong pada 26 November dari Moscow. Dia belajar dalam bidang
pelancongan lebih dari setahun tetapi tidak dapat melanjutkan tempoh
kediamannya di Rusia.

Terdahulu, dia telah meninggalkan Palestin kerana pergolakan di wilayah yang
diduduki dan mahu mencari sebuah negara yang lebih selamat untuk belajar
dan bekerja.

Ketika tiba di Malaysia dia meminta bantuan daripada seorang pelajar Palestin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka untuk mendaftarkan dirinya di sana tetapi permohonannya ditolak kerana dia memegang visa pelancong.

Ahmed berkata selepas tempoh sebulan tamat dia terbang ke Laos tetapi turut dinafikan kemasukan kerana tidak mempunyai visa. Dia disuruh kembali ke Malaysia.

Ketika tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT), pegawai imigresen
memberikannya tempoh tujuh hari di sini tetapi dia tidak tahu ke mana harus
dia pergi lalu menetap di negara ini selama tiga bulan.

Dia kembali ke Turki tanpa visa, dinafikan kemasukan dan dihantar ke Malaysia. Pegawai di Turki bagaimanapun telah menahan pasportnya.
Sementara itu, menurut jurucakap Kedutaan Palestin, Ahmed memerlukan visa
jika mahu ke Turki.

Katanya, banyak negara tidak mengizinkan kemasukan pemegang pasport
Palestin melainkan mereka mempunyai visa.

Katanya, Ahmed terdahulu telah mendapatkan bantuan kedutaan tetapi para
pegawai tidak dapat membantu kerana dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan untuk mengesahkan dia dari Palestin.

"Tetapi apabila dia kini sudah mempunyai pasport, kami akan cuba mencari jalan membantunya," katanya.

Katanya, Imigresen Malaysia sangat tegas dan Ahmed telah dihalang daripada
memasuki Malaysia selama tiga tahun kerana telah tinggal lebih dari tempoh
sepatutnya.


TM - ramai lagi yang masuk Malaysia secara haram, dah beranak pinak !!! dan teringat kisah benar lakunan Tom Hank yang bertajuk The Terminal !!!

1 comment:

  1. Untuk pengetahuaan pembaca, masalah Ahmed telah diuruskan dan diselesaikan oleh Datuk Azeez Rahim

    ReplyDelete