Showing posts with label Mukhriz Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mukhriz Mahathir. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

Pengikut @anwaribrahim Menyerang Pejabat Negeri Kedah @NajibRazak @mukhrizMahathir


Nampaknya pengikut pengikut peliwat yang bernama Anwar Ibrahim telah bertindak menconteng dinding Pejabat UMNO Negeri Kedah semalam. Diconteng dengan spray berwarna merah menunjukan tidak kepuasan hati mereka kerana Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat 4cm Saiful Bukhari Azlan.


Puak puak peliwat ini jika menang kes, mereka akan katakan mahkamah sungguh telus tetapi sebaliknya jika mahkamah akan dicerca dan dimaki hamun apabila pemimpin mereka didapati bersalah. Haprak dan ceroi pengikut peliwat ini.

Friday, 1 November 2013

Keuntungan Berganda Sekiranya Barisan Nasonal Mendapat Mandat @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Berita baik untuk penduduk di Sungai Limau, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil Dun Sungai Limau sebagai Dun anak angkatnya sekiranya calon dari Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil pada 4 November ini.

Dengan mandat yang diberikan oleh pengundi pengundi Sungai Limau kepada Barisan Nasional, Sungai Limau akan mendapat keuntungan berganda iaitu seorang wakil rakyat dan seorang Menteri Besar.

Sudah pasti perhatian istimewa akan diberikan kepada penduduk Sungai Limau dari segi pembangunan, ekonomi dan terutama soal kebajikan masyarakat Sungai Limau oleh wakil rakyat Barisan Nasional dan dipantau serta dibantu oleh Datuk Paduka Mukhriz sendiri.

Kempen PRK Dun Sungai Limau yang hanya berbaki beberapa hari lagi, Mukhriz berkata sehingga hari ini perjalanan kempen bergerak lancar, dan BN telah bertindak cepat mengatasi sebarang masalah yang diterima daripada masyarakat setempat. Barisan Nasional akan pastikan semua jentera memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu buat mengikut perancangan, terutama dari segi memastikan dan membantu pengundi untuk datang ke pusat mengundi seawal waktu mengundi.

Segalanya usaha telah digerakan, hanya menunggu hari mengundi pada isnin nanti. Semoga kemenangan akan berada di pihak Barisan Nasional yang mahu berbakti pada masyarakat Sungai Limau.

Thursday, 31 October 2013

Antara Double Standard Dan Sandiwara PAS Mengaburi Pengundi Sungai Limau @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Sedekah itu adalah amalan yang mulia dalam Islam, tetapi jika kalau kerja amalan ini dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sudah tentu pihak pembangkang akan berkokok mengata bahawa kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah untuk meraih undi. Walhal sebagai kerajaan yang prihatin dan yang memerintah Malaysia, sudah pasti adalah tanggungjawab kerajaan mereka yang kurang bernasib atau kurang berkemampuan.

Nampaknya di kempen Sungai Limau kelihatan orang PAS telah kunjung rumah ke rumah untuk MERASUAH BERAS DAN WANG kepada penduduk penduduk di Sungai Limau untuk meraih undi dari pengundi pengundi nanti. Ini lah orang PAS dari pakatan rakyat kalau mereka lakukan semua betul tapi kalau Barisan Nasional yang ikhlas menolong rakyat dikatakan merasuah. Sesungguhnya orang PAS cakap tidak serupa bikin dan sentiasa mengamalkan "Double Standard"


Ini lah orang PAS kalau beriya pon nak meraih undi dan sokongan, mereka sanggup bersandiwara melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai. Tetapi dalam cerdiknya ada kebodohan dalam menipu rakyat di Sungai Limau !!! Dalam ramai ramai yang interframe di bendang padi hanya Salahuddin Ayob je yang cerdik ... Presiden PAS Hadi Awang, calon mereka Azam Abdul Samat dan yang lain semua CEROI !!! Petani petani yang mengerjakan bendang padi lagi cerdik dari mereka semua. Wahai orang orang PAS, petani petani sekarang tidak pakai kain pelikat untuk mengerjakan sawah bendang. Kalau nak berlakun pun, buat lah research sikit ... memalukan petani petani Sungai Limau !!!

INI LAH DOUBLE STANDARD DAN SANDIWARA SEMASA YANG DIAMALKAN OLEH PAS !!!

Mari la pengundi pengundi Sungai Limau beralih arah dan Berani Hijrah menyokong dan mengundi Dr Ahmad Suhaimi Lazim dari Barisan Nasional untuk kebaikan mereka pada masa akan datang.



Monday, 28 October 2013

Bahang Perubahan Barisan Nasional Membuat PAS Kedah Tertekan @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Sudah sampai masa untuk Barisan Nasional mengambil alih kerusi Sungai Limau dari PAS Kedah demi menaikkan taraf kehidupan masyarakat Sungai Limau tanpa mengira fahaman politik mereka. 

Setelah bertahun kerusi ini dimiliki oleh PAS, tahap kehidupan di sana masih lagi di tahap takuk yang lama. Walaupun Barisan Nasional yang sudah menguasai kerajaan Negeri Kedah dan boleh membiarkan Sungai Limau terus dipegang oleh PAS, kerajaan Barisan Nasional Negeri Kedah tidak tergamak melihat masarakat Sungai Limau terus menderita dan terpinggir sekadar mampu melihat arus pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri di kawasan lain. 

Ertikata sebenarnya Kerajaan Negeri Kedah bawah Barisan Nasional tidak mahu masyarakat Sungai Limau terus menjadi mangsa permainan politik PAS Kedah. PAS Kedah mahu terus menguasai Sungai Limau kerana sebab politik semata mata tetapi Barisan Nasional sebaliknya mahu mengambil alih kerusi ini untuk membela nasib masyarakat Sungai Limau.

Barisan Nasional yang diterajui oleh Mukhriz Mahathir yang menjadi Kerajaan Negeri menghulurkan keikhlasan mereka pada masyarakat Sungai Limau untuk "BERANI BERHIJRAH" demi perubahan taraf kehidupan di kawasan mereka.

Masyarakat Sungai Limau perlu berfikiran terbuka untuk menerima perubahan dan pembaharuan yang mahu dibawa oleh Barisan Nasional daripada terus taksub dan hilangkan kebencian yang ditanamkan PAS Kedah sejak dahulu lagi.

Kini PAS Kedah sudah terasa tekanan bahang perubahan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional. Insyallah kerusi Sungai Limau akan beralih ke tangan Barisan Nasional pada 4 November ini.

Pilih la BARISAN NASIONAL !!!

Thursday, 24 October 2013

Azam Abdul Samat Calon PAS Musang Berbulu Ayam @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal #PRKSgLimau

PENIPU
KITA BOLEH PANGGIL PADA
CALON PAS

YANG BERNAMA AZAM ABDUL SAMAT

Macam mana nak menjadi wakil rakyat apabila belum menang calon dari PAS Azam Abdul Samat sudah mulai menipu rakyat di Sungai Limau !!! 

Calon dari PAS ini Azam Abdul Samat telah mengaku ada menpunyai tali persaudaraan dengan mantan Menteri Besari iaitu Tan Sri Azizan Razak, wakil rakyat Sg Limau yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis. 

Semalam penipuan ini mula terbongkar apabila ahli keluarga Tan Sri Azizan menyangkal dakwaan calon PAS ini, respon kepada PERBOHONGAN Azam Abdul Samad kepada wartawan Sinar Harian yang berbunyi "Mohd Azam merupakan cucu kepada tiga tokoh ulama Kedah. Datuk beliau, Haji Abdul Hamid Ibrahim adalah adik kepada Tok Guru Haji Aziz di Pendang dan Tok Guru Haji Abd Razak."

"Mohd Azam yang juga Ketua Pemuda Pas Jerai merupakan anak didik Azizan sejak beliau bergelumang dalam politik." .... ???

Bukan saja Azam Abdul Samad ini bukan saudara kepada Tan Sri Azizan. malah dia juga menipu bahawa dia adalah anak didik Tan Sri Azizan !!! Walhal  Azam Abdul Samad merupakan salah seorang yang kuat menentang arwah Tan Sri Azizan. Malah calon PAS ini juga adalah sebenarnya gunting dalam lipatan bersekongkol dengan seteru Azizan !!!

