Showing posts with label PR1MA. Show all posts
Showing posts with label PR1MA. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

@razlanrafii Pemuda WP Membantah & Menpertikai Pengagih Rumah PR1MA @NajibRazak @Khairykj


\

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Saudara Razlan Rafii telah membantah cara pengagihan rumah PR1MA. Turut membantah adalah Pemuda UMNO Kedah. Oleh itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mesyuarat petang semalam telah membuat ketetapan supaya sistem pengagihan PR1MA ini harus dikaji semula.

Punca utama kajian perlu diadakan kerana koata untuk golongan muda tidak dilaksanakan. Turut dipersoalkan tentang koata untuk golongan bumiputra. Kaedah mengundi rumah PR1MA tidak menjamin koata 30% untuk golongan bumiputra akan tercapai.  Itu adalah terma syarat rumah biasa khasnya rumah kos sederhana dan mampu milik. 

Maka itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan pihak PR1MA mengubah sistem pemilihan atau pengagih rumah PR1MA. Sistem cabutan undi ini tidak boleh digunapakai.

 Saudara Khairy Jamaluddin juga telah mengarahkan Razlan Rafii dan Pemuda UMNO Wilayah untuk menghantar memorandum bantahan.

Monday, 11 March 2013

Pendedahan Eksklusif ! @NajibRazak Bina Mahligai Di Wilayah Persekutuan ! Orang Ramai Perlu Tahu !




80,000 rumah mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan sederhana akan dibina di Lembah Klang & Wilayah Persekutuan. 50,000 unit rumah akan dibina melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Manakala baki 30,000 unit rumah baki daripada itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.

Jaminan daripada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak harga seunit rumah lebih rendah sebanyak 20% - 30% daripada harga semasa pasaran. Beliau memberi jaminan semasa melancarkan PR1MA Alam Damai, di Bandar Tun Razak semalam.


Sebanyak 2,070 unit rumah daripada 80,000 akan dibina di sini.

"Projek ini jangan dilihat sebagai projek memiliki rumah sahaja tetapi boleh juga disifatkan sebagai sesuatu projek ataupun program di mana nilai kekayaan kita bertambah. Boleh dilihat sebagai wealth creation programe. Kerana bukan mudah bagi kita bila dapat sesuatu kita beli, kita dapat keuntungan. Jarang ada projek seperti ini."

Perumahan PR1MA dibina dengan 3 kategori :

i. PR1MA (Kerajaan)
ii. Swasta & Kerajaan
iii. Swasta

Syarat kelayakan untuk memohon PR1MA sangat mudah, iaitu :

i. Warganegara Malaysia
ii. 21 tahun ke atas
iii. Berpendapatan individu atau gabungan dengan isi rumah sebanyak RM2,500 - 7,500
iv. Pemohon tidak memiliki lebih dari satu hartanah.

Klik SINI untuk cerita berkaitan !!!


Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah disediakan. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi.

Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat.

Inilah salah satu daripada keberhasilan dan keterbukaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan faedah yang berlipat kali ganda kepada rakyat khususnya. 

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
bukan sekadar slogan tetapi ia sebuah pengertian yang jauh lebih besar

Saturday, 9 March 2013

PR1MA ALAM DAMAI ! Rumah Ku Syurga ! @NajibRazak #BNBagus #JanjiDiTepati



PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat. Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu
atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon.

PR1MA Alam Damai menjanjikan lokasi strategik yang terletak di Cheras, sebuah kawasan sentral dengan pelbagai kemudahan. Dengan adanya lebuhraya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain.

Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah disediakan. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi.

Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat.

Takyah tunggu-tunggu lagi, jom bersama-sama di Majlis Pelancaran Rumah PR1MA Alam Damai :-


10 Mac 2013 (Ahad)
9 Pagi
Alam Damai, Cheras (berhadapan SK Alam Damai)


Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi. Pemohon yang berkelayakan boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah dan memenuhi semua syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka.

Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat. Kemudahan seperti ini memberi peluang untuk penghuni di sini menyemai gaya hidup yang aktif, sihat dan selesa. 

Seiring dengan objektif PR1MA yang memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia berpendapatan sederhana, PR1MA Alam Damai menyediakan keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi dan kemudahan seperti: 

• Kedai 1Malaysia
• Kilinik 1Malaysia
• Surau
• Gimnasium
• Dewan Komuniti

BN Bagus