Sunday, 25 May 2014
Propaganda @limkitsiang Jadi Hero Untuk Mengaburi Mata Orang Melayu #PRKTelukIntan
Hari ni Lim Kit Siang cuba berlagak sebagai seorang "Hero" Melayu apabila dengan tidak malunya mendesak Menteri Perumahan Kajian Tempatan & Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan memohon maaf kepada calon DAP di Pilihanraya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.
Sebelum Datuk Rahman Dahlan memohon maaf (walaupun tidak ada keperluan untuk berbuat demikian) adalah lebih baik Lim Kit Siang minta ADUN Seri Delima yang terbukti racist, RSN Rayer membuat permohonan maaf terlebih dahulu kepada orang-orang UMNO yang dipanggil celaka.
Kenapa tidak DAP mulakan terlebih dahulu sebelum mendesak pemimpin UMNO dan yang lebih pelik kenapa tiba-tiba hari ini DAP menyebelahi UiTM yang pernah digelar sebagai Universiti rasis dan milik UMNO sebelum ini?
Jelas sekali DAP sudah kian terdesak untuk mendapat undi orang Melayu yang sememangnya tidak menyokong perjuangan mereka apabila cuba memenangi hati pengundi di Teluk Intan.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Labels:
DAP,
Lim Kit Siang,
Razlan Rafii,
UiTM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment