Friday 9 January 2015

@IsmailSabri60 Bukan Along, Cuma Nak Tolong Pinjaman 10K @NajibRazak #PrayForPantaiTimur


PELANCARAN PASAR TANI KHAS PASCA BANJIR,

1. Peniaga hasil tani yang terbabit banjir baru-baru ini boleh memohon pinjaman khas RM10,000 untuk membina semula perniagaan mereka yg telah terjejas akibat banjir.

2. Pinjaman itu diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) & semua permohonan akan diproses secara 'laluan khas' untuk mempercepatkan kelulusan.

3. Walaupun sebahagian pasar tani dibuka semula, tetapi masih ada peniaga menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana peralatan dan barang niaga musnah dalam banjir

4. Selain itu FAMA juga memberi bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.

5. Hingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir, namun jumlah kerugiannya masih tidak diketahui kerana terdapat kawasan yang masih belum pulih.

6. Mengenai pasar khas pasca banjir itu, ia adalah inisiatif kementerian untuk membantu rakyat di kawasan terbabit banjir mendapatkan barangan makanan pada harga 20 hingga 60 peratus lebih murah berbanding biasa.
Ini kerana barangan itu dijual secara terus oleh agensi di bawah kementerian, sebagai contoh jualan sayur dikendalikan FAMA, ikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)), ayam dan telur oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

7. Belian barangan juga dihadkan iaitu tiga kilogram untuk ikan dan sayur, selain satu sarang telur untuk seorang pembeli bagi mengelakkan barangan itu dibeli pemborong.

8. Pasar tani khas pasca banjir akan dibuka di 51 kawasan di 20 daerah di negeri terjejas banjir seperti Kelantan, Terengganu, serta Pahang, dan akan beroperasi hingga harga barang di kawasan terjejas banjir kembali stabil.

8. Untuk permulaan, pasar tani khas itu akan beroperasi sehari seminggu, namun akan dibuka lebih kerap jika mendapat sambutan.

Ismail Sabri Yaakob
9 Januari 2015 

No comments:

Post a Comment