Saturday, 24 May 2014

@razlanrafii & PPUWP Mahu Produk Cadburry Diharamkan Dan Digantung ! Siasat Serta Merta



Kenyataan media Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Isu: coklat cadbury disahkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan.

Pergerakan Pemuda UMNO wilayah Persekutuan mendesak tindakan seperti berikut.

1) Mengharamkan terus produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Roast Almond di pasaran tempatan utk masa akan datang.

2) Jakim dan kementerian kesihatan perlu memeriksa dan mengkaji semua produk lain keluaran syarikat yang sama.

3) Jika perlu, bekukan semua produk cadbury di pasaran serta merta sementara menunggu semakan dan pemeriksaan pihak berkuasa.

4) kepada pengguna Islam, gunakan hak untuk tidak.membeli produk yang dikhuatiri mengandungi unsur atau bahan terlarang dan memboikot barangan yag disahkan mengandungi DNA babi.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment