Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

@razlanrafii Harap @NajibRazak Dan @Khairykj Bina Rumah Mampu Milik !




Harapan Mohd Razlan Muhammad Rafi menjelang budget 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak esok di Parlimen. Ketua Pemuda UMNO WP ini berharap rumah rumah mampu milik akan dibina untuk orang orang muda yang baru berkahwin.

Ucapan Mohd Razlan sebelum ini :-

Ucapan Terima Kasih kepada Kerajaan kerana telah siap membina Rumah Transit untuk Anak Muda Baru Berkahwin.

40 Tahun sudah lahirnya Wilayah Persekutuan, didalamnya wujud Rakyat Malaysia yang datang dari serata Negeri.

Namum kami, sebagai Warga WP mahu masalah perumahan ini di berikan keutamaan kepada Warga WP.

Anak2 muda WP yang kurang pendapatan diberi keutamaan dan diletakan dalam Syarat untuk pertama menduduki Rumah ini.

45 Ribu yang memohon Rumah DBKL, warga WP dan pendapatan kurang .. Diminta diutamakan agar lebihan duit sewaan mereka dapat menabung membeli rumah yang bakal kerajaan bina.

Sunday, 6 April 2014

Ugutan Bom @NajibRazak Sekeluarga Perlu Tindakan Segera @PDRMsia @Zahid_Hamidi #TWP


Selepas Syed Saifullah yang menpersendakan Datin Seri Rosmah, hari ini pula timbul pula orang yang menggunakan Ardinal Fahrian Martadinata yang mengeluar post di facebook yang berbau ugutan terhadap Datuk Seri Najib Razak sekeluarga. Turut diugut adalah UMNO. 

Ugutan dalam bentuk serang dan mengebom Najib Razak sekeluarga sehingga berkecai adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh Polis DiRaja Malaysia. Tindakan segera perlu dijalankan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di Malaysia.

Saturday, 14 September 2013

Matlamat Dan Arah Yayasan Ehsan Seputeh @NajibRazak @mohdshafieapdal @razlanrafii #YayasanEhsanSeputeh


Pendidikan, kesihatan dan kebajikan menjadi teras utama matlamat penubuhan Yayasan Ehsan Seputeh yang bersifat PROAKTIF & BERPERANAN untuk masyarakat di Seputeh.

Usaha Yayasan Ehsan Seputeh bagi mentranformasikan dan membantu masyarakat Seputeh tanpa mengira bangsa atau fahaman politik dengan pencapaian yang amat membanggakan

Yayasan Ehsan Seputeh telah bekerjasama dengan pihak KPJ Healthcare Berhad dalam menganjurkan program program kesihatan dan memotivasikan masyarakat.

Yayasan Ehsan Seputeh juga telah merancang dalam masa terdekat untuk mewujudkan Pusat Dailisis bagi pesakit buah pinggang. Perancangan Yayasan Ehsan Seputeh ini mendapat kerjasama dari KPJ Healthcare Berhad dan Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan Malaysia.

Dengan harapan bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Yayasan ini dapat menjadikan usaha ini sebagai satu ibadah dan fardhu kifayah.


Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia

Peta ke Desa Waterpark
Untuk perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh, lebih kurang 30 buah gerai makanan dan buah buahan disediakan untuk menjamu para hadiri pada malam ini. Majlis akan bertambah berseri dengan pertunjukan bunga api dan persembahan artis iaitu Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim, Malaysia Drum Symphony, artis Kebudayaan dan ramai lagi.

Orang ramai dijemput hadir pada perlancaran ini. Semoga kehadiran kita beramai ramai dapat meriahkan perlancaran ini.

Tuesday, 10 September 2013

Yayasan Ehsan Seputeh (YES) Akan Dirasmikan Oleh @NajibRazak @razlanrafii


Yayasan Ehsan Seputeh (YES) telah mengukir nama dibibir setiap orang di parlimen Seputeh semenjak ditubuhkan hampir satu setengah tahun yang lalu.

Yayasan Ehsan Seputeh ini menjalankan program program kebajikan dan pendidikan untuk semua kaum tanpa mengira fahaman politik di parlimen Seputeh & Wilayah Persekutuan KL membolehkan penerimanya mampu tersenyum semula kerana nasib mereka terbela.

Yayasan ini telah terpanggil untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan golongan yang berpendapatan rendah yang sakit buah pinggang dengan matlamat utama mengumpul dana untuk mewujudkan pusat dialisis dan fisioterapi diberikan secara percuma dan diskaun.

Kejayaan yang boleh dibangga Yayasan Ehsan Seputeh berjaya menwujudkan Akademi Tahfiz di Surau Penghulu Mat menpunyai 24 org pelajar pertama mereka dari seluruh Malaysia dan dikelolai oleh 4 org Mudir. Kini YES cuba menaik taraf menjadi Kompleks Akademi Tahfiz yang serba lengkap dan moden akan diberi nama Akademi Tahfiz Abrar.

Amat jelas bahawa objektif utama Yayasan Ehsan Seputeh adalah melaksanakan aktiviti positif bagi melahirkan masyarakat dan ummah yang mampan, berilmu, bertaqwa dan mempunyai jati diri membela agama, bangsa & negara.


Golongan sasar Yayasan Ehsan Seputeh ialah Anak Gelandangan, Mangsa Bencana Alam, Anak Anak di Awal Persekolahan dan Pelajar yang memerlukan Notebook.


Sempena perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh pada

Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia

Orang ramai yang berkesempatan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis perlancaran ini.

Dan bagi dermawan dan pihak yg berminat menghulurkan sumbangan untuk menambah dana kewangan Yayasan ini boleh membuat demikian ke :-

Bayaran Kepada : Yayasan Ehsan Seputeh
Nama Bank : Maybank Cawangan Jalan Klang Lama
No. Akaun : 5141 1444 6487

Semoga sumbangan anda dirahmati dan diberkati Allah.