Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

Peringatan @Khalid_Ibrahim Kepada @anwaribrahim Jangan Main Sondol Je !!!


Penggantian Dan Pelantikan Menteri Besar Perlu Patuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri


Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Saturday, 24 May 2014

@limkitsiang Menjawab Lagi Utk @dyanasmd Tapi Akhirnya @Khalid_Ibrahim Menyampuk #PRKTelukIntan





Sekali lagi Dyana Sofya terpaksa diselamatkan oleh Lim Kit Siang untuk menjawab soalan wartawan. Soalan ditanya kepada Dyana tetapi tetap Lim Kit Siang yang menjawab sehingga seorang wartawan mahu yang Dyana sendiri yang menjawab soalan yang diajukan. Maka tersipu sipu la si apek tua memberi laluan kepada Dyana.

Tetapi TM bersetuju dengan jawab yang diberika oleh Khalid Ibrahim yang bukan semua orang boleh jawab soalan. Ini kerana Dyana Sofya sebenarnya  tidak pengetahuan tentang politik kerana segala skrip telah dibuat atau disedia oleh Lim Kit Siang pemain boneka. Jelas Dyana ini seorang yang kurang berilmu pengetahuan kerana dia seorang BONEKA.

Oleh itu Dyana sememangnya tidak layak menjadi seorang ahli parlimen kerana untuk menjawab soalan yang mudah juga gagal. Seperti wartawan menanyakan soalan mengenai Tunku Aziz tetapi jawab mudah oleh Dyana, ketika itu dia belum ada lagi. Sebenarnya Dyana tidak memahami soalan dan tidak tahu menjawabnya. Wartawan hanya bertanya Dyana bersediakah menjadi seperti Tunku Aziz yang dipecat dari DAP.

Tuesday, 15 April 2014

@Khalid_Ibrahim Berjaya Selesaikan Krisis Air ? Tetapi Kenapa Rakyat Merana Selang 2 Hari #1Malaysia




Khalid Ibrahim dan kerajaan pakatan Selangor berjaya mengatasi masalah air ??? Jawapan TIDAK !!! Kerana BONGKAK DAN CAKAP BESAR mereka telah menyebabkan orang ramai pada hari ini merungut dan merana kerana terpaksa dikenakan catuan air !!! Kini orang ramai terpaksa tiada air selang 2 hari !!! Terima kasih PAKATAN RAKYAT !!!

Thursday, 3 April 2014

The Bible Society of Malaysia Menghentam @Khalid_Ibrahim Dan Kerajaan Pakatan Raykat @anwaribrahim



 The Bible Society of Malaysia (BSM) telah mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat untuk meminta masyarakat untuk menulis kepada pejabat Peguam Negara bagi pemulangan 300 Alkitab dalam Bahasa Malaysia ( Al -Kitab ) dan bahasa Iban ( BUP Kudus ).

Mendakwa bahawa Exco Pakatan Rakyat telah membuat banyak janji untuk memulangkan Al-Kitab yang dirampas oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Rakyat Pakatan (Jais ) pada bulan Januari, BSM dianggap kenyataan terbaru dari Pakatan Rakyat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai negeri "mencuci tangan mereka off masalah " .

"The BSM tidak akan menulis kepada Peguam Negara ," kata masyarakat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebagai tindak balas kepada permintaan kerajaan negeri .

" BSM telah diserbu oleh Jais, sebuah jabatan kerajaan Pakatan Rakyat. The Alkitab dipegang oleh Jais di pejabat mereka di Shah Alam, tidak jauh dari pejabat Menteri Besar itu.

"Oleh itu, masalah ini adalah disebabkan oleh sebuah jabatan di dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat, " kata BSM.

Memanggil serbuan asal oleh Jais satu " serangan oleh pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat terhadap hak-hak masyarakat Kristian di Pakatan Rakyat " , kenyataan itu dipanggil kerajaan negeri untuk membetulkan keadaan yang tidak adil ini.

BSM juga berkata ia telah dipatuhi Penyelesaian 10 -Points , seperti yang dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan pada bulan April 2011 , yang membenarkan bagi orang Kristian untuk mengimport, cetak dan mengedar Al -Kitab di seluruh Malaysia.

"Kami mengimport Alkitab dalam banyak kali Bahasa Malaysia sejak dua tahun yang lalu, dan kerajaan Persekutuan telah disimpan sampingan daripada perjanjian itu dengan mempunyai Al-Kitab dengan segera dibersihkan dan dibebaskan tanpa berlengah-lengah.

