Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, 4 January 2015

@razlanrafii Benam @MahfuzOmar Bernafas Dalam Lumpur Banjir #PrayForPantaiTimur


MAHFUZ JANGAN HINA UMNO ! 

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN.

"Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu."

Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

“Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno,” katanya.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan.

“Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir.

“Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran.

Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Wednesday, 5 November 2014

Pemuda UMNO WP Menyelar PAS Yang Melatah @TengkuAdnanReal @razlanrafii


KENYATAAN AKHBAR PERGERAKAN PEMUDA UMNO WP

PAS Tak Perlu Melatah Dengan Kenyataan Tengku Adnan

Akhirnya Dewan Pemuda PAS keluar daripada kepompong kebaculan demi untuk mempertahankan parti mereka daripada terus menuju ke arah kesesatan. Jika sebelum ini, banyak isu² dalaman Pakatan Rakyat yang melanda dan menjejaskan kredibiliti PAS. Lebih² lagi apabila ia melibatkan kes saman terhadap Presiden PAS oleh rakan dalam Pakatan tetapi hari ini mereka bersuara apabila digelar ‘parti sesat’.

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan menyokong kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berhubung isi ucapan beliau semasa di dalam program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.

Adakah PAS tidak sesat?

Mengambil kira, Amanat Haji Hadi Awang sudah menjangkau usia puluhan tahun yang telah membawa kesesatan dan porak peranda dalam masyarakat terutama beragama Islam. Antaranya mengharamkan sembelihan hidupan, berimamkan solat oleh ahli UMNO dan pernikahan tidak sah sekiranya jurunikahnya ahli UMNO. Walhal ahli UMNO juga adalah umat Islam.

Pada tahun 1963, PAS telah mengeluarkan ‘fatwa’ menggelarkan UMNO sebagai kafir dan haram apabila bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam pentadbiran negara. Tetapi hari ini apabila mereka bersama² berkongsi kuasa dalam urusan pentadbiran negeri yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum lalu, jelas menunjukkan kerjasama mereka bersama orang² bukan Islam. Bagaimana pula hukum untuk hal tersebut?

PAS sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang jelas tersimpang jauh daripada amalan yang digalakkan di dalam Islam. Sebagai contoh seruan kepimpinan parti untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah yang dikatakan zalim. Tetapi PAS gagal memahami dan memberi penerangan kepada pengikutnya apakah yang dimaksudkan dengan pemerintah yang zalim?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO hari ini tidak pernah bertindak zalim seperti yang dibicarakan oleh sebilangan pemimpin Pembangkang. Jika perkara itu benar, sudah tentu Kerajaan menghalang penyebaran agama Islam di sini dan yang pastinya azan tidak dapat dikumandangkan di luar Madrasah ataupun Masjid. Namun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan² lain kepada rakyat yang memerlukan, tidak pula dilabelkan sebagai zalim.

Demi kuasa dan pangkat, hukum² Islam boleh berubah mengikut keadaan² tertentu. Begitu taksubnya PAS kepada rakan mereka dari DAP yang secara jelas menentang negara Islam tetapi wakil rakyat perempuan mereka tidak bertudung dibenarkan memberi ‘tazkirah’ di dalam surau.

Kemuncak kepada kesesatan PAS hari ini ialah mereka redha dengan doa kehancuran sesama umat Islam. Menurut Abu Utsman Ash-Shaabuni, beliau menyatakan secara terang dan jelas ketika menjelaskan pendirian akidah Ulama², hadis zaman berzaman sejak beribu tahun dulu.

“Doakanlah kebaikan untuk pemimpin. Kebaikan untuk pemimpin akan memberi kesan kebaikan juga untuk rakyat. Jauhilah mendoa laknat dan keburukan ke atas pemimpin kerana keburukan ke atas pemimpin akan memberi keburukan kepada rakyat”.

Apakah perbuatan² PAS ini tidak cukup menyesatkan?


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Friday, 3 October 2014

Waris kepada @NajibRazak @anwarbrahim @abdulhadiawang Dicari HKL


Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang mencari waris seorang warga emas yang kini sedang koma.

