Sunday, 3 February 2013

@tianchua Gembira Taib Azamudin Tiada Lagi

Menjadi Ancaman Kepada @anwaribrahim #tolakPR

Mungkin juga Tian Chua Ahli Parlimen yang pemalas dalam sejarah Parlimen Batu merupakan insan yang paling gembira apabila berita kematian Taib Azamuddin. Berita yang tanpa diusul periksa oleh si pemalas ini telah disebarkan di dalam twitternya yang menpunyai 42,319 pengikut !!! Bermakna seramai 42,319 membaca fitnah Tian Chua terhadap Taib Azamuddin. Ada kemungkinan Tian Chua gembira apabila ancaman besar kepada bosnya si Anwar sudah tiada di muka dunia ini. Sehingga tanpa mengusul periksa berita ini, lalu disebarkan di dalam twitternya.

Bagi yang tidak tahu atau terlupa, Taib Azamuddin dahulu merupakan saksi utama yang mendapat maklumat awal bagi kes tidak bermoral Anwar. Ramai mangsa mangsa kerakusan Anwar, pernah pengakuan kepada Taib Azamuddin. Selagi beliau masih bernyawa selagi itu lah hidup Anwar akan sentiasa dihantui oleh kisah gelapnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Klik sini untuk cerita berkaitan

Apabila ramai pengikut di twitternya menegur, Tian Chua hanya reply "Maaf kalau berita tersebut tidak benar". Sepatutnya Tian Chua memohon maaf kepada semua 42,319 pengikut twitternya dan memohon maaf kepada Taib Azamuddin dan keluarganya yang mungkin tertekan kabar angin yang disebar oleh Tian Chua yang sungguh tidak bertanggungjawab.

Sesungguhnya TM sememangnya tahu Tian Chua memang tidak bertangguhjawab kepada parlimen Batu dan selalu mengeluar kenyataan yang sungguh tidak bertangguhjawab !!! Oleh itu kita perlu tumbangkan Tian Chua pada PRU yang akan datang !!!

No comments:

Post a Comment