"Oleh itu, tindakan Jais dalam serbuan BSM dan langkah oleh kerajaan negeri hari ini, mencuci tangan mereka di luar tanggungjawab mereka, adalah satu kenyataan yang jelas kepada rakyat Pakatan Rakyat yang Pakatan Rakyat menolak Penyelesaian 10 -Points ," kata BSM .

Masyarakat juga melahirkan kepercayaan bahawa kenyataan MB menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memberi orang Kristian dalam Pakatan Rakyat , dan juga seluruh Malaysia, akses kepada buku-buku suci mereka dalam bahasa kebangsaan . - 2 April, 2014.

Friday, 31 January 2014

Confirm @anwaribrahim Pemimpin Gelojoh Bertaraf Dunia Seperti Digambarkan @AzminAli


Demi nafsunya, Anwar Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di DUN Kajang. 

Nampaknya Anwar Ibrahim tidak sabar untuk mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. Tambahnya nafsunya membuak buak menyebabkan Anwar sudah mulakan kempennya di Kajang.


Turut membodohkan diri sendiri adalah Khalid Ibrahim yang bersama Anwar berkempen dalam sebuat masjid. Untuk pengetahuan pembaca TM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia belum lagi membincang tarikh bagi percalonan DUN tersebut.


TM ingin peringatan pembaca bahawa pembuatan PKR ini boleh dikata sifat munafik yang mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Pilihan Raya Kecil yang ini boleh dianggap membazirkan duit kerana semata mata Anwar Ibrahim nak menjadi Menteri Besar.

Orang munafik seperti Anwar Ibrahim adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik di sebut nifak. Anwar ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.

Nampaknya Anwar Ibrahim bersifat munafik tak jadi bersara selepas Pilihan Raya Umum yang 13 untuk menjadi seorang pensyarah di Perancis.


.

Wednesday, 8 May 2013

@AzminAli Kecewa @anwaribrahim Mengabaikannya #TolakPR #1Malaysia


Mungkin kerana kecewa dengan keputusan Anwar Ibrahim yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor buat kali ke dua, Azmin telah meluahkan kekecewanya melalui twitternya. Menurut sumber dalam PKR, Azmin juga telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim untuk meletak jawatan sekiranya Khalid dipilih semula di dalam mesyuarat PKR. Turut ingin meletak jawatan ialah Zuraida Kamaruddin kerana perkara yang sama. Sebelum ini Anwar pernah menjanjikan jawatan tersebut kepada Azmin tetapi mengubah keputusannya.

TM - Dengan orang kanan sendiri, Anwar boleh kencing, inikan pulak rakyat Malaysia.

Monday, 22 April 2013

@Khalid_Ibrahim Di Mana ? Bukan Di Sini ! #TolakPR #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia #1Malaysia



Pagi penamaan calon, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (untuk kali pertama saya menulis nama penuh'bekas' Menteri Besar Selangor ini) hanya mewakilkan Ketua Cabang PKR, Azman Abidin menyerahkan borang pencalonannya sebagai calon PKR di Parlimen P124, Bandar Tun Razak.

Azman memberitahu Khalid Ibrahim tidak dapat hadir kerana perlu ke pusat penamaan calon di DUN Pelabuhan Klang, puiii.

"Kita percaya akan terus menguasai Bandar Tun Razak, walaupun berhadapan dengan pertembungan empat penjuru. Kita juga yakin sokongan padu masih diberikan oleh rakyat Bandar Tun Razak terhadap Tan Sri Khalid, misi kita adalah meneruskan kecemerlangan yang telah dilakukan sebelum ini,".

Ulasan :

Nak tanya sikit pada Azman Abidin, Ketua Cabang PKR ni. Apa sumbangan dan kecemerlangan yang PR dah lakukan selama Khalid Ibrahim menjadi Ahli Parlimen di Bandar Tun Razak?

Apa yang Khalid Ibrahim dah lakukan untuk menangani permasalahan rakyat? Adakah Khalid Ibrahim turun padang sendiri mendengar rintihan hati rakyat yang memerlukan wakil rakyat di kala mereka dalam kesusahan?

Saya percaya jika ditanya kepada penduduk Bandar Tun Razak, memang takda siapa pun akan menafikan dakwaan saya mengenai 'kehebatan' Khalid Ibrahim muncul
Lihat video di bawah ini.