Pesakit di kenali dengan nama Mohd Tabar Kadri, 70, ditemui tidak sedarkan diri setelah dilanggar. Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Rahana Mohamad Zain berkata, warga emas itu dimasukkan di Wad Neuro HDW disebabkan ‘traumatil of frantal confusion’.

“Ketika ini tiada waris yang melawat beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan warga emas berkenaan menetap di alamat Lot 535/1, Jalan 1/10 Kampung Lembah Melewar, Off Padang Balang, 51100 Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi 03-26156464.

- Sumber Sinar Harian

Thursday, 18 September 2014

@abdulhadiawang Khianati @anwaribrahim Dan @cmlimguaneng ! #PakatanRakyat




Minta maaf TM pon tidak tahu samada Presiden PAS, Tuan Guru  Abdul Hadi Awang meminta atau merayu kepada rakan dalam Pakatan Rakyat supaya membuat keputusan bersama tanpa membelakangi mana mana rakan dalam Pakatan Rapuh. Bunyi marah tapi macam tak marah !!!

Wednesday, 17 September 2014

Gempar @anwaribrahim Belasah Perwakilan @abdulhadiawang Di Mutakmar PAS !!!



Nampaknya Perwakilan Pemuda Pas sudah hilang sabar dengan kerana kerenah Ketum Anwar Ibrahim yang membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. 

Nampak sudah tiada sepakatan dalam Pakatan Rakyat dalam banyak isu dalaman mereka.

Friday, 12 September 2014

Ulasan @abdulhadiawang Mengenai Puak @anwaribrahim Dan @cmlimguaneng




Bukan kerana Wan Azizah adalah perempuan tetapi sememangnya DIA TIDAK LAYAK.

Akhirnya Presiden PAS , Tuan Guru Abdul Hadi Awang pecahkan tembelang dan menterpelak rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat ... khasnya Anwar  Ibrahim yang beriya iya mahukan isteri Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim secara zalim.

Pendedahan ini telah dibuat oleh presiden PAS dihadapan orang orang PAS di Marang, Terengganu. Dalam pendedahan ini menunjuk bertapa terdesaknya Anwar Ibrahim yang gila kuasa mahukan jawatan Menteri Besar ini disandang oleh isterinya bagi menyenangkan dikawal atau diremote control.

Sunday, 17 August 2014

Ya Allah Hancurkan Pakatan Ahzab bersama @abdulhadiawang dan kuncunya !



Kemunafikan mereka jelas kelihatan melanggar semua prinsip syarak.

Justeru dgn bukti surat pendirian Pas itu maka sah & jelaslah Pas adalah PARTI AJARAN SESAT!

 Sebenarnya sesiapa jua pun daripada pakatan ahzab itu tak kira Pas ( Parti ajaran syaitan) , PKR ( Parti kufurkan Rakyat ) , Dap kafir harbi, semuanya tidak layak & tidak thiqqah utk memimpin mana2 negeri pun di negara bertuah ini!

Dan telah hilang segala prinsip perjuangan demi Islam.

Lebih sesuai kini disebut Pas adalah PARTI AJARAN SYAITAN!

Stop all the nonsensities of " unity " talk with Pas. They have proove themselves as hyppocrites in this latest official stand of Pas!

Munafiqun mereka semuanya.

Pengkhianat Islam & Umat Melayu!

Moga Allah hancurkan pakatan ahzab itu sehancur-hancurnya!

Thursday, 29 May 2014

@abdulhadiawang Depan Pengundi Dan Majlis Ulamak Berbeza Tentang @dyanasmd #PRKTelukIntan







Guru kencinq berdiri ... murid kencing berlari !!! Klik SINI untuk cerita berkaitan. Begitu la Presiden PAS Abdul Hadi Awang berubah ubah menyatakan pendiriannya tentang calon DAP di hadapan pengundi di Teluk Intan dan Majlis Ulamak PAS. Jadi tidak hairan jika pengikut PAS memberi pendirian dan kenyataan yang bercelaru untuk mengelirukan semua pihak.

Pembaca boleh menilaikan pendirian Abdul Hadi yang berubah ubah dengan menonton clip youtube diatas. Ternyata la bahawa PAS ini hanya lembu yang ditarik hidung oleh pemimpin DAP.

Undi la Barisan Nasional untuk kemajuan Teluk Intan.



@abdulhadiawang Kenapa Muslimat PAS Ding Dong Kerana @dyanasmd #PRKTelukIntan



Ini Islam yang diding dongkan oleh mulismat PAS untuk memenangkan calon DAP di Teluk Intan. Perlu diingatkan bahawa walaupun Dyana itu calon bawah tiket DAP, dia tetap Islam tetapi kenapa setengah setengah ... Dyana boleh tapi Barisan Nasional tak boleh ???

Sudah pasti ding dong muslimat PAS sekadar mengaburi pengundi pengundi yang beragama Islam di Teluk Intan. Cara membolehkan kepada Dyana merupa satu perbuatan yang keji. Oh ya terlupa itu bukan kehendakan Dyana tetapi kehendakan Lim Kit Siang the master puppet. 

Thursday, 6 February 2014

Gempar !!! Selain dari @teresakok, Tun Mahathir Juga Perlu Minta Maaf ?





Tun Mahathir mengibau kembali bagaimana Anwar Ibrahim masuk UMNO untuk menjadi batu loncatan untuk agenda nafsu serakahnya !!!

KLIK SINI untuk cerita berkaitan !!!

Thursday, 31 October 2013

Antara Double Standard Dan Sandiwara PAS Mengaburi Pengundi Sungai Limau @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Sedekah itu adalah amalan yang mulia dalam Islam, tetapi jika kalau kerja amalan ini dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sudah tentu pihak pembangkang akan berkokok mengata bahawa kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah untuk meraih undi. Walhal sebagai kerajaan yang prihatin dan yang memerintah Malaysia, sudah pasti adalah tanggungjawab kerajaan mereka yang kurang bernasib atau kurang berkemampuan.

Nampaknya di kempen Sungai Limau kelihatan orang PAS telah kunjung rumah ke rumah untuk MERASUAH BERAS DAN WANG kepada penduduk penduduk di Sungai Limau untuk meraih undi dari pengundi pengundi nanti. Ini lah orang PAS dari pakatan rakyat kalau mereka lakukan semua betul tapi kalau Barisan Nasional yang ikhlas menolong rakyat dikatakan merasuah. Sesungguhnya orang PAS cakap tidak serupa bikin dan sentiasa mengamalkan "Double Standard"


Ini lah orang PAS kalau beriya pon nak meraih undi dan sokongan, mereka sanggup bersandiwara melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai. Tetapi dalam cerdiknya ada kebodohan dalam menipu rakyat di Sungai Limau !!! Dalam ramai ramai yang interframe di bendang padi hanya Salahuddin Ayob je yang cerdik ... Presiden PAS Hadi Awang, calon mereka Azam Abdul Samat dan yang lain semua CEROI !!! Petani petani yang mengerjakan bendang padi lagi cerdik dari mereka semua. Wahai orang orang PAS, petani petani sekarang tidak pakai kain pelikat untuk mengerjakan sawah bendang. Kalau nak berlakun pun, buat lah research sikit ... memalukan petani petani Sungai Limau !!!

INI LAH DOUBLE STANDARD DAN SANDIWARA SEMASA YANG DIAMALKAN OLEH PAS !!!

Mari la pengundi pengundi Sungai Limau beralih arah dan Berani Hijrah menyokong dan mengundi Dr Ahmad Suhaimi Lazim dari Barisan Nasional untuk kebaikan mereka pada masa akan datang.



Wednesday, 18 September 2013

@LokmanAdam Mahu Berhari Raya Bersama Orang PAS Atas Saranan TS @MuhyiddinYassin



Kenyataan Media

Saya menyahut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang menegaskan bahawa pintu perundingan perpaduan bersama Pas tidak pernah ditutup. Ini merupakan satu seruan perpaduan yang murni di saat umat Islam diasak dengan pelbagai isu dan penghinaan. Cukup-cukuplah kita menjadi lemah dengan perpecahan yang merugikan ini.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru rakan-rakan kepimpinan Pas hari ini agar menyahut salam persaudaraan seIslam ini dengan hati yang lebih terbuka.  Walaupun kita dikejutkan dengan kenyataan Presiden PAS yang menolak bulat-bulat cadangan Dewan Ulama' mereka untuk mempertimbangkan semula kerjasama bersama PKR dan DAP yang dirasakan merugikan perjuangan parti tersebut. Perkara ini sememangnya telah diketahui umum dan dirasai sendiri oleh PAS dan penyokongnya melalui keputusan PRU yang lalu.

Tiada faedahnya PAS menang majoriti kerusi DUN di Selangor tetapi tidak diiktiraf sebagai Menteri Besar? Adakah PAS mampu untuk merealisasikan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dalam keadaan parti tersebut hanya memiliki kerusi paling minoriti dalam pakatan pembangkang? Apakah ini semua tidak cukup menunjukkan bahawa PAS selama ini hanya dijadikan alat tunggangan oleh PKR dan DAP untuk mengecap kuasa?

Tidak mungkin PAS tidak sedar bahawa jika parti tersebut bersatu dengan BN, majoriti 2/3 dapat dibentuk dan Dewan Rakyat akan didominasi oleh pemimpin Islam? Bukankah ianya satu idaman dan mimpi indah buat semua umat Islam dan Melayu di negara ini.


Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Saturday, 13 July 2013

@abdulhadiawang Bagaimana Calon PAS Nak Jadi Wakil Rakyat Di Kuala Besut ? #TolakPR



Sudah tentu apabila rakyat keluar memilih wakil rakyat, mereka inginkan calon yang boleh menumpu perhatian terhadap rakyat. Sesuai dengan calon Barisan Nasional yang ingin berkhidmat untuk rakyat. Lain pulak calon dari PAS, ingin menumpukan kepada perniagaannya dan mengajikan orang untuk membuat kerjanya ? Sebenarnya siapa nak jadi wakil rakyat nie ???

Sunday, 26 May 2013

@shamsuliskandar Ketot Mexican Standoff Berbalas Tembakan Pemuda PAS #TolakPR



Hubungan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ibarat retak menanti belah apabila pemimpin kedua-dua sayap PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU12), 5 Mei lalu.

Ia bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres Nasional PKR Ke-9 kelmarin secara terbuka menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong PKR kerana didakwa mencerca calon parti itu semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.


Shamsul Iskandar turut membidas Abdul Hadi kerana mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan PKR hingga menyaksikan wujud pertembungan antara kedua-dua parti pada PRU13 di beberapa kawasan dan seterusnya menyebabkan kekalahan kepada pakatan pembangkang.


Klik SINI cerita lanjut !!!


Saturday, 25 May 2013

Ustaz Rujhan Mengupas Tentang @abdulhadiawang , @nikabdulaziz serta keldai PAS #TolakPR


Ustaz Rujhan mengupas tentang PAS sehingga mengupas setiap lapis !!! Perlu tonton !!! TM pernah cuba untuk merakam ceramahnya tapi TM gagal. Alhamdulillah TM mencari di dalam YouTube dan up di blog TM. TM harap korang semua mengambil peluang untuk mendengarnya sendiri.

Thursday, 9 May 2013

Zuraida @ybz99 Kata Selangor Akan Kalah Jika MB Dari PAS #TolakPR


Zuraida kini berpendapat jika Menteri Besar Selangor dipilih daripada kalangan orang PAS, sudah pasti kerajaan pakatan Selangor akan mengalami kekalahan dan tumbang seperti di Kedah yang diterajui oleh orang PAS iaitu Ustaz Azizan yang berada di hospital. Zuraida seolah olah mengambarkan bahawa kepimpinan PAS Kedah gagal menpertahankan kerajaan pakatan di Kedah kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. 

Zuraida memberi amaran DAP yang ingin mengekalkan Khalid Ibrahim kekal menteri besar dan si Rani dari PAS menawarkan diri. Zuraida juga kata kerusi MB adalah milik PKR dan DAP PAS tak perlu menyibuk kerana ada lagi orang layak selain Khalid Ibrahim.
Untuk makluman semua, pada PRU13, DAP 15 kerusi, PAS 15 kerusi dan PKR hanya 14 kerusi.


Lihat la sendiri, belum memerintah Malaysia ... soalan memilih MB pon dok berebut !!! Pada pandangan TM, orang dari PAS layak untuk menjadi MB pada penggal ini !!!

Wednesday, 8 May 2013

Xpose @ShenYeeAun Smashed Red Bean Amry #1Malaysia #TolakPR #SaveMalaysia

SYA For The Nation



Rakyat Malaysia perlu tahu tentang Red Bean Army Untuk Takluk Malaysia !!! Mereka adalah Rasist yang menganas di alam siber membantu DAP !!!

Klik SINI untuk cerita berkaitan !!!

@nikabdulaziz Pemutus Salitulrahim Umat Islam di Malaysia #PRU13 #1Malaysia #GE13 #SaveMalaysia


Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam .
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru sahaja melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan menolak sebarang percubaan oleh UMNO untuk memulakan rundingan muhibah dengan PAS
.
Beliau berkata UMNO yang mencari PAS untuk mendapatkan bantuan PAS kerana UMNO kini kehabisan kawan-kawan, termasuk masyarakat Cina.

"Jika mereka (UMNO) datang, saya akan meludah mereka. Mereka telah disalah tafsir Islam, "katanya di rumahnya di Pulau Melaka di sini semalam.
Menurut Nik Aziz, UMNO sedang menghadapi kegawatan politik kerana ia telah memilih nasionalisme bukan Islam.

"Jika mereka memilih Islam, maka kita boleh bercakap mengenai perpaduan Melayu," katanya ketika diminta mengulas mengenai keadaan Umno setiausaha Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang meminta Umno untuk memulakan rundingan muhibah dengan PAS di bawah premis daripada inisiatif perdamaian kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nik Aziz mendakwa bahawa UMNO tidak baik dalam menjaga rakan-rakan, memetik sejarah mengapa PAS memutuskan daripada Barisan Nasional pada tahun 1970, dan sekarang UMNO telah menyalahgunakan kini tidak berfungsi lagi Semangat 46 parti.

Pada kurangnya sokongan daripada orang Melayu terhadap PAS, Nik Aziz menpersalahkan pada kekurangan maklumat yang betul tentang perjuangannya. Beliau menambah bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sumber-sumber media untuk menyebarkan ajaran Islam.

Soalan secara tiba-tiba untuk bersara, beliau berkata bahawa beliau membuat keputusan dua atau tiga hari sebelum bermulanya kempen pilihan raya umum ke-13.

TM - dengan UMNO garang nak mampus dengan DAP kecut macam tikus 

Saturday, 27 April 2013

@TengkuAdnanReal Prihatin Melawat Anak Saudara @hajihusammusa Yg Diabai #TolakPR #GE13 #PRU13




Percaya atau tidak, terpulang, anda nilai..Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini telah datang melawat anak saudara Husam ketika datang menziarahi pesakit di Hospital Putrajaya di sini.
Antara pesakit yang diziarah ialah anak saudara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Wanita berumur 27 tahun itu dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10 hari lepas dan sehingga sekarang Husam sendiri belum datang melawatnya.
Klik SINI, untuk lanjutan.
Kalau anak saudara sendiri dari darah daging sendiri diabaikan, bayangkan kalau Husam ini memenangi Putrajaya, sudah pasti rakyat Putrajaya akan terabai.
TM seru kepada semua rakyat di Putrajaya untuk terus menyokong Barisan Nasional untuk mengekalkan ahli parlimen yang ada sekarang untuk kesenangan anak cucu kita !!!
Mari kita sokong Barisan Nasional dan kita pangkah Dacing !!!