Saturday 20 July 2013

Seorang Rakyat Malaysia, Mereka Perlu Bertutur Bahasa Malaysia @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Apabila kerajaan nak melaksanakan sesuatu terhadap sekolah cina, pastinya mereka akan membantah.

Hari ini persatuan persatuan sekolah cina membantah penambahan waktu Bahasa Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada 270 minit. Sebelum ini hanya 80 minit.

Sudah sudah lah, pernambahan waktu ini sudah pastinya untuk memperkasa Bahasa Kebangsaan tanpa menjejaskan bahasa cina.

Jelas menunjukkan murid yang sekolah cina gagal untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik sebelum ini.

Ada diantara murid-murid sekolah cina pula, lepas je sekolah rendah, terus masuk sekolah swasta, ada diantara mereka tak faham bahasa kebangsaan pun.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada persatuan-persatuan ini supaya terima sahaja keputusan kementerian demi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Tambahan, saya syorkan kepada pihak kerajaan agar melaksanakan kaedah temuduga kepada setiap rakyat malaysia yang mahu mendapatkan mykad baru.(pada usia 12 tahun). Ini untuk memastikan semua rakyat malaysia boleh berturur dalam bahasa kebangsaan.

Mohd Razlan Rafii

Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Seputeh

No comments:

Post a Comment