Friday, 29 March 2013

Pencacai @Khalid_Ibrahim Di Bandar Tun Razak Tekanan Jiwa #TolakPR




Hebat mainan politik budak² pencacai PR di Bandar Tun Razak hari ini. Dek kerana tak terlawan merimbunkan bendera² Pakatan di sini, malam tadi seorang Pemuda Barisan Nasional (BN) dibelasah sehingga mendatangkan kecederaan kepada Mohd Fadzili.

Fadzili merupakan Pemuda UMNO yang aktif di dalam Parlimen milik Khalid Ibrahim ini dan sentiasa berada di sisi UMNO dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Kejadian didakwa berlaku di hadapan bank CIMB, Jalan Jujur Bandar Tun Razak yang turut disaksiakan oleh Pengerusi PDM, Saudara Hisham Hamidi yang berada di tempat kejadian. Beliau sendiri mengesahkan berlaku pergelutan dan tumbuk menumbuk yang dimulakan oleh pencacai PKR jilat punggung ini.

Satu laporan Polis telah dibuat ke atas Mohamad Saiful Bin Mansur ini.



Tindakan biadap Saiful ini sudah boleh diduga apabila sebelum ini Saiful pernah membuat ugutan terhadap blogger Rezqeen Hill kerana tidak bersependapat dalam ruangan komen di Facebook.


Dek kerana banner bodoh ini telah menyebabkan si Saiful menjadi bangang untuk mempertikaikan apa yang tertulis di atas dada banner tersebut.


Lihat di bawah ini, details Saiful.


Ahli Pengakap di Wilayah Persekutuan yang begitu aktif mengeluarkan kenyataan dan statement & risalah² yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook. Saya tidak nafikan Saiful begitu concern dengan perkembangan politik semasa tetapi daripada apa yang pernah dipaparkan melalui Facebooknya, saya dapat melihat satu kedunguan yang terpalit di dalam benak kepala otak dia.

Sebenarnya saya tak berminat nak cerita & londehkan aib pencacai & pejuang LGBT Malaysia tetapi hal ini dilakukan kerana terpaksa dek kerana kelibat Saiful dan sekutunya Azizul boleh mengancam nyawa orang lain hanya kerana berbeza pendapat politik. 

Suka saya nasihatkan pihak Polis supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Kerana dibimbangi akan tercetus lagi perkara² sebegini yang dirasakan akan memberi rasa kurang selesa di kalangan rakyat setempat terutama di Bandar Tun Razak.

Berikut maklumat dan details yang saya perolehi daripada laman web SPR yang mendedahkan lokaliti pencacai PR ini.


Sumber - BERSIH 3 SUKU

Saturday, 23 February 2013

Live !!! @Khalid_Ibrahim !!! Kami Bantah Pembinaan DatumJelatek !!! #TolakPR


Istimewa untuk Khalid Ibrahim

Kaum Cina turut membantah

Uncle Cina turut membantah pembinaan DatumJelatek

Kami membantah !!!
Cerita DatumJelatek klik di sini
Gambar Uzaidi Udanis @uzaidi

@Khalid_Ibrahim Jual Tanah Orang Melayu Untuk Duit Jentera Pilihanraya Pakatan Rosak ? #TolakPR



Pagi ini dianggarkan sekitar 500 orang penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di Keramat bagi menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.

Seperti diketahui, tanah milik kerajaan Selangor ini akan dibangunkan menjadi satu kawasan ekslusif yang dirasakan sangat tidak adil bagi rata-rata penduduk yang berbilang kaum di sini.

Bahkan usaha kerajaan negeri Selangor yang menjual kepada kaum Kiasu Singapura adalah tampara  terhebat yang terpaksa diterima penduduk andai tiada usaha menghalangnya daripada berlaku.
Apa yang dikatakan oleh penduduk sekitar Keramat ini adalah satu kebenaran yang seharusnya membuka mata rakyat. 

Malaysia khususnya rakyat Selangor apabila tanah orang Melayu dibangunkan projek hartanah yang mana nilai bagi sebuah unit adalah RM 700 ribu yang sudah pasti tidak mampu dibeli oleh orang melayu terutama penduduk Datuk Keramat itu sendiri.

Apa yang dilakukan kerajaan Pakatan Selangor ini adalah tidak lain hanya untuk memperkayakan diri mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat dikawasan tersebut. Keuntungan jalan singkat sememangnya merupakan gerak kerja Pakatan PAS,DAP dan PKR ini bukan sahaja di Selangor malah negeri negeri yang mereka kuasai.

Harga rumah di Selangor naik dengan begitu ketara waktu ini yang mana ramai rakyat Selangor sendiri tidak mampu membeli walaupun sebuah rumah. Dengan luahan penduduk yang mengalami masalah harga rumah yang tinggi pihak kerajaan Pakatan Selangor langsung tidak ambil peduli sebaliknya projek hartanah bilion ringgit menjadi sasaran mereka agar perut mereka kenyang dengan wang pembeli Cina Singapura.

Berkemungkinan besar suatu hari nanti nasib penduduk di Lembah Klang akan menjadi seperti penduduk di Pulau Pinang yang terpaksa merempat dan berhijrah keluar dari tanah kelahiran sendiri demi survival hidup.

Rakyat tak usah menunggu pelbagai bala dan bencana jatuh di atas kepala pada masa akan datang. Ubah pendirian dan tutupkan terus peluang kerajaan Selangor yang zalim hari ini untuk ditamatkan perkhidmatan mereka selepas PRU13 nanti.

Rujuk di DatumJelatek.

TM lihat yang jual pon syarikat property dari Singapura !!!

Sunday, 27 January 2013

Kami Tuntut @Khalid_Ibrahim dan Pakatan Rosak

Walaupun Ke Dalam Lubang Cacing #tolakPR




Di perkarangan padang awam PJS8, Desa Mentari, Parlimen Kelana Jaya. Ibubapa pelajar dari pelbagai tadika berhimpun secara aman menuntut hak menuntut janji..menuntut agar manifesto yang d canang masa PRU12 oleh pakatan haram jadah d tunaikan bukan janji capati !!!

Ketika PRU12 puik taik ni janji kalu menang maka pelajar tadika bakal menerima RM50 sebulan kalau dikira, setiap pelajar layak mendapat RM55o setahun bersamaan 11 bulan mereka belajar. 

Apakah Khalid gagap nak jawab sama seperti beliau jawab terhadap tuntutan ibutunggal Selangor bahawa Manifesto bukan janji ? basso menatang berok !!! ehhh kera !!!janji hanya sekadar nak menang tetapi lepas menang semua manifesto hanya ayat penyedap telinga untuk pancing undi !!

Janji mereka bukan Demi Rakyat tapi Tipu Rakyat !!! Janji Munafik janji yang bakal membakar mereka sendiri di neraka !!

Lagi foto & berita d SINI

TM sebagai seorang Islam, segala janji perlu ditunaikan. Alahai terlupa penasihat Khalid ialah Teresa Kok dan Anwar Ibrahim yang memang tak boleh dipercayai kerana INI SEMUA SALAH ANWAR !!!


Monday, 29 October 2012

Khalid Terduduk Di BTR

@anwaribrahim malu bergambar !!! Kalau orang tak sokong @Khalid_Ibrahim, tiang dan pokok boleh bergambar bersama :)


Gambar Khalid bersama orang yang tak ramai dan ribuan tiang letrik dan pokok pokok !!! Maaf Anwar malu nak bergambar bersama kerana tak ramai :P - Gambar MalaysiaKini 
Khalid Ibrahim bakal mendapat sebuah kerusi di Parlimen Bandar Tun Razak untuk dia duduk sebentar selepas keputusan PRU13 sekiranya dia bertanding di parlimen 114 itu.

Di hadapan orang yang tidak berapa ramai termasuk juak juak PKR, orang yang lalu lalang, kalau dicampurkan adala tak melebihi 300 orang mendengar dan melihat lakunan Anwar mengumumkan Khalid Ibrahim akan menpertahankan kerusi parilimen tersebut pada PRU akan datang.

TM melihat dikalangan yang datang, cuma sedikit orang cina yang datang, mungkin masih tertipu dengan perbohongan mereka berdua dan tentang Talam Coporation. SESUNGGUHNYA MEREKA MEMANG TALAM DUA MUKA !!! kerana itu ramai orang tidak datang terutama orang Melayu.

Anwar Ibrahim berkata, Khalid boleh dipercayai kerana bekas ahli korporat itu tidak pernah menyalah guna kuasa walaupun berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang besar untuk Selangor.
TM nak tanya kalau Khalid berjaya mengumpul wang yang besar untuk Selangor, MENGAPA SELANGOR NAK JUAL 5 ASET PKNS YANG BERNILAI 321 JUTA ?

Anwar bagaimanapun tidak menyentuh kedudukan Khalid dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Khalid juga penyandang kerusi Ijok.

TM yakin dan percaya Khalid akan digugurkan bertanding di Ijok untuk memberi laluan kepada Azmin Ali menjadi calon Menteri Besar.

TM - sarankan pengundi BTR membenamkan Khalid yang tak buat kerja di parlimen itu :p