Monday 22 September 2014

@Johan_Jaafar Sila Jaga Anak Baik Baik @NajibRazak #SokongAktaHasutan



Syahredzan Johan, anak kepada Tan Sri Johan Jaafar dan Pengerusi Komuniti Peguam Muda Kebangsaan (NYLC) Majlis Peguam (Bar Council) merupakan individu lantang yang MEMPERTIKAIKAN Akta Hasutan.

Beliau sedang mengepalai kempen di bawah Majlis Peguam selama setahun untuk MENDESAK kerajaan menghapuskan Akta Hasutan, kononnya atas nama kebebasan bersuara dan hak kesamarataan.

Akta Hasutan yang selama ini menjadi undang-undang untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu, agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan menjaga keharmonian negara sedang cuba dirobek dan dimusnahkan oleh anak muda liberal bangsat ini.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita tunjukkan makna sebenar 'kebebasan bersuara' kepada anak muda yang tidak mengenang budi.

Dan berikan mesej Syahredzan sebagai bukti, inilah suara kita rakyat Malaysia!

Mohon disebarkan dan dipanjangkan.

#SokongAktaHasutan
#SAH
#GerakSAH

2 comments:

  1. Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima milik UMNO. Dulu Ketua Pengarang Berita Harian. Pernah di sebut oleh Lim Kit Siang di parlimen mengenai 4 budak Melayu tiba-tiba menjadi jutawan di bawah asuhan Anwar semasa menjawat jawatan TPM. Planted Agent Anwar utk menguasai akhbar-akhbar arus perdana dalam kempen untuk menjatuhkan Tun M. Setelah misi gagal, Johan tiba-tiba jadi baik dan kelihatan mesra UMNO sehingalah beliau mendaki puncak berjawatan Pengerusi Media Prima. Dia adalah juga anggota J/K Keharmonian yang di tubuhkan oleh Najib bersama yang lain mendraf Akta Keharmonian Kaum bagi mengantikan Akta Hasutan yang akan di mansuhkan...

    ReplyDelete
  2. Pecat jugak Nazri Aziz yang menyatakan Akta Hasutan adalah akta lapok !

    ReplyDelete