Saturday, 17 May 2014

Premis Laman Pengantin Datin Halijah Dianiaya Dan Diaibkan Oleh SYABAS #1Malaysia


Pada asalnya ianya merupakan tanah setinggan yang terletak berhampiran Taman Dato'Senu telah beli pada dua tahun yang lepas untuk dibangunkan beberapa premis perniagaan termasuk juga Laman Pengantin Datin Halijah oleh pengusaha Melayu muda yang bernama Fizal Datuk Azrat.

Tetapi agak malang pada dua hari yang lepas apabila sekumpulan pasukan dari SYABAS dan SPAN telah menyerbu dan menceroboh premis Laman Pengantin Datin Halijah kerana terdapat aduan orang ramai mengenai paip yang mencuri air secara haram.

Pihak SYABAS dan SPAN yang menceroboh secara haram ke dalam premis milik persendirian telah mengorek beberapa tempat di Laman Pengantin Datin Halijah untuk mencari paip air yang buat secara haram itu. Hasil dari pencarian itu, pihak Syabas telah menemui sambungan paip haram tersebut dan memotongnya paip air haram itu !!! 



Setelah pemotongan itu dilakukan, pihak SYABAS telah melakukan sidang media telah menuduh pemilik premis tersebut telah membuat sambungan air haram yang telah menyebabkan SYABAS mengalam kerugian yang banyak.

Sebenarnya tuduhan SYABAS itu tidak berasas kerana setelah kerja pemotongan sambungan paip haram itu dijalankan, air di premis Laman Pengantin Datin Halijah tetap ada seperti biasa. Ianya kerana premis tersebut menggunakan air yang disalurkan melalui meter air yang dipohon oleh pemilik dari SYABAS pada dua tahun yang lepas.



Maka semalam pemilik premis Laman Pengantin Datin Halijah telah mengadakan sidang media untuk menerangkan perkara yang sebenarnya. Dalam sidang media tersebut Encik Fizal Azrat sebagai pemilik premis tersebut meminta pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang memasuki premis secara haram membuktikan premis itu mencuri air dan membuktikan juga paip haram itu milik premis tersebut. 

"SYABAS dan SPAN telah menceroboh masuk premis saya dan mengorek sesuka hati mereka tanpa ada perintah mahkamah. 

Setelah paip haram ditemui dan kerja pemotongan sambungan paip haram itu dilakukan, premis kami masih ada air seperti biasa kerana premis saya yang menggunakan meter baru, membayar air setiap bulan tanpa gagal !!!"

Kami malu apabila dituduh menjalani perniagaan Laman ini dengan mencuri air dengan menggunakan meter air yang haram. 

Berikutan dari tindakan SYABAS ini, kami terpaksa membatalkan beberapa tempahan untuk menggunakan laman pengantin ini."

SYABAS bersama SPAN menjalankan operasi pemotongan meter air di premis berkenaan yang didakwa terlibat dengan kegiatan mencuri air membabitkan kerugian lebih RM150,000. Priscilla Alfed, Penolong Besar Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS yang mewakili pihak SYABAS telah mendakwa bahawa premis tersebut tiada meter sah yang berdaftar semenjak dua tahun yang lepas.

p/s TM rasa memang ada paip haram tapi kemungkinan besar dipasang dan digunakan oleh penduduk setinggan yang lepas.


No comments:

Post a Comment