Showing posts with label Nazir Hussin Akhtar Hussin. Show all posts
Showing posts with label Nazir Hussin Akhtar Hussin. Show all posts

Tuesday, 17 February 2015

@NazirHussin79 Bidas Kredibiliti @n_izzah Tidak Boleh Dipercayai Seperti @anwaribrahim


Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawar jawatan timbalan perdana menteri sebagai 'langsung tidak boleh dipercayai'.

Beliau berkata, selain tidak mengemukakan saksi mengenai dakwaan itu, Nurul Izzah juga tidak mempunyai kredibiliti kerana pernah mempunyai rekod berbohong dan membuat fitnah.


Nazir Hussin berkata, kenyataan Nurul Izzah itu tidak lebih sekadar retorik bagi mengembalikan semula imej ayahnya yang rosak teruk selepas didapati bersalah melibat bekas pembantu peribadinya, Shaiful Bukhari Azlan.


"Bagi memastikan imej Anwar tetap hebat dan meraih simpati rakyat, Nurul Izzah sanggup berbohong. Ini hanyalah salah satu drama yang akan muncul satu persatu dari dalam penjara," katanya.


Nurul Izzah, dalam ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang mendakwa Najib menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar selepas pembangkang meraih 52 peratus undi popular dalam PRU13, namun Ketua Umum PKR menolak tawaran itu.


Nazir Hussin berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum yamng lalu, usahkan jawatan timbalan perdana menteri, kerusi perdana menteri pun Anwar boleh ambil.


"Masalahnya mereka tidak menang, jadi untuk apa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada beliau. tetapi jika benar perkara itu berlaku, sila kemukakan bukti sahih untuk rakyat menilai," katanya.


Sumber FB Sirr Mayel Lambong

Sunday, 28 September 2014

@NazirHussin79 Beri Amaran Alvin Tan ! Berani Ulang Fuck UMNO di Malaysia @Khairykj


KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO KECAM PERBUATAN KURANG AJAR ALVIN TAN
Pemuda Umno mengecam perbuatan kurang ajar blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook.
Perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.
Ini antara perkara dan sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini.
Kenyataan ini berikutan tindakan Alvin yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya.
Alvin, 46, yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.
Perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan yang sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara.
Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu.
Perbuatan Alvin ini adalah contoh kejayaan parti pembangkang khususnya DAP dalam memupuk kebencian terhadap pemimpin negara dan menyemai benih perkauman.
Mereka (DAP) sering membuat provokasi sehingga menyebabkan ada generasi muda yang tidak lagi hormatkan pemimpin, malah melahirkan generasi yang sangat kurang ajar seperti Alvin Tan.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Thursday, 19 June 2014

Apa Hal @NazirHussin70 Menyekolahkan @Khairykj & @azwanbro Sebagai Pengajaran @NajibRazak


Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

Kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendapat cara yang terbaik membantu keluarga golongan sasar ini dengan bantuan melalui pendidikan anak anak mereka dulu seperti kos tuisyen. Seperti yang diketahui ramai, kos tuisyed bagi satu matapelajaran teras yang wajib lulus SPM berharga antara RM 60-75 atau jika 5 matapelajaran wajib lulus dah menjadikan kos tuisyen RM 300-375 bagi seorang pelajar. Kos ini akan membuatkan ibubapa mereka yang di bandar kurang mampu untuk biayainya.

Untuk mengatasi masalah ini, kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

"HELP TUISYEN" adalah jalan penyelesian yang terbaik kerana ianya akan diseliai oleh guru guru mahir dalam mata pelajaran tersebut secara percuma. Program tuisyen ini bermula sekarang hingga SPM. Untuk memantap lagi ilmu pengetahuan mereka, kami biro akan menyediakan juga beberapa program tambahan seperti program motivasi, buku tambahan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara bersama ibu bapa serta PIBG sekolah.

Selanjutnya jika terdapat pelajar pelajar yang gagal mendapat skor yang diperlukan, kami di Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan berusaha membantu pelajar pelajar ini masuk ke IPTA seperti di UiTM, KPTM, Giat Mara, Kolej Profesional Mara, UniKL, Kolej Kemahiran dan lain lain lagi.

Setiap parlimen, saya sebagai pengerusi biro ini mencadangkan dan mensasarkan 100 pelajar sebagai anak angkat Pemuda. Kami yakin program ini akan mendapat impak yang merangsangkan dari pelajar, terutama para ibubapa yang memerlukan bantuan ini. Kami dari Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus mencari jalan dan mekanisma untuk membantu "meringankan beban" golongan kurang berkemampuan atau miskin bandar menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin

Pergerusi BiroHal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Wednesday, 26 March 2014

@NazirHussin79 PPUM Terima Kasih 26 Negara & Media Tempatan @NajibRazak @khairyKJ #MH370


KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pada hakikatnya, kita wajar berterima kasih kepada 26 buah negara sahabat kita yang bergabung tenaga dan usaha dalam menjejaki kehilangan pesawat MH370 sejak dari awal lag termasuk menggunakan kesemua teknologi yang ada termasuklah satelit dan radar, bukannya mempertikaikan penyatuan 26 buah negara ini dalam membantu Malaysia.

EXCO Pererakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kumpulan atau orang-orang tertentu yang mempertikai usaha operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk bantuan dari 26 buah negara lain dalam operasi ini memperlihatkan kebodohan mereka menilai semangat setiakawan dan pada hakikatnya, mereka yang suka mempertikai ini sekadar mencari perhatian dan mahu merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

"Sebagai seorang manusia yang normal, sejak hari pertama berita kehilangan MH370 ini, saya sendiri telah mulai resah dan mendoakan agar pesawat ini akan segera ditemui dengan semua anak kapal dan penumpangnya selamat.

Namun selepas pengumuman penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Mac lalu, bahawa MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi, saya ingin kongsikan perasaan sedih bersama semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah, namun tetap berkongsi kesedihan kehilangan sanak saudara dan saya berharap, mereka tabah melalui dugaan ini.

Namun, kita harus berbangga dan memberikan penghargaan yang tidak terhingga terhadap pasukan keselamatan kita yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)  MH370 ini serta penghargaan kepada pasukan SAR dari 26 buah negara lain yang turut menyumbang tenaga dalam operasi ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Tambahnya, bagi mereka yang nak memperlekeh dan mempertikai kemampuan Malaysia dalam operasi ini dan mempertikai bantuan pasukan dari 26 negara yang turut membantu ini, apa salahnya mereka sendiri menawarkan diri untuk menjadi anggota pasukan SAR ini termasuk menyertai operasi di Selatan Lautan Hindi yang kita sedia maklum bahawa sepenuh perhatian sekarang, bahawa operasi SAR ini tertumpu di Lautan Hindi.

"Nasihat saya kepada `mereka dan kumpulan-kumpulan' ini, agar jangan 'borak atau gebang lebih' ibarat anjing menyalak bukit kerana kalau setakat bercakap atau menyalak di pentas-pentas ceramah, di warung-warung kopi ataupun sekadar coretan di laman-laman media sosial, pesawat MH370 ini tetap akan terus meng'hilang'kan diri atau bersemadi di Lautan Hindi.

Sebaliknya usaha tanpa jemu pasukan SAR dari negara kita dan sahabat dari 26 buah negara lain itulah yang akan mencari bukti hilangnya pesawat ini di dalam Lautan Hindi, serta mencari kebenaran mengapa MH370 tersasar dari perjalanannya dari KL ke Beijing 8 Mac lalu dan 'mengakhiri' perjalanannya di Selatan Lautan Hindi sebagaimana yang diumumkan PM baru-baru ini.

Persoalannya, adakah mereka yang mempertikai kerjasama 26 buah negara ini sudi untuk menghulurkan bantuan atau menjadi sukarelawan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 di Selatan Lautan Hindi ini atau mereka sekadar 'borak kosong' untuk membuat lawak jenaka bersama penyokong-penyokongnya semata-mata," tambahnya lagi.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
merangkap Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa

Thursday, 12 December 2013

@NazirHussin79 Menyelar dan Membantah @syedhamidalbar #Lifestyle @NajibRazak @Khairykj


KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar kenyataan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syeh Hamid Albar yang membayangkan kenaikan Harga tambang LRT.

Nampak seakan-akan akan perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan HARGA PERKHIDMATAN tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima Rakyat khususnya di kawasan bandar ini.

KERAJAAN sebelum ini telah mengalakkan Rakyat khususnya Warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan jerat untuk pengguna khususnya Warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos Sara Hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.

Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan Rakyat yang telah memberikan kemenangan Kepada BN Dalam pilihanraya umum ke13 yang lalu?

Sehubungan dengan itu, pemuda memdesak pihak KERAJAAN untuk menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan yang buruk Kepada Rakyat khususnya Warga kota yang berpendapatan sederhana yang Saban hari menggunakan perkhidamatan pengaangkutan awam Setiap hari .

Pihak SPAD perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh 5 tahun ini yg memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan.

Kerajaan perlu membuat peningkatan kos terhadap apa juga keperluan rakyat sejajar dgn peningkatan pendapatan, pada masa  ianya tidak sesuai memandangkan purata pendapatan penduduk bandar masih rendah.

Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ianya bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat.

Spad seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yg rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.

Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
EXCO pemuda UMNO Malaysia 
Merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar&Perumahan

Friday, 11 October 2013

@NazirHussin79 Yang Kuat Bekerja Perlu Dipilih Semula Pada Pemilihan PPUM @Khairykj


NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA (PENYANDANG)
NO 07
KENAPA PERLU KEKALKAN DAN BERI UNDIAN KEPADA NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN, CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA NO 07 ???
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN SEORANG EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB PADA JAWATAN YANG DIBERI MANDAT OLEH PERWAKILAN PADA PEMILIHAN TAHUN 2008 !!!

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN DIBERI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGERUSI BN YOUTH JOB FAIR. NAZIR HUSSIN BEKERJA KERAS MENYEDIAKAN PELUANG PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN ORANG MUDA YANG MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI  PADA SETIAP TAHUN DI BN JOB FAIR DI SERATA MALAYSIA !!!

TM YANG MENGENALI NAZIR HUSSIN, MENYATAKAN BAHAWA NAZIR HUSSIN PERLU DIKEKALKAN DAN DIPILIH SEMULA OLEH PERWAKILAN PEMUDA CAWANGAN PADA PEMILIHAN KALI INI !!!

SAYA UNDI CALON 07 NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN !!!

MOHON SOKONGAN