Showing posts with label Liow Tiong Lai. Show all posts
Showing posts with label Liow Tiong Lai. Show all posts

Thursday, 30 April 2015

Rakyat Mahu Presiden #KTMB Diganti Tingkat Prestasi @NajibRazak @liowtionglai @AKaprawi







Syukur alhamdulillah sujud syukur kepada Allah sekiranya Elias Kadir yang merupakan Presiden KTMB tidak disambungkan kontraknya perkhidmatannya.

Berbagai masalah telah timbul dan tidak diatasi dengan segera telah menimbulkan tidak kepuasan hati para pengguna KTMB kebelakangan ini.


Presiden KTMB hanya datang pada ketika kononnya Menteri Pengangkutan buat lawatan mengejut pada tempoh hari.



Difahamkan juga Presiden ini telah menyebabkan KTMB telah kerugian sebanyak RM2.5 billion ini suka menyekat atau melengah lengah projek atau perkara yang berkaitan KTMB. Klik di sini 




TM rasa sudah tiba masanya Presiden ini digantikan dengan tokoh lain yang sebenarnya layak menerajui KTM



Jangan membazir duit KTMB dengan membayar gaji Presiden KTMB yang tidor.

Friday, 21 February 2014

@chewmeifun Calon BN VS @anwaribrahim DI #Kajang @NajibRazak @MuhyiddinYassin @liowtionglai


Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bertanding di DUN Kajang menentang seorang yang gila kuasa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bukan sahaja Anwari Ibrahim gila kuasa malah gila dari segala segi sudut bertanding di DUN Kajang semata mata untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagal memuaskannya.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pusat.

p/s kalau calon dari kompenen Barisan Nasional iaitu MCA, harap MCA turun full swing jentera MCA bukan sekadar dua tiga kerat kerana mahu jadi calon sahaja.

Friday, 31 January 2014

Mungkin Ini Sebab @Lee_C_Wei Akan Bersara Pada Hujung Tahun Ini @NajibRazak @liowtionglai


Nama Datuk Lee Chong Wei disebut sebut tersenarai dalam senarai pendek dari MCA untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambarkan bahawa pemain badminton no 1 dunia tersenarai calon yang berkemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada wawancara pada rumah terbuka MCA pada pagi tadi.

Mungkin dengan meletakan Lee Chong Wei akan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional pada PRK Kajang nanti. Bagaimana pun keputusan ini belum lagi mutamad dan ianya akan dibawa ke mesyuarat Barisan Nasional Pusat selepas Tahun Baru Cina.

Thursday, 30 January 2014

@liowtionglai Kenapa Membelakangkan Barisan Nasional ? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @PRKKajang


Mungkin semangat untuk bertanding di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang membuat MCA tidak sabar sabar untuk mengumumkan calon mereka adalah calon yang sepatutnya akan bertanding nanti semalam. Keputusan ini dibuat berdasarkan mereka menyatakan bahawa kerusi tersebut adalah milik MCA sebelum ini. Pengumuman ini dibuat membelakangkan semangat setia kawan Barisan Nasional, seolah olah takut pihak atasan Barisan Nasional akan meletak calon dari parti kompenen yang lain dalam Barisan Nasional. 

Hari ini Pengerusi Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Najib Razak didalam press conference menyatakan bahawa Barisan Nasional akan bermesyuarat selepas Tahun Baru Cina untuk membincang samada akan bertanding atau tidak di DUN tersebut.

Tak lari gunung dikejar, jika benar MCA berhak bertanding tapi TM mahu bertanya pada MCA. Jika mereka beriya iya untuk meletakan calon dari parti mereka ... adakah mereka akan menurun full swing jentera dari parti mereka untuk memenangi kerusi tersebut atau kerusi nak tapi jentera PRK yang full swing buat kerja dari kompenen yang lain !!! JANGAN KERUSI NAK TAPI KERJA SURUH ORANG LAIN BUAT !!!

PRK Kajang akan dibuat berikut ADUN Kajang, Lim Chin Cheh dari PKR meletakan jawatan.