Showing posts with label Exco Pemuda UMNO Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Exco Pemuda UMNO Malaysia. Show all posts

Monday, 23 September 2013

Promosi BN Job Fair 2013 Mengegarkan Jalanan @NajibRazak @khairykj @NazirHussin79 #RideAmal

Nazir Hussin Menunjuk Risalah BN Job Fair Untuk Diedarkan


BN Job Fair 2013
30,000 Peluang Pekerjaan
300 Majikan
130 Perniagaan Online

Ahad, 22 September 2013, Nazir Hussin Akhtar Hussin, Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mengetuai sekumpulan konvoi moto berkuasa tinggi mengegarkan jalan di tengah bandaraya Kuala Lumpur. 


Sebanyak 100 moto berkuasa tinggi telah menyertai konvoi ini yang bertujuan menpromosi program BN Job Fair yang bakal diadakan pada hujung minggu ini di Putra World Trade Centre, bermula pada hari jumaat bersamaan 27 September 2013.


Konvoi yang bermula dari hadapan KLCC menuju ke Sogo Kuala Lumpur. 


Di pusat membeli belah tersebut, peserta peserta konvoi ini telah mengedar risalah risalah BN Job Fair kepada orang ramai.


Kemudian konvoi ini bergerak H&M (Lot 10) yang terletak di Bukit Bintang.


Bersama wakil wakil penunggang moto berkuasa tinggi agih risalah risalah kepada peserta untuk diedarkan kepada orang ramai.




Orang ramai yang lalu ke pusat membeli belah menjadi golongan sasaran promosi BN Job Fair 2013.


Media eletronik dan media alternative juga membantu dalam mempromosikan BN Job Fair 2013.

Gambar bersama sebahagian penunggang moto berkuasa tinggi
Nazir Hussin Akhtar Hussin dan BN Job Fair 2013 mengalu alu kedatangan rakyat Malaysia ke :-

Tempat :Dewan Tun Razak 1, 
              Putra World Trade Centre
Tarikh   :27 - 29 September 2013
Masa     :10 pagi - 6 petang

TM menyarankan pembaca blog ini mengambil kesempatan ini untuk datang ke program ini bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang disediakan. Semoga dengan pekerjaan idaman anda dapat membantu kehidupan dan ekonomi anda dan keluarga anda.

Monday, 16 September 2013

@NazirHussin79 Menyelar Naib Presiden PKR, N Surendran @NajibRazak @Khairykj


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, N Surendran bersikap keterlaluan apabila menganggap Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu sebagai dasar ‘diskriminasi ekonomi berasaskan kaum’.

Bagi Pemuda Umno, kenyataan Surendran itu berbaur rasis dan tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya mengundang kemarahan orang Melayu.

Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PKR, sudah tentu apabila parti itu dapat memerintah negara, segala keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan.

Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai seorang peguam, N Surendran sepatutnya memahami bahawa termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.
Malah dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu

Oleh itu, N Surendran dinasihatkan agar tidak ‘memercikkan’ api perkauman dan usah menjadi ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi.

Pemuda Umno mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, mereka akan mengahpuskan semua agensi yang berkaitan dengan orang Melayu seperti Mara, Feldam Tekun dan sebagainya.

Oleh itu, individu yang yang berfikiran sempit ini tidak layak dijadikan pemimpin dan perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang kerana kehadirannya umpama ‘virus’ yang akan merosakkan perpaduan di negagara ini.

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pemuda Umno Malaysia
16 SEPTEMBER 2013