Thursday 19 June 2014

@azeezputra Buka Pencak Silat Belasah MP Kota Kinabalu Dalam Dewan Parlimen @NajibRazak


azeezjimmykkSemalam panglima UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim berang apabila ahli parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong menuduh UMNO menerima wang haram. Tuduhan tersebut telah mencetus ketegangan di Dewan Rakyat petang rabu apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengecam kenyataannya itu.
Tetapi yang paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit.

Pada ketika itu Jimmy Wong sedang  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.

Sesungguhnya TM lihat bahawa Datuk Seri sememangnya seorang yang tegas apabila pembangkang cuba memburukan UMNO dan cuba mengaitkan UMNO dengan kegiatan haram.

Bagi TM sekiranya ada rombakan kabinet pada masa akan datang, Datuk Seri Azeez layak dimasukan ke dalam kabinet untuk menggantikan Datuk Hassan Malek.

Datuk Seri Azeez Rahim teruskan perjuangan mu !!!

No comments:

Post a Comment