Showing posts with label Bantuan Awal Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Awal Persekolahan. Show all posts

Friday, 24 January 2014

@abss115 Menyampaikan Amanah @NajibRazak, Bantuan Sekolah RM100 #WPCeria

Ibubapa mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri
Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas telah menyampaikan amanah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada 1016 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Muda. 

Amanah Najib Razak adalah berupa bantuan sekolah sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah tersebut.



Gimik penyerahan Bantuan Sekolah RM100
Bantuan sekolah RM100 adalah untuk meringankan beban ibubapa membeli keperluan pelajar tersebut seperti pakaian sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya.

Datuk Yahaya dalam ucapannya berkata bantuan sekolah RM100 adalah untuk meringankan beban ibubapa membeli keperluan pelajar tersebut seperti pakaian sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya. Tambahan beliau menperingatkan ibubapa supaya menggunakan bantuan tersebut untuk keperluan anak mereka dari digunakan untuk ibubapa.

Beliau juga menawarkan bantuan kepada sekolah tersebut dengan memadai dengan peruntukan seorang senator. 

TM lihat wajah wajah ceria ibubapa yang menerima bantuan sekolah RM100 bagi setiap anak yang bersekolah.




Friday, 18 January 2013

@abss115 @Dominiclauhc dan Ramlan bergegas ke Sekolah

@tianchua lari dari sekolah #JanjiDitepati @NajibRazak 
Sebahagian Ibubapa Pelajar yang menerima Bantuan Awal Persekolahan RM100

Hari ini TM nak bercerita kepada semua rakyat terutama yang di Parlimen Batu bahawa bermula dari 15 Januari hingga 31Januari di Parlimen Batu, Datuk Yahaya @ Abbas, Datuk Ramlan dan Dominic Lau telah dan akan ke 42 sekolah yang dibawah. Mereka ke sekolah sekolah tersebut kerana membawa amanat yang diberikan oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional. Amanat yang dibawa ialah RM100 bagi setiap pelajar !!!

1. SK (1) BATU EMPAT, JLN IPOH
2.SK LA SALLE (1) SENTUL
3. SK LA SALLE (2) SENTUL
4. SJKT ST. JOSEPH
5. SK TAMAN KOPERASI POLIS
6. SJKC SENTUL PASAR
7. SK SERI NILAM
8. SJKC CHI MAN
9. SMK SENTUL UTAMA
10. SJKC SENTUL
11. SK KG. SELAYANG
12. SJKC LAI CHEE
13. SK SRI DELIMA
14. SJKT SENTUL
15. SMK CONVENT SENTUL
16. SK (L) METHODIST SENTUL
17. SK SENTUL 1
18. SJKC MUN CHOONG
19. SK (2) BATU EMPAT, JLN IPOH
20. SM SAINS SERI PUTERI
21. SMK ST. MARY
22. SMK DATO' IBRAHIM YAACOB
23. SMK BATU MUDA
24. SK SENTUL UTAMA
25. SMK (L) METHODIST SENTUL
26. SMK RAJA ALI
27. SK CONVENT SENTUL 1
28. SK KG. BATU
29.SMK RAJA ABDULLAH
30. SK SERI MURNI
31.SK TIARA PERMAI
32. SMK MAXWELL
33. SK SENTUL 2
34. SJKT THAMBOOSAMY PILLAI
35. SK CONVENT SENTUL 2
36. SK ST. MARY
37. SK BATU MUDA
38. SK INTAN BAIDURI
39. SMK LA SALLE SENTUL (M)
40. SK SERI PERAK
41. SK BANDAR BARU SENTUL
42. SMK BANDAR BARU SENTUL

Bapa ini tersenyum kerana menerima RM400 kerana menpunyai 4 orang anak di Sekolah Rendah Selayang Lama
Salah seorang ibu kepada salah seorang dari 80 pelajar 
Dominic Lau di SJKT St Joseph bersama pelajar yang menerima


Dominic Lau di SJK (C) Lai Chee
Dengan bantuan RM100 ianya dapat meringankan pembelanjaan ibubapa untuk anak anak mereka yang bersekolah, Penggunaan RM100 terpulang kepada penerima dan rata rata menyatakan mereka akan membeli peralatan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, peralatan tulis sekolah dan lain lain.

Ini salah satu cara bagaimana kerajaan pusat yang ada sekarang berusaha untuk membantu rakyat tanpa mengira peringkat usia.

Kalau harapkan Tian Chua Ahli Parlimen yang pemalas dalam sejarah Parlimen Batu memang tak pernah melawat sekolah sekolah di Parlimen Batu. Oleh itu ibubapa dan pengundi di Parlimen patut menjatuhkan Tian Chua yang tidak prihatin terhadap anak anak batu masa depan negara pada PRU akan datang!!!

TM teringat janji pakatan rosak kepada anak anak tadika di Selangor yang dicapati !!