Tuesday 8 April 2014

@razlanrafii Pesta Bikini & Topless Pool Dibatalkan @TengkuAdnanReal @NajibRazak


KENYATAAN MEDIA
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO WP

Isu Konsert Topless di jalan Ampang.

Pemuda UMNO Wilayah berterima kasih kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang baik kepada pihak kami.

Berkenaan dengan Parti Topless yang akan dianjurkan oleh sebuah kelab di Jalan Ampang, kami mendapat banyak bantahan.

Sudah pastinya, kami juga membantah dan mendesak agar kelab ini di kenekan tindakan sehingga ditarik lesen perniagaan mereka.

YB Menteri Wilayah Persekutuan yang juga pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Dato Seri Tengku Adnan sudah mengarahkan pihak DBKL menggunakan apa sahaja kuasa untuk membatalkan konsert itu.

Bukan itu sahaja, DBKL juga diarahkan untuk menghantar surat kepada kelab itu kenapa tindakan membatalkan lesen tidak boleh dikenakan pada mereka.

Saya mewakili pergerakan pemuda UMNO Wilayah persekutuan menyambut baik terhadap tindakan YB Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menbuat keputusan.

Dan kami percaya , sekiranya apa sahaja isu tidak seiring dengan peraturan yang ditetapkan sampai ke telinga YB Menteri, tindakan akan diambil.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment