Showing posts with label P093. Show all posts
Showing posts with label P093. Show all posts

Monday, 6 June 2016

@BudimanZohdi Yg Mewah Kutip Dana Haram Utk #prkSgBesar ? #inilahbudiman #scs93




Parti Amanah Negara Sungai Besar sebelum penamaan calon PRK Sungai Besar telah meminta orang ramai untuk menyumbangkan duit untuk dana untuk calon pilihanraya mereka.






Tetapi semalam ketika penamaan calon di PRK Sg Besar, presidennya Mat Sabu yang datang bersama tuannya Lim Kit Siang the master puppet berkemeja baru, malahan jentera dan persiapan PAN kelihatan mewah. Sudah tentu menggunakan perbelanjaan yang banyak. Ianya tidak nampak seperti parti baru yang ditubuhkan.

Namun ada kemungkinan besar pembelanjaan pilihanraya kecil PAN di Sg Besar dan Kuala Kangsar telah mendapat dana dari tuannya iaitu DAP.

Jadi apakah perlu PAN mengutip wang dari orang ramai sedangkan kita tidak tahu hala tujuan wang yang dikutip. Adalah disarankan orang ramai terutama orang di Sg Besar, jangan bermurah hati sangat menderma wang anda kerana pemimpin pemimpin PAN bukannya tak berduit dan tidak berkemampuan ... mereka juga kaya raya ... cuma mereka hanya mahu pergunakan wang rakyat yang telah dikaburi fikiran kerana kata kata manis mereka.

Oleh itu kami sarankan pengundi pengundi di Parlimen Sg Besar supaya tidak teragak agak memangkah Barisan Nasional yang diwakili Budiman Mohd Zohdi untuk menjadi wakil rakyat anda.



Kepentingan @BudimanZohdi Di Sg Besar Terbongkar #inilahbudiman #prkSgBesar #scs93


“Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar, kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini dikekalkan" kata Budiman Mohd Zohdi calon Barisan Nasional di Parlimen Sg Besar

“Tetapi kita mahu penduduk mempunyai ilmu yang tinggi sekali gus dapat berfikir untuk menjana pendapatan daripada sumber sedia ada” tambahnya lagi.

Walaubagaimana pun, Barisan Nasional perlu mendapat mandat dari rakyat Sg Besar supaya infrastruktur pendidikan dapat dimajukan. Dengan ilmu pengetahuan, maka Sg Besar yang kaya hasil pertanian boleh menambah nilai produk pertanian yang sedia ada untuk berkembang di pasaran tempat atau luar negara.

Undi lah Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat di Parlimen Sg Besar. Seorang yang pendirian, merendah diri dan berfikiran jauh demi kepentingan rakyat yang akan diwakilinya.





@BudimanZohdi Calon Barisan Nasional Di #prkSgBesar #inilahbudiman #scs93



Budiman Mohd Zohdi 44 tahun merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Parlimen Sungai Besar. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di DUN Sungai Panjang, Selangor 

 

Budiman yang berkelulusan Ijazah Sarrjana Muda dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1997 dan melanjutkan pelajarannya di Uniiversiti Putra Malaysia mendapat Ijazah Sarjana dalam Komunikasi pada tahun 2003. Budiman juga mempunyai sijil program Neuro-linguistik dari berprestij NFNLP USA.


Budiman mahu menjadi "lidah rakyat" untuk bersuara untuk kepentingan rakyat Parlimen Sg Besar di Dewan Rakyat sekiranya terpilih nanti. Dengan rekodnya di Dun Sg Panjang sudah pasti Budiman akan berkhidmat dengan cemerlang di Parlimen Sg Besar nanti.

Pilih la Budiman Mohd Zohd sebagai Wakil Rakyat anda.