Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Tahniah YB @dyanasmd Menang Tipis Di #PRKTelukIntan @NajibRazak #TengkuAdnanReal


Alhamdulillah calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong telah berjaya memenangi kerusi parlimen Teluk Intan dengan majorati tipis.

BN : 20157
DAP : 19,919
Majoriti : 238
% perbezaan undi : 0.6%

Jumlah peti undi keseluruhan: 122
Jumlah Peti Undi Diterima : 122
Jumlah Peti undi blom terima :0

Calon BN Datuk Mah Siew Keong Menang PRK Teluk Intan


Walaupun menang menang tipis yang pasti Datuk Mah kena bekerja keras menunaikan janji janji pada kempennya.

Friday, 30 May 2014

Gambar @CTNurhaliza11 Digunakan Oleh @dyanasmd Menipu Pengundi #PRKTelukIntan



Hari ini Red Bean Amry menyebar luas gambar Datuk Siti Nurhaliza ketika menyertai Askar Wataniah pada tahun 2011 untuk mengaburi pengundi Teluk Intan bahawa calon DAP. Gambar Datuk Siti Nurhaliza telah dicaptionkan dengan menyatakan Dyana Sofya pernah menyertai Wataniah sebelum ini. DYANA SOFYA CALON DAP DAN RED BEAN ARMY SUKA MENIPU !!!

Ini menampakan bahawa DAP semakin terdesak untuk menipu pengundi di Teluk Intan setelah calon DAP sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu Rejimen Askar Melayu DiRaja dibubarkan.

Datuk Siti Nurhaliza menyertai Wataniah pada 2011
Gambar Siti Nurhaliza dan artis lain bersama Datuk Seri Ahmad Zahid
Pada tahun 2011 penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama rakan selebriti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Kapt (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan dan Nurul Hidayah telah menyertai Rejimen Askar Wataniah.

© Utusan Melayu (M) Bhd 




Kalau dah parti dan calon jenis menipu, jentera dan cybertroopers apa lagi.. jangan lupa sebelum ini Dyana telah dikantoi menipu 4 kali dan penipuan-penipuan PR sebelum ini - 40 ribu pengundi Bangladesh, insiden Black Out di Ketari dan penipuan-penipuan lain. Klik SINI untuk cerita berkaitan. 

Pengundi pengundi Teluk perlu bijak memilih Ahli Parlimen supaya tidak tertipu dengan penipuan penipuan oleh Dyana Sofya calon DAP bersama Red Bean Army. Pernipuan ini tidak boleh diterima sesama sekali kelak akan menerima kesan jangka masa yang agak lama untuk menantikan PRU14.

Jika ini semua boleh ditipu oleh calon DAP, fikirkan pula janji janji politik yang telah buat oleh Dyana Sofya.

Oleh itu TM sarankan pengundi pengundi beri peluang kepada Datuk Mah Siew Keong untuk menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan supaya beliau dapat membuktikan bahawa dia mahu berkhidmat untuk masyarakat Teluk Intan.

Undi la Barisan Nasional.

@NajibRazak Durian Runtuh Untuk Teluk Intan Jika Barisan Nasional Menang #PRKTelukIntan


“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Thursday, 29 May 2014

Visi @dyanasmd Dan @limkitsiang Terhebat Hanya Mah Siew Keong #PRKTelukIntan @NajibRazak



Kalau kita lihat calon DAP Dyana Sofya dalam kempennya untuk menang kerusi parlimen tiada misi dan visi hanya kempen isu isu yang berbau perkauman untuk membangkitkan kegelisahan pengundi yang bukan Melayu seperti isu UiTM dan RAMD.

Dyana idak seperti calon Barisan Nasional iaitu Dato Mah Siew Keong yang menpunyai banyak misi dan visi sekiranya berpeluang memenangi kerusi parlmen Teluk Intan.

Mah Siew Keong yang merupakan anak kelahiran Teluk Intan lebih memahami permasalahan yang timbul. Mah Siew Keong sudah ada perancangan untuk kebaikan penduduk di Teluk Intan di segenap lapisan umur. Dengan kelebihan kerajaan negeri yang dikuasai Perak di Barisan Nasional akan memudahkan usaha usaha tersebut dilaksanakan.

Semoga dengan kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan nanti, penduduk penduduknya akan dapat manafatnya.

Undi lah Barisan Nasional !!!

Monday, 26 May 2014

@dyanasmd Calon Boneka @limkitsiang Mahu Transformasi #PRKTelukIntan @NajibRazak


BERDEDIKASI, BERPENGALAMAN, KOMITED
RANCANGAN PEMBANGUNAN TELUK INTAN OLEH MAH SIEW KEONG

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN

🔹Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda

🔹Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak

🔹Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.

 PELANCONGAN

🔹Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO

🔹Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak

🔹Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)

 KOMUNITI

🔹Pusat komuniti di setiap taman dan kampung

🔹Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar

🔹Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia

🔹Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas

🔹Sebuah Universiti untuk Teluk Intan

🔹Rumah mampu milik melalui PR1MA

🔹Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap

✅BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN
✅ UNDILAH BN

Calon Barisan Nasional Mah Siew Keow akan mentransformasi Teluk Intan kepada suatu yang baru sekiranya dapat menangi kerusi Parlimen Intan sekali..

@dyanasmd Pinocchio Yang Dikawal Oleh @limkitsiang #PRKTelukIntan




Dyana Sofya atau kita boleh panggil pinocchio DAP kerana suka menipu rakyat Teluk Intan dalam beberapa perkara termasuk kerjayanya sebagai peguam walhal dia hanya lulusan undang undang saja ... tentang Tunku Aziz ... dia kata tidak tahu kerana baru masuk , walhal dia memasuki DAP 2008 dan berkaitan ibunya yang pernah memasuki Pribumi Perkasa sebagai Ketua Wanita Perkasa.

Ternyata Dyana Sofya pin8cchio suka bercakap bohong !!! Bagaimana orang ini mahu dijadikan ahli parlimen Teluk Intan ???

Sunday, 25 May 2014

@dyanasmd Your Mother Laaaa Perkasa ! Mengapa Suka Menipu Rakyat #PRKTelukIntan



Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI

Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :

Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
  • Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
  • Masa : 4.00 petang
  • Tarikh : 21 Oktober 2008
  •  
PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
  • Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
  • Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
  • Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
  • Memperkasakan kaum Pribumi.
  • Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
  • Mempertahankan kedaulatan negara.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
  • Dato’ Zakaria Salleh
  • Salahuddin Hisahm
  • Mohd. Rozal Abd. Rahman
  • Mohd. Radzi Mustafa
  • Hjh Foziah Dato Nawawi
  • Raizul Azmi Zulkeply
  • HajahYam @ Yammy Abdul Samat
  • Yusof Merah
  • Ahmad  Jaddawi Ghazali
  • Selamat Saimon Daud Ibrahim
  • Raizul Azni Zolkepli
  • Wan  Ahmad  Talib
  • Kpt. Don Abdullah
  • HanishaIzaireen
  • Megat Zulkarnain Omar Din
  • Jismi Azahar iJohari

- Sumber Minaq Jinggo 

HajahYam @ Yammy Abdul Samat merupakan ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya pernah menjadi Ketua Wanita Pribumi Perkasa. Persoalannya kenapa Dyana perlu menipu ? Beginikah perangai seorang yang ingin menjadi ahli parlimen. ?

Lihat la di video diatas bagaimana Tony Phua yang mengawal dan memberi jawapan Dyana ... sememangnya Dyana ini hanya BONEKA

Amaran @dyanasmd Kepada Pengundi Melayu Di #PRKTelukIntan Yg Menentang @limkitsiang & DAP

Hanya memberi pemain boneka untuk bercakap ... boneka hanya perhatikan seperti tunggul

Syed Araniri Syed Ahmad Naqib, bekas Naib Pengerusi DAP Kedah menperingatkan sesiapa sahaja yang menjadi ahli DAP terpaksa mengikut dasar DAP. Untuk mengaburi mata pengundi di Teluk Intan, DAP mengambil Dyana Sofya sebagai calon. Melaya yang dua tiga kerat sekadar simbol kononnya menperjuangkan semua kaum. Objective sebenarnya menperjuangkan hanya untuk cina.

@HishammuddinH2O Kata @dyanasmd Boneka @limkitsiang Guna Skrip Lapok #PRKTelukIntan





Hishamuddin menperingatkan kepada semua penyokong BN supaya tidak melatah dengan permainan parti pembangkang yang membangkit isu isu yang sama hanya pada masa tertentu seperti di pilihanraya pilihanraya kecil.

Isu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang mengikut tempat tempat dengan menggunakan propaganda propaganda mereka yang sama dan lama untuk menimbulkan emosi juga kemarahan orang ramai terhadap Barisan Nasional.

Hishammuddin mahu parti parti kompenen untuk bekerjasama rapat untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan.

Wednesday, 21 May 2014

@Khairykj Kenapa @ibdil Promote @dyanasmd Calon DAP Di #PRKTelukIntan ?


Mah Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University, England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East London University.

Perjalanan politik Mah Siew Keong:
• 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hilir Perak mewakili Parti Gerakan
• 1995 terpilih sebagai ADUN Pasir Bedamar dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
• 1999 terpilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan dalam PRU
• 2004 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRU dan dilantik sebagai
  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 2006 bertukar portfolio kabinet dan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Menteri
  Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2013 terpilih sebagai Presiden Nasional Parti Gerakan

Mah Siew Keong gigih berkhidmat untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah. Beliau giat berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang telahpun lama membelenggui penduduk setempat. Ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Menteri, Mah Siew Keong juga komited dalam mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan, pembangunan tempatan dan infrastruktur Teluk Intan. Beliau juga berjuang untuk mendapatkan peruntukan bagi pendidikan, tokong dan persatuan-persatuan.

Beliau juga aktif menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan tempatan dan pertubuhan amal di mana beliau turut berperanan sebagai penasihat kepada banyak organisasi setempat dan sentiasa aktif memberi sumbangan dan idea yang bernas seperti:
• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli

• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan
• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina
  Hilir Perak
• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan
  RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir
  Perak secara berasingan.

Biarpun Mah Siew Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan dan berhasrat untuk terus berkhidmat kepada penduduk tempatan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan. Marilah kita mengundi Mah Siew Keong untuk membolehkan beliau dipilih sebagai wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Teluk Intan serta membawakan arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan sehingga membolehkan Teluk Intan muncul sebagai salah sebuah bandar yang pesat membangun dengan prospek kemajuan yang amat cerah dalam negeri.

IBDILLAH ISHAK
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia