Saturday 11 June 2016

Amanah Tunggangan @DAP Menjadi Kambing Hitam Provokasi Melampau #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93


Siapa yang tidak ingat tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969 terjadi kerana provokasi melampau cetusan DAP semangat perkauman yang menyebab huru hara berlaku di Malaysia. Tidak mustahil elemen ianya masih berleluasa sehingga sekarang kerana orang mencetusnya masih ada dalam DAP sehingga sekarang.

Hari ini Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi mempersoalkan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekongkol dengan DAP untuk mencetuskan kebencian kaum Cina terhadap kaum Melayu melalui tindakan menaikkan papan iklan yang berunsur provokasi di pekan Sekinchan, semalam.

Beliau turut kesal kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang baharu memasuki hari kelima telah dicemari bibit-bibit kebencian yang disemai parti berkenaan.

Kemungkinan besar provokasi ini kerana melihat kemaraan calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi amat mengerunkan calon parti Amanah yang ditunggangi oleh DAP dan cara busuk dengan menaikan billboard yang menpunyai provokasi melampau yang boleh meresahkan dan menaikkan kemarahan kaum Cina di Sekinchan.

Oleh it pihak SPRM dan Polis DiRaja Malaysia perlu bertindak dengan segera.

No comments:

Post a Comment