Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

Zuraida @ybz99 Kata Selangor Akan Kalah Jika MB Dari PAS #TolakPR


Zuraida kini berpendapat jika Menteri Besar Selangor dipilih daripada kalangan orang PAS, sudah pasti kerajaan pakatan Selangor akan mengalami kekalahan dan tumbang seperti di Kedah yang diterajui oleh orang PAS iaitu Ustaz Azizan yang berada di hospital. Zuraida seolah olah mengambarkan bahawa kepimpinan PAS Kedah gagal menpertahankan kerajaan pakatan di Kedah kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. 

Zuraida memberi amaran DAP yang ingin mengekalkan Khalid Ibrahim kekal menteri besar dan si Rani dari PAS menawarkan diri. Zuraida juga kata kerusi MB adalah milik PKR dan DAP PAS tak perlu menyibuk kerana ada lagi orang layak selain Khalid Ibrahim.
Untuk makluman semua, pada PRU13, DAP 15 kerusi, PAS 15 kerusi dan PKR hanya 14 kerusi.


Lihat la sendiri, belum memerintah Malaysia ... soalan memilih MB pon dok berebut !!! Pada pandangan TM, orang dari PAS layak untuk menjadi MB pada penggal ini !!!

Wednesday, 8 May 2013

@AzminAli Kecewa @anwaribrahim Mengabaikannya #TolakPR #1Malaysia


Mungkin kerana kecewa dengan keputusan Anwar Ibrahim yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor buat kali ke dua, Azmin telah meluahkan kekecewanya melalui twitternya. Menurut sumber dalam PKR, Azmin juga telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim untuk meletak jawatan sekiranya Khalid dipilih semula di dalam mesyuarat PKR. Turut ingin meletak jawatan ialah Zuraida Kamaruddin kerana perkara yang sama. Sebelum ini Anwar pernah menjanjikan jawatan tersebut kepada Azmin tetapi mengubah keputusannya.

TM - Dengan orang kanan sendiri, Anwar boleh kencing, inikan pulak rakyat Malaysia.

Tuesday, 19 February 2013

Elaun Bulanan Pencacai PR

Tugas Menfitnah Dan Mensabotaj #tolakPR

Patut lah dok hentam UMNO dan Barisan Nasional hari hari tak kira siang ataupun malam, pencacai pencacai cybertropper Pakatan Rosak rupanya dapat elaun yang agak lumayan. Mereka mendapat elaun sebanyak RM3000 seorang dari Zuraidah Kamaruddin aka Mak Lampir yang menyediakan gaji pencacai pencacai. Elaun tersebut diserahkan kepada Fariz Musa untuk diagih agihkan kepada pencacai pencacai tersebut.

Persoalan TM, kalau lah gaji Zuraida sebanyak lebih kurang RM19 ribu sebulan sebagai ahli parlimen. Daripada mana Zuraida dapat duit sebanyak RM36 ribu sebulan untuk membayar 12 pencacai pencacai cybertrooper PR dibawah kendalinya?

TM- tergugat iman TM yang penganggur :(