Wednesday, 24 October 2012

Pembebasan OKU Malaysia




TM dapat tahu, mulai hari ini golongan orang kurang upaya (OKU) yang ingin mendaftar atau memperbaharui lesen perniagaan akan diberi percuma oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya bertujuan menarik minat golongan OKU menceburi bidang perniagaan setanding golongan normal. Ketika ini seramai empat ratus lima ribu empat puluh empat satu OKU yang mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Ismail Sabri
"Pihak kerajaan memberi intasif kepada OKU yang terlibat dalam bidang perniagaan. Apabila kita bersetuju, bila SSM bersetuju untuk memberikan menawarkan pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan mereka secara percuma kepada OKU. Kalau untuk orang biasa kena bayar RM50 untuk pendaftaran dan pembaharuan, mereka bayar RM50 untuk lima tahun" kata Datuk Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan selepas merasmikan program Jalinan Kasih Kesedaran Keusahaan bersama OKU.

Program Jalinan Kasih Kesedaran Keusahaan  diadakan untuk memberi kesedaran kepada OKU, kepentingan untuk mendatfar perniagaan dan memahami masalah yang dihadapi OKU ketika berurusan dengan SSM.

TM rasa gembira kerana golongan OKU tidak dipinggirkan dan sesuai untuk mereka bersama untuk menaikan taraf sosio ekonomi mereka. Maka intesif adalah digalakan golongan OKU menceburi bidang perniagaan

Menerusi pendaftaran di SSM, mereka akan diiktiraf dan dilindungi undang undang, melayakan mereka membuat pinjaman di intitusi kewangan.

TM - aku pun dah daftar walaupun bukan OKU :)

No comments:

Post a Comment