Showing posts with label Azeez Rahim. Show all posts
Showing posts with label Azeez Rahim. Show all posts

Friday, 17 June 2016

@BudimanZohdi Sana Sini Hayunan Hari Terakhir Berkempen #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93






YB Budiman Mohd Zohdi bersama Dato Seri Ismail Sabri di Majlis Ihya Ramadhan bersama Peminpin berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada Anak - Anak Yatim dan Ibu Tunggal di PDM Kampung Desa Permai Parit 8 Sungai Panjang semalam.







YB Budiman Mohd Zohdi di Program Memasak Serunding anjuran Puteri Umno Malaysia di Parit 3 Kampung Sungai Haji Dorani.





YB Budiman Mohd Zohdi menukar minyak hitam motorsikal di Program Tukar Minyak Hitam anjuran Puteri Umno Malaysia dengan kerjasama Giat Mara di Parit 3 Kampung Sungai Haji Dorani.





YB Budiman Mohd Zohdi bersama Puteri Umno Malaysia menyampaikan kerusi roda kepada warga tua yang lumpuh akibat angin ahmar di Parit 4 Kampung Sungai Haji Dorani.






YB Budiman Mohd Zohdi menyampaikan kerusi roda kepada warga tua di Parit 7 Sungai Leman Pasir Panjang.





YB Budiman Mohd Zohdi bersama Pengurusan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) menyampaikan surat setuju terima bina rumah Projek Baiti Jannati 2016 kepada Encik Mohammad Shahri Bin Suradi di Parit 10 Ban 1 Parit Pakat Pasir Panjang.







YB Budiman Mohd Zohdi di Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti oleh Dato Seri Paduka Abdul Azeez Rahim Pengerusi TH di PDM Dataran Othmaniah Sg. Limau,Masjid Hashimiah Kg Sg Limau.





Rutin Kebiasaaan YB Budiman Mohd Zohdi ... Jumaat Penghulu Segala hari menziarahi pesakit dan warga tua yang memerlukan bantuan...dari Dun Sungai Panjang kini di Parlimen Sungai Besar.

Monday, 23 June 2014

@azeezputra Menperingatkan Pakej Haji & Umrah Yang Cukup Murah @NajibRazak



Datuk Seri Azeez Rahim telah membawa balik 100 rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah yang terkandas di Mekah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Datuk Seri Azeez menguruskan membawa balik mereka rakyat Malaysia yang tertipu teranaiya dengan pakej yang murah yang tidak masuk akal.

Azeez Rahim penperingatkan perkara ini dijadikan contoh dan tauladan kepada rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan ibadah umrah dan haji supaya isu terkandas ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Azeez Rahim ini sememangnya prihatin.

Thursday, 19 June 2014

@azeezputra Buka Pencak Silat Belasah MP Kota Kinabalu Dalam Dewan Parlimen @NajibRazak


azeezjimmykkSemalam panglima UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim berang apabila ahli parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong menuduh UMNO menerima wang haram. Tuduhan tersebut telah mencetus ketegangan di Dewan Rakyat petang rabu apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengecam kenyataannya itu.
Tetapi yang paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit.

Pada ketika itu Jimmy Wong sedang  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.

Sesungguhnya TM lihat bahawa Datuk Seri sememangnya seorang yang tegas apabila pembangkang cuba memburukan UMNO dan cuba mengaitkan UMNO dengan kegiatan haram.

Bagi TM sekiranya ada rombakan kabinet pada masa akan datang, Datuk Seri Azeez layak dimasukan ke dalam kabinet untuk menggantikan Datuk Hassan Malek.

Datuk Seri Azeez Rahim teruskan perjuangan mu !!!

Tuesday, 29 October 2013

@azeezputera Punya Susu, @MahfuzOmar Pulak Cari Nama !!! @MukhrizMahathir #PRKSgLimau

Tarikh Luput 03/09/2014
KENYATAAN AKHBAR 
Susu Tamat Tempoh

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. 

Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily. 

Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada 
beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau. 

YB DATUK HJ ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
Ketua Umno Bahagian Baling
Ahli Parlimen kawasan Baling 

Sunday, 21 July 2013

@azeezputera Melawat Pondok Darul Sa'adah Kg Sungai Limau @NajibRazak #1Malaysia


Sempat saya melawat Pondok Darul Sa'adah di Kg Sg. Limau pagi ini yang menempatkan hampir 40 orang penghuni. Saya juga berjumpa dan berbincang dengan pengelola pondok tersebut iaitu Ustaz Salahudin untuk membantu menaik taraf dan memasyurkan pondok ini.



Alhamdullilah,dari hasil perbincangan kami,Insya Allah saya akan berusaha bagi membantu dan menjadikan pondok Darul Sa'adah sebagai tempat yg lebih baik untuk didiami dan seterusnya dijadikani tempat untuk mempelajari ilmu-ilmu agama dan tahfiz Quran.

- Azeez Rahim

Majlis Berbuka Puasa dan Terawih Iman Dan AJK Masjid Negeri Kedah @MukhrizMahathir @azeezputera



Alhamdulillah Majlis berbuka puasa dan terawih bersama MB Negeri Kedah.



Berserta dengan Majlis ini Tabung Haji bersama Kelab Putera 1Malaysia turut menyumbangkan air zam-zam, kain jubah, kain pelekat dan buah kurma utk semua Imamaz2 dan Ajk2 Masjid seluruh negeri Kedah.




-Azeez Rahim