Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