Showing posts with label Syed Hamid Albar. Show all posts
Showing posts with label Syed Hamid Albar. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

@razlanrafii Tindakan @syedhamidalbar Menambah Beban Rakyat @NajibRazak @Khairykj #Lifestyle


KENYATAAN MEDIA

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

@NazirHussin79 Menyelar dan Membantah @syedhamidalbar #Lifestyle @NajibRazak @Khairykj


KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar kenyataan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syeh Hamid Albar yang membayangkan kenaikan Harga tambang LRT.

Nampak seakan-akan akan perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan HARGA PERKHIDMATAN tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima Rakyat khususnya di kawasan bandar ini.

KERAJAAN sebelum ini telah mengalakkan Rakyat khususnya Warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan jerat untuk pengguna khususnya Warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos Sara Hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.

Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan Rakyat yang telah memberikan kemenangan Kepada BN Dalam pilihanraya umum ke13 yang lalu?

Sehubungan dengan itu, pemuda memdesak pihak KERAJAAN untuk menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan yang buruk Kepada Rakyat khususnya Warga kota yang berpendapatan sederhana yang Saban hari menggunakan perkhidamatan pengaangkutan awam Setiap hari .

Pihak SPAD perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh 5 tahun ini yg memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan.

Kerajaan perlu membuat peningkatan kos terhadap apa juga keperluan rakyat sejajar dgn peningkatan pendapatan, pada masa  ianya tidak sesuai memandangkan purata pendapatan penduduk bandar masih rendah.

Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ianya bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat.

Spad seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yg rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.

Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
EXCO pemuda UMNO Malaysia 
Merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar&Perumahan