Showing posts with label Tun Mahathir Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir Mohamad. Show all posts
Thursday, 10 April 2014
Tun Mahathir Mengulas Kenyataan Tun Musa Tentang Peristiwa Memali #1Malaysia
Ini jawapan dr ayahanda Tun Mahathir berkenaan apa yg Tun Musa Hitam sampaikan.
1. During my time as Prime Minister, both the Prime Minister and the Deputy Prime Minister were jointly responsible for national security.
2. At times I held the post of Defence Minister while the Deputy Prime Minister is the Home Minister responsible for the police. At times as Prime Minister when I decided to assume the Home Minister portfolio, the Deputy Prime Minister would be appointed Defence Minister. There were only on a few occasions when the situation demanded it, ordinary Ministers were appointed to the Defence portfolio. This is because the issue of national security is of great importance.
3. On Nov 20, 1985, I led a massive private sector delegation to China because I believed there were abundant trade opportunities with China which had then only opened up to external trade participation.
4. I cannot recall Tun Musa (Hitam) coming up to me to ask me not to go to Beijing but he was, with many others, at the airport, to wish me well on my trip to China. Even at that time I cannot recall if he (Musa) had advised me against going abroad.
5. The Memali incident took place on 19 November 1985, a day before I left. In a police operation such as this, a tragedy could happen. In this case four policemen and 16 criminals were killed. Quite a number were wounded.
6. I was very confident in the ability of the Deputy Prime Minister to handle the situation that I appointed him as Acting Prime Minister. It was he who replied to YB Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) in the Dewan Rakyat on Nov 20, 1985. YB Gooi had asked for a postponement of the Dewan Rakyat to discuss, the “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling, Kedah” – (Handsard) – (Imposition of Curfew due to the killings in Baling, Kedah).
7. I returned home on Nov 28, 1985. When I was abroad, there were no incidents that could not be handled by the Deputy Prime Minister who was then the Acting Prime Minister.
8. Each portfolio came with its own set of responsibilities. In dealing with crimes, the responsibility was with the police. In terms of making a decision when there is a major threat to national security, the Minister is responsible, at least in endorsing the action to be taken.
9) Tun Musa admitted that it was his responsibility. In the system of Cabinet that we practise, all Cabinet members, especially the Prime Minister bears responsibility.
10) I don’t believe Musa foresaw the loss of lives resulting from his decision. As he had said in his reply to YB Tuan Gooi Hock Seng, “it is the duty and responsibility of the Government to ensure that security of the country exists at all times for the welfare of its citizens and for the overall stability of the country. This, the Government will not compromise…”
11) The issue with regards to me not being in Malaysia when the incident occurred was not spread by me. I did not mention this at all in my book. What is publicly known is that Dato Musa Hitam was the Home Minister and Deputy Prime Minister at that time. The Inspector General of Police discussed and reported to him as the Home Minister. The Home Minister is also involved in making the decision on actions that needed to be taken. It is surely unbecoming if when things were going well, only then one admits to the responsibility.
12) It has to be remembered that the policemen were killed before they returned fire. It is very unfortunate that while the deaths of Ibrahim and his followers are remembered and they were even declared as martyrs, the deaths of the members of the security forces are forgotten.
13) Yes, this incident should not have happened. But do we allow it to fester and spread before we act? Look at what is happening to other countries now. Look at what is happening in some other countries now because the police are not allowed to take act effectively.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Thursday, 27 March 2014
Luahan Suara Hati Tun Mahathir Kpd Melayu Yg Tidak Tahu Bersyukur #1Malaysia

Suara hati Dr. Mahathir
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderlyatau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.
Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel Penuh:http:/k/www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir
Wednesday, 5 March 2014
Thursday, 6 February 2014
Gempar !!! Selain dari @teresakok, Tun Mahathir Juga Perlu Minta Maaf ?
Tun Mahathir mengibau kembali bagaimana Anwar Ibrahim masuk UMNO untuk menjadi batu loncatan untuk agenda nafsu serakahnya !!!
KLIK SINI untuk cerita berkaitan !!!
KLIK SINI untuk cerita berkaitan !!!
Ketahui Pendedahan The Face Of Darkness @anwaribrahim Yang Perlu Diketahui Malaysia !!!
Video ini memaparkan pendedahan siapakah Anwar Ibrahim dari mata yang merupakan sahabat atau kawan yang rapat satu ketika dahulu !!!
Rakyat Malaysia perlu tahu syaitan yang bertopeng manusia yang berjalan di mukabumi Malaysia. Ini orang yang bernafsu ingin menguasai Malaysia dan gagal kekang nafsu serakahnya terhadap lelaki jambu !!!
KLIK SINI bagaimana ianya bermula !!!
KLIK SINI bagaimana ianya bermula !!!
Saturday, 25 January 2014
Tun Mahathir Menziarahi Tuan Guru Haron Din Yang Sedang Pulih Di IJN
Hari ini Tun Mahathir Mohamad menziarahi Tuan Guru Haron Din di IJN pada tengah hari tadi. Mungkin kala mereka berpendapat yang berlainan, bukan makna mereka bermusuhan.
Islam menggalakkan umatnya (sunat) menziarahi orang sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur." (Riwayat Bukhari)
Semoga Tuan Guru Haron Din akan cepat sembuh dan meneruskan menpertahankan Kalimah Allah yang cuba dicemari oleh segelintir pihak.
Tun Mahathir dan Tuan Guru Haron Din adalah dua tokoh yang TM sayang.
Tun Mahathir dan Tuan Guru Haron Din adalah dua tokoh yang TM sayang.
ALLAHUAKHBAR !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




