Thursday, 30 January 2014

@liowtionglai Kenapa Membelakangkan Barisan Nasional ? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @PRKKajang


Mungkin semangat untuk bertanding di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang membuat MCA tidak sabar sabar untuk mengumumkan calon mereka adalah calon yang sepatutnya akan bertanding nanti semalam. Keputusan ini dibuat berdasarkan mereka menyatakan bahawa kerusi tersebut adalah milik MCA sebelum ini. Pengumuman ini dibuat membelakangkan semangat setia kawan Barisan Nasional, seolah olah takut pihak atasan Barisan Nasional akan meletak calon dari parti kompenen yang lain dalam Barisan Nasional. 

Hari ini Pengerusi Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Najib Razak didalam press conference menyatakan bahawa Barisan Nasional akan bermesyuarat selepas Tahun Baru Cina untuk membincang samada akan bertanding atau tidak di DUN tersebut.

Tak lari gunung dikejar, jika benar MCA berhak bertanding tapi TM mahu bertanya pada MCA. Jika mereka beriya iya untuk meletakan calon dari parti mereka ... adakah mereka akan menurun full swing jentera dari parti mereka untuk memenangi kerusi tersebut atau kerusi nak tapi jentera PRK yang full swing buat kerja dari kompenen yang lain !!! JANGAN KERUSI NAK TAPI KERJA SURUH ORANG LAIN BUAT !!!

PRK Kajang akan dibuat berikut ADUN Kajang, Lim Chin Cheh dari PKR meletakan jawatan.



No comments:

Post a Comment