Hakikat sebenarnya Azam Abdul Samad adalah anak sedara kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi, bekas Timbalan Pensuruhjaya PAS Kedah ... MUSUH KETAT kepada Tan Sri Azizan !!!


Sekarang agak melucukan apabila calon PAS ini, Mohd Azam Samat menggunakan imej serta nama Allahyarham Tan Sri Azizan bagi meraih Undi Simpati dari penduduk DUN Sungai Limau.

TAK MALU KE ???

Klik sini HARAPAN BARU 


Dr Ahmad Suhaimi Lazim Harapan Baru Sungai Limau @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir

Calon BN

Dr Ahmad Suhaimi Lazim
611024-02-5783

No.88 Kg Titi Batu 06900 Yan Kedah


Wakil Calon

Hj Rozee Mat Isa
540802-02-5355
F 573 Kg Sedaka Tengah Yan Kedah



Pencadang

Datuk Hj Ismail Arshad
No.Kpt:40910-02-5461
Lot 5251 Jln Selengkoh Spg 3 Sg Limau Kota Sarang Semut 06680 Alor Setar Kedah



Penyokong

Hj Mohd Fauzi Hj Bakar
No.Kpt :650109-02-5071
Lot 720 Kg Sg Kering 06900 Yan Kedah



Saksi

Hj Ahmad Mansor Din
650630-02-5427
No. 21 K Taman Lamabaian Jerai Jln Jenun Guar Chempedak Gurun Kedah.



Dr. Ahmad Sohaimi yang berusia 52 tahun merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini. Beliau juga pernah mengajar di Madrasah Al-Taufiqiyyah Al-Khairiyyah atau lebih dikenali Pondok Pak Ya di Sungai Limau.

Pemilihan Dr Ahmad Sohaimi adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Setelah membuat beberapa tapisan terperini, maka Dr Ahmad Sohaimi telah dipilih berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.“Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” kata beliau selepas majlis pengumuman itu.



Pada Pilihan Raya Umum 13 yang lepas, kerusi N2O Sungai Limau telah dimenangi oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak dari PAS mengalahkan tiga calon lain yang turut bertanding dengan majorati 2,774. Berikutan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas DUN Kuala Besut.

Harapan Barisan Nasional agak cerah untuk memenangi kerusi Sg Limau setelah Barisan Nasional berjaya mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri Kedah dari Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS pada pilihanraya yang lepas. Dengan perubahan yang dibawa oleh Menteri Kedah yang baru iaitu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir pada negeri jelapang padi ini, dengan harapan pengundi pengundi di Sg Limau dapat memberi peluang juga untuk calon dari Barisan Nasional untuk berbakti untuk masyarakat sana.

UNDI LA BARISAN NASIONAL !!!





Sunday, 6 October 2013

@MukhrizMahathir Khas Untuk Semua Ahli UMNO Di Setiap Peringkat #MM4VP


DATUK PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
CALON NAIB PRESIDEN UMNO NO 05





TM sarankan kepada semua Perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Bahagian untuk menyokong dan mengundi Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO untuk memberi UMNO nafas yang baru dan meremajakan UMNO.

Semoga dengan sokongan dari semua para perwakilan, dapat lah kita semua mengembalikan kegemilangan UMNO pada masa akan datang dengan memilih Mukhriz Mahathir.

Mukhriz 49, sudah tentu menpunyai banyak idea idea yang dapat diketengahkan, sekiranya beliau dipilih menjadi Naib Presiden UMNO.

Masa depan UMNO ditentukan oleh para Perwakilan Cawangan bukan mengikut telujuk orang lain. Anda perwakilan !!! Anda tentukan !!!

PILIHAN ANDA
DATUK PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
 CALON NAIB PRESIDEN UMNO NO 05

Sunday, 21 July 2013

Majlis Berbuka Puasa dan Terawih Iman Dan AJK Masjid Negeri Kedah @MukhrizMahathir @azeezputera



Alhamdulillah Majlis berbuka puasa dan terawih bersama MB Negeri Kedah.



Berserta dengan Majlis ini Tabung Haji bersama Kelab Putera 1Malaysia turut menyumbangkan air zam-zam, kain jubah, kain pelekat dan buah kurma utk semua Imamaz2 dan Ajk2 Masjid seluruh negeri Kedah.




-Azeez Rahim