Tuesday 10 September 2013

Yayasan Ehsan Seputeh (YES) Akan Dirasmikan Oleh @NajibRazak @razlanrafii


Yayasan Ehsan Seputeh (YES) telah mengukir nama dibibir setiap orang di parlimen Seputeh semenjak ditubuhkan hampir satu setengah tahun yang lalu.

Yayasan Ehsan Seputeh ini menjalankan program program kebajikan dan pendidikan untuk semua kaum tanpa mengira fahaman politik di parlimen Seputeh & Wilayah Persekutuan KL membolehkan penerimanya mampu tersenyum semula kerana nasib mereka terbela.

Yayasan ini telah terpanggil untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan golongan yang berpendapatan rendah yang sakit buah pinggang dengan matlamat utama mengumpul dana untuk mewujudkan pusat dialisis dan fisioterapi diberikan secara percuma dan diskaun.

Kejayaan yang boleh dibangga Yayasan Ehsan Seputeh berjaya menwujudkan Akademi Tahfiz di Surau Penghulu Mat menpunyai 24 org pelajar pertama mereka dari seluruh Malaysia dan dikelolai oleh 4 org Mudir. Kini YES cuba menaik taraf menjadi Kompleks Akademi Tahfiz yang serba lengkap dan moden akan diberi nama Akademi Tahfiz Abrar.

Amat jelas bahawa objektif utama Yayasan Ehsan Seputeh adalah melaksanakan aktiviti positif bagi melahirkan masyarakat dan ummah yang mampan, berilmu, bertaqwa dan mempunyai jati diri membela agama, bangsa & negara.


Golongan sasar Yayasan Ehsan Seputeh ialah Anak Gelandangan, Mangsa Bencana Alam, Anak Anak di Awal Persekolahan dan Pelajar yang memerlukan Notebook.


Sempena perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh pada

Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia

Orang ramai yang berkesempatan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis perlancaran ini.

Dan bagi dermawan dan pihak yg berminat menghulurkan sumbangan untuk menambah dana kewangan Yayasan ini boleh membuat demikian ke :-

Bayaran Kepada : Yayasan Ehsan Seputeh
Nama Bank : Maybank Cawangan Jalan Klang Lama
No. Akaun : 5141 1444 6487

Semoga sumbangan anda dirahmati dan diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment