Thursday, 19 June 2014
Apa Hal @NazirHussin70 Menyekolahkan @Khairykj & @azwanbro Sebagai Pengajaran @NajibRazak
Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".
Kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendapat cara yang terbaik membantu keluarga golongan sasar ini dengan bantuan melalui pendidikan anak anak mereka dulu seperti kos tuisyen. Seperti yang diketahui ramai, kos tuisyed bagi satu matapelajaran teras yang wajib lulus SPM berharga antara RM 60-75 atau jika 5 matapelajaran wajib lulus dah menjadikan kos tuisyen RM 300-375 bagi seorang pelajar. Kos ini akan membuatkan ibubapa mereka yang di bandar kurang mampu untuk biayainya.
Untuk mengatasi masalah ini, kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".
"HELP TUISYEN" adalah jalan penyelesian yang terbaik kerana ianya akan diseliai oleh guru guru mahir dalam mata pelajaran tersebut secara percuma. Program tuisyen ini bermula sekarang hingga SPM. Untuk memantap lagi ilmu pengetahuan mereka, kami biro akan menyediakan juga beberapa program tambahan seperti program motivasi, buku tambahan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara bersama ibu bapa serta PIBG sekolah.
Selanjutnya jika terdapat pelajar pelajar yang gagal mendapat skor yang diperlukan, kami di Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan berusaha membantu pelajar pelajar ini masuk ke IPTA seperti di UiTM, KPTM, Giat Mara, Kolej Profesional Mara, UniKL, Kolej Kemahiran dan lain lain lagi.
Setiap parlimen, saya sebagai pengerusi biro ini mencadangkan dan mensasarkan 100 pelajar sebagai anak angkat Pemuda. Kami yakin program ini akan mendapat impak yang merangsangkan dari pelajar, terutama para ibubapa yang memerlukan bantuan ini. Kami dari Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus mencari jalan dan mekanisma untuk membantu "meringankan beban" golongan kurang berkemampuan atau miskin bandar menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.
Nazir Hussin Akhtar Hussin
Pergerusi BiroHal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
No comments:
Post a Comment