Wednesday, 17 October 2012

Selamat Tinggal Kg Berembang

Penduduk transit ingin menyewa dan menetap di PPR Beringin 

Datuk Yahaya - Ketua Bahagian Batu
Merangkap Pengerusi Barisan Nasional
Parlimen Batu

Seramai 308 keluarga dari 426 keluarga beasal dari Kampung Berembang, Ampang yang menetap transit di PPR Beringin telah menyuara hasrat dan memohon untuk menyewa menetap terus di PPR Beringin.

Setelah lebih kurang 9 tahun menetap transit di PPR Beringin, kerana selesa dengan penempatan dan kedudukan PPR, maka penduduk transit tersebut ingin terus menetap di situ.

Hasrat itu telah disuarakan kepada UMNO Bahagian Batu dan hasil usaha Datuk Yahaya Mat Ghani, Ketua Bahagian Batu telah berbincang dengan pihak Perumahan DBKL. Hasil perbincangan itu, pihak Perumahan DBKL telah bersetuju untuk mengeluarkan borang permohon kepada 308 keluarga itu, Namum begitu permohonan itu akan disaring oleh DBKL sekiranya ada permohonan bertindih di tempat lain.

Borang borang pemohonan untuk menyewa PPR itu telah diserahkan kepada pemohon pemohon tersebut dalam satu majlis ringkas semalam. Dalam ucapan majlis tersebut, Datuk Yahaya berkata penduduk transit tersebut harus bersyukur atas tawaran tersebut dan beliau turut juga menbidas 18 penduduk transit yang telah memberi menyewakan rumah ppr kepada orang lain dan PATI dan meminta pihak Perumahan DBKL menolak pemohonan yang dibuat oleh 18 rumah transit tersebut kerana mengambil kesempatan untuk untung atas angin.

Penyerahan borang pemohonan kepada pemohon oleh Yahaya, diperhatikan oleh Dominic Lau

tm - Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung !!!

No comments:

Post a Comment