Showing posts with label Khairul Azwan Harun. Show all posts
Showing posts with label Khairul Azwan Harun. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

@mohdrafiq2020 Usaha Dan Sumbangan Biro Pelajaran PPUM @Khairykj @azwanbro


Dari Melaka bergegas ke Kg Selayang Lama di Parlimen Batu !!!

Hari ini, Mohd Rafiq Naizamohidden, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Pelajaran PPUM telah datang ke kawasan Parlimen Batu untuk menyerahkan peralatan asas persekolahan kepada 6 anak yatim yang kehilangan ayah mereka dua hari sebelum bulan Ramadan yang lalu.








Keenam enam anak tersebut merupakan anak kepada Mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Batu iaitu Saudara Mohammed Ali Oodin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru paru. Semasa hidupnya Mohammed Ali berjasa dan berkhidmat kepada masyarakat melalui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Arwah amat disenangi masyarakat Kg Selayang Lama

Kedatangan Saudara Mohd Rafiq untuk memastikan anak anak arwah Mohammed Ali tidak mengalami masalah untuk menerus pelajaran mereka akan datang. Sedikit sebanyak sumbangan ini telah membuat anak anak yatim tersebut menjadi gembira.

Semoga Saudara Mohd Rafiq akan meneruskan usaha murni memastikan anak anak kurang bernasib baik dapat pembelaan sewajarnya.

Tuesday, 16 September 2014

@razlanrafii Mengucapkan Selamat Hari Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro #16Sept


Mohd Razlan Muhammad Rafii selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa.

Thursday, 19 June 2014

Apa Hal @NazirHussin70 Menyekolahkan @Khairykj & @azwanbro Sebagai Pengajaran @NajibRazak


Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

Kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendapat cara yang terbaik membantu keluarga golongan sasar ini dengan bantuan melalui pendidikan anak anak mereka dulu seperti kos tuisyen. Seperti yang diketahui ramai, kos tuisyed bagi satu matapelajaran teras yang wajib lulus SPM berharga antara RM 60-75 atau jika 5 matapelajaran wajib lulus dah menjadikan kos tuisyen RM 300-375 bagi seorang pelajar. Kos ini akan membuatkan ibubapa mereka yang di bandar kurang mampu untuk biayainya.

Untuk mengatasi masalah ini, kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

"HELP TUISYEN" adalah jalan penyelesian yang terbaik kerana ianya akan diseliai oleh guru guru mahir dalam mata pelajaran tersebut secara percuma. Program tuisyen ini bermula sekarang hingga SPM. Untuk memantap lagi ilmu pengetahuan mereka, kami biro akan menyediakan juga beberapa program tambahan seperti program motivasi, buku tambahan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara bersama ibu bapa serta PIBG sekolah.

Selanjutnya jika terdapat pelajar pelajar yang gagal mendapat skor yang diperlukan, kami di Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan berusaha membantu pelajar pelajar ini masuk ke IPTA seperti di UiTM, KPTM, Giat Mara, Kolej Profesional Mara, UniKL, Kolej Kemahiran dan lain lain lagi.

Setiap parlimen, saya sebagai pengerusi biro ini mencadangkan dan mensasarkan 100 pelajar sebagai anak angkat Pemuda. Kami yakin program ini akan mendapat impak yang merangsangkan dari pelajar, terutama para ibubapa yang memerlukan bantuan ini. Kami dari Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus mencari jalan dan mekanisma untuk membantu "meringankan beban" golongan kurang berkemampuan atau miskin bandar menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin

Pergerusi BiroHal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Saturday, 15 February 2014

@razlanrafii Dan Pemuda WP Seberang Lautan Cina Selatan Utk Berbakti @TengkuAdnanReal @azwanbro






Untuk pengetahuan pembaca blog TM bahawa Saudara Mohd Razlan Rafii dan Exco Pergerakan UMNO Wilayah Persekutuan telah berangkat menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan. 

Pada hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Konvoi Prihatian 1 Labuan untuk menyerahkan bantuan kepada orang kampung dari golongan yang kurang bernasib baik. Program ini dibantu banyak oleh saudara Mohd Rafi Ketua Pemuda Labuan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO WP yang telah berjaya coordinate program ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Turut bersama di program konvoi ini ialah Saudara Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Friday, 7 February 2014

@razlanrafii Tolong Jangan Sondol @azwanbro Tapi Langgar Je @anwaribrahim Di #Kajang @Khairykj



Anak jantan pantang berundur ! Bapak angkat UMNO Bahagian Ulu Langat, Khairul Azwan Harun akan gempur Anwar Ibahim habis habisan di Pilihan Raya Kecik Dun Kajang !!!

Tuesday, 17 December 2013

@azwanbro Mula Menunjuk Taring Pemuda UMNO Malaysia @NajibRazak @Khairykj #Lifestyle





Kenyataan Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Menteri yang berkata bahawa "Kenaikan tol adalah munasabah. Kalau rakyat ridak hendak bayar tol, sila guna jalan lain" telah mendapat respon dari Khairul Azwan Harou, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Khairul Azwan atau lebih mesra dikenali sebagai AzwanBro telah membidas kenyataan Abdul Wahid yang kurang peka pada bebanan rakyat. AzwanBro tidak bersetuju dengan kenaikan tol tol di lebuhraya kerana adalah mustahil lebuhraya lebuhraya yang menpunyai pengguna harian yang banyak tidak mendapat keuntungan. Kajian terperinci perlu diadakan untuk mengkaji kesan sampingan atau domino impact jika bayaran tol dinaikan.

"Terpulang kepada rakyat untuk memilih ... bukannya untuk anda memberitahu rakyat untuk memilih"

Pesanan AzwanBro kepada "pemimpin yang tidak menjiwai rakyat ... TAK LAYAK JADI PEMIMPIN !!!

Bagi TM ini la Pemuda UMNO Malaysia yang TM ingin lihat tulang belakang Malaysia dan Pembela Raykat !!! Maka TM terpaksa berikan tumb up kepada AzwanBro !!!