Wednesday, 17 April 2013

@teresakok Bersuka Ria Menggunakan Duit Derma Untuk Ibu Tunggal #TolakPR #GE13 #PRU13




Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.

Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi mengsonglap duit ibu tunggal.

Hal ini terjadi semasa seorang Pegawai Khas, Tony Tan di Sabah. Mereka dalam kempen 'membantu' dan mengumpulkan dana untuk Ibu² Tunggal. Teresa Kok hanya meminta sumbangan sebanyak RM5,000. Namun dek kerana kasihan dan bersimpati dengan nasib ibu tunggal, maka adalah seorang penyumbang ini memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 tunai untuk tujuan tersebut.

Dengan harapan segala wang yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik mungkin oleh Teresa Kok.



Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah  perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta.

Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut. 

Apa yang menariknya, saman tersebut dikatakan akan dimulakan pada Ogos 2012 namun sehingga ke hari ini Teresa Kok masih lagi gagal untuk menfailkan saman terhadap Tony Tan dan hanya bersandiwara di hadapan wartawan konon dirinya dianiaya oleh bekas Pegawai Khasnya, Tony Tan.

Lihat video di bawah.




Sumber REZQEENHILL

Saya sokong Barsan Nasional dan saya pangkah Dacing.


Tuesday, 16 April 2013

Calon Terbaik Barisan Nasional Wilayah Persekutuan #BN4Malaysia #GE13 #PRU13


Wilayah Persekutuan hanya mengekalkan seorang sahaja calon muka lama iaitu Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur untuk bertanding di Putrajaya. Nama calon calon telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di PWTC. TM mengucapkan tahniah kepada semua calon Barisan Nasional dan TM doakan semua calon BN WP dapat menawan semua telah kalah pada PRU lepas.

Klik SINI untuk calon Parlimen Batu

Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing  :)

@Dominiclauhc Calon Barisan Nasional Lawan @tianchua Di Parlimen Batu #TolakPR #GE13 #PAU13


Dr Dominic Lau Hoe Chai 45, adalah calon bagi parlimen Batu P115 mewakili Barisan Nasional !!!

Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing !!!

Klik SINI calon BN WP.



Pesanan Abang Kepada @KhalidSamad #TolakPR #GE13 #PRU13 @NajibRazak @razlanrafii


Ramai orang PAS yang bertanya kepada saya, adakah saya akan menyertai adiknya Khalid dalam PAS, maka veteran UMNO ini menjawab bahawa PAS sudah jauh menyimpang !!!  

Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing !!!


Monday, 15 April 2013

@nikabdulaziz Terpaksa Dipapah Kerana Video @dato_mustafaali #TolakPR #GE13 #PRU13


Gambar yang MyMassa dapat melalui e-mail sebentar tadi. Pengirimnya pula tidak memberi apa-apa maklumat.
Selepas diselidik, mungkin gambar ini berkaitan dengan berita di blog Bro Jinggo (http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html).

Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.
Baca seterusnya di sini : http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html

Jika benar perkara ini berlaku, MyMassa ucapkan takziah kepada Tuan Guru dan keluarga TG Nik Aziz. Cuma MyMassa kesalkan, mengapa sampai perlu dipapah masih lagi mahu mengekalkan kuasa? 


*Dahulu pemimpin yang sama menyuruh Tun Mahathir letak jawatan kerana terlalu tua. Adakah dia masih merasakan dirinya masih muda?

Sumber - Rezqeenhill

TM - Pok Nik tak kan nak menongkat langit !!! Bagi lah Datuk Haron Din mengambil alih menjadi Musyidul Am PAS !!!

Tak Tahu Apa Yang Dimarahkan, Keldai PAS Membakar Bendera BN #TolakPR #GE13 #PRU13



Panas..panas...panas...PAS Putrajaya naik minyak? mengamuk? Beginikah etika kepimpinan PAS mengajar anak buah dan penyokong mereka?? Bakar Bendera BN?Kejadian berlaku sekelip mata. Anggaran waktu kejadian ialah waktu tengah hari. Ketika Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk mengedar risalah kepada penduduk di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12, ketika itulah puak² fanatik hamPAS 'menyerang' BN Putrajaya dengan membakar bendera gergasi BN yang digantung di pesisir jalan berdekatan Sek Keb P8 (2) serta berhampiran rumah teres P8.


Kejadian ini juga turut menggemparkan beberapa penduduk berdekatan tetapi nasib baik api yang merebak ini berjaya dikawal. Sekiranya penduduk tidak perasan, pasti api merebak dengan cepat dan boleh merosakkan harta benda lain dan mungkin kejadian lebih buruk akan berlaku.


Rata-rata penduduk di sini nampaknya semakin berang dan kurang senang dengan cara PAS Putrajaya berkempen dan cara mereka membuat provokasi kepada jentera BN. Penulis sempat menemubual penduduk(identiti terpaksa dirahsiakan) berkata, "hari penamaa calon belum lagi tetapi penyokong Husam Musa sudah mula mencetuskan kontroversi di Putrajaya. Beginikah akhlak orang Islam? Saya juga percaya, penyokong² Husam Musa ini adalah penduduk luar Putrajaya yang mungkin datangnya dari Bangi / Kajang/ Seri Kembangan mahupun Dengkil..Orang Putrajaya tidak buat perkara negatif macam ni" katanya lagi.



Buat Husam Musa, kejadian ini sememangnya tidak akan mematahkan semangat pejuang² BN di
Putrajaya ini tetapi Pemuda UMNO Putrajaya akan lebih bersemangat demi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas oleh 'orang luar' seperti kamu dan sekutu kamu. Apapun, PSU Pemuda UMNO Putrajaya telah membuat laporan polis atas tindakan melampau ini dan mohon pihak polis menyiasat perkara ini.




Kami rakyat Putrajaya selama hampir 10 tahun hidup di sini dengan aman damai dan beruntung dapat YB Tengku Adnan yang banyak membantu kami. Jangan kerana PRU13 ini tiba² kamu (Husam Musa) muncul hendak menjadi hero pula?? Baliklah ke kampung halaman mu wahai Husam Musa...

Sumber Pemuda Putrajaya

Sunday, 14 April 2013

Flashback @anwaribrahim Menipu Rakyat Di Seluruh Malaysia



TM hanya flashback bahawa Anwar sudah lama menipu rakyat dan ini adalah sebahagian dari penipuannya. Namun begitu, terdapat juga orang yang masih menpercayai dengan manusia yang beribu wajah. Ada yang menpercayainya kerana tidak tahu perkara yang sebenarnya tapi ada yang tahu tapi buat buat tak tahu kerana kepentingan agenda politik mereka.

Oleh itu TM harap rakyat di Malaysia harus menilaikan semula manusia yang bernama Anwar Ibrahim supaya tidak kesal di kemudian hari !!!

Maka TM sokong Barisan Nasional dan akan memangkah Dacing !!!