Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Saturday, 22 March 2014

@NajibRazak @MuhyiddinYassin @chewmeifun Warnakan Muka @anwaribrahim @drwanazizah Dgn Biru


1. Esok pengundi N25 Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru. Pilihan raya kecil ini atau "Kajang Move" dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat bagi kepentingan politik parti tersebut.

2. Saya harap pengundi Kajang akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Kemenangan untuk BN akan menyemarakkan lagi usaha kita memperkukuhkan semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

3. Kempen pilihanraya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal. 

4. Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat.

5. Kita juga kesal kerana kempen Pilihanraya Kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

6.Ini termasuklah serangan ke atas Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara. Serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama tidaklah mencerminkan nilai menghormati merekalah yang berbakti kepada negara selama ini.

Dato Sri Mohd.Najib
22 Mac 2014


UNDI LA BARISAN NASIONAL

Thursday, 20 March 2014

@NajibRazak @MuhyiddinYassin Selawat Perdana Buat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. #1Malaysia


Orang ramai yang beragama Islam dijemput beramai ramai ke Dataran Masjid Putra. Presint 1, Putrajaya pada jumaat, 21 Mac 2014, Jam 8.00 malam untuk bersama sama mendengar selawat oleh Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan tazkirah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Dengan kehadiran kita boleh bersama sama berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W pada malam tersebut.

Wednesday, 30 October 2013

@MuhyiddinYassin Tak Tunggu Hari Raya, Mohon Maaf Dipinta Pada Keluarga Azizan #PRKSgLimau


Sebagai anak adam, sesungguhnya kita tidak terlepas dari membuat kesilapan dari segi perbuatan dan tutur kata. Apabila bersemangat sedang berucap, kadang kala terkeluar beberapa patah perkataan atau yang agak kurang sesuai untuk digunakan menjadi contoh. Ada kemungkinan contoh tersebut akan menyentuh hati perasaan orang. Namun begitu Tan Sri Muhyiddin Yassain hanya insan biasa.

"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf. Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga Azizan ... saya mohon maaf". 

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan. Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa telah memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.

Kekeliruan ini timbul ketika ucapannya di satu majlis di Bukit Besar pada hari sabtu lalu. Muhyiddin berkata beliau tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Azizan.

"Saya sebutkan tentang bajet, jelaskan tentang subsidi dan sebutkan kita nak jaga kesihatan.

"Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda)," katanya.

Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini"

Berikutan ini pembangkang telah mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai modal untuk mereka berkempen di ceramah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya Muhyiddin sengaja mempersenda Azizan.

Manakala, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria beranggapan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "tersalah cakap" ketika diminta media mengulas mengenai isu ucapan TPM, baru-baru ini. Nasir ketika ditemui semasa lawatan TPM ke Madrasah Mazahidul Ulum, Bukit Choras turut meminta semua pihak agar tidak memanjangkan isu dan meneruskan sebarang provokasi berkenaan kejadian terbabit.

Thursday, 24 October 2013

Dr Ahmad Suhaimi Lazim Harapan Baru Sungai Limau @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir

Calon BN

Dr Ahmad Suhaimi Lazim
611024-02-5783

No.88 Kg Titi Batu 06900 Yan Kedah


Wakil Calon

Hj Rozee Mat Isa
540802-02-5355
F 573 Kg Sedaka Tengah Yan Kedah



Pencadang

Datuk Hj Ismail Arshad
No.Kpt:40910-02-5461
Lot 5251 Jln Selengkoh Spg 3 Sg Limau Kota Sarang Semut 06680 Alor Setar Kedah



Penyokong

Hj Mohd Fauzi Hj Bakar
No.Kpt :650109-02-5071
Lot 720 Kg Sg Kering 06900 Yan Kedah



Saksi

Hj Ahmad Mansor Din
650630-02-5427
No. 21 K Taman Lamabaian Jerai Jln Jenun Guar Chempedak Gurun Kedah.



Dr. Ahmad Sohaimi yang berusia 52 tahun merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini. Beliau juga pernah mengajar di Madrasah Al-Taufiqiyyah Al-Khairiyyah atau lebih dikenali Pondok Pak Ya di Sungai Limau.

Pemilihan Dr Ahmad Sohaimi adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Setelah membuat beberapa tapisan terperini, maka Dr Ahmad Sohaimi telah dipilih berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.“Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” kata beliau selepas majlis pengumuman itu.



Pada Pilihan Raya Umum 13 yang lepas, kerusi N2O Sungai Limau telah dimenangi oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak dari PAS mengalahkan tiga calon lain yang turut bertanding dengan majorati 2,774. Berikutan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas DUN Kuala Besut.

Harapan Barisan Nasional agak cerah untuk memenangi kerusi Sg Limau setelah Barisan Nasional berjaya mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri Kedah dari Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS pada pilihanraya yang lepas. Dengan perubahan yang dibawa oleh Menteri Kedah yang baru iaitu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir pada negeri jelapang padi ini, dengan harapan pengundi pengundi di Sg Limau dapat memberi peluang juga untuk calon dari Barisan Nasional untuk berbakti untuk masyarakat sana.

UNDI LA BARISAN NASIONAL !!!





Wednesday, 18 September 2013

@LokmanAdam Mahu Berhari Raya Bersama Orang PAS Atas Saranan TS @MuhyiddinYassin



Kenyataan Media

Saya menyahut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang menegaskan bahawa pintu perundingan perpaduan bersama Pas tidak pernah ditutup. Ini merupakan satu seruan perpaduan yang murni di saat umat Islam diasak dengan pelbagai isu dan penghinaan. Cukup-cukuplah kita menjadi lemah dengan perpecahan yang merugikan ini.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru rakan-rakan kepimpinan Pas hari ini agar menyahut salam persaudaraan seIslam ini dengan hati yang lebih terbuka.  Walaupun kita dikejutkan dengan kenyataan Presiden PAS yang menolak bulat-bulat cadangan Dewan Ulama' mereka untuk mempertimbangkan semula kerjasama bersama PKR dan DAP yang dirasakan merugikan perjuangan parti tersebut. Perkara ini sememangnya telah diketahui umum dan dirasai sendiri oleh PAS dan penyokongnya melalui keputusan PRU yang lalu.

Tiada faedahnya PAS menang majoriti kerusi DUN di Selangor tetapi tidak diiktiraf sebagai Menteri Besar? Adakah PAS mampu untuk merealisasikan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dalam keadaan parti tersebut hanya memiliki kerusi paling minoriti dalam pakatan pembangkang? Apakah ini semua tidak cukup menunjukkan bahawa PAS selama ini hanya dijadikan alat tunggangan oleh PKR dan DAP untuk mengecap kuasa?

Tidak mungkin PAS tidak sedar bahawa jika parti tersebut bersatu dengan BN, majoriti 2/3 dapat dibentuk dan Dewan Rakyat akan didominasi oleh pemimpin Islam? Bukankah ianya satu idaman dan mimpi indah buat semua umat Islam dan Melayu di negara ini.


Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia