Monday, 29 October 2012

Tulis Nama Atas Van

@Khalid_Ibrahim dikejar oleh babi dan sial belaan sendiri ? @REZQEENHILL @umbkl @razlanrafii

Babi yang meninggalkan nama
 Seekor babi dan seekor sial telah meninggalkan nama di atas van skuad sayang UMNO Bandar Tun Razak semalam. 

TM difahamkan van ini telah banyak berjasa dan terlibat dalam program program di Parlimen Bandar Tun Razak. Mungkin kerana iri hati kepada van ini, maka babi dan sial menconteng nama di atas van atau babi dan sial ini ingin menumpang keglamouran van yang menaikan nama UMNO Bandar Tun Razak di mata masyarakat Parlimen Bandar Tun Razak

"Van yang diconteng telah dilapurkan oleh seorang masyarakat prihatin kepada setiausaha saya" kata Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddi, sungguh kecewa dengan peristiwa ini.

Sial yang tumpang glamour



"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno.

Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut,
" katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Bagi TM, kemungkinan besar kejadian ini dilakukan oleh juak juak yang terasa tertekan dengan kerja kerja masyarakat yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Juak juak ini telah terasa bahang kekalahan mereka di PRU akan datang.

TM - Babi dan Sial, lain kali korang tulis nama atas batu ya :p




No comments:

Post a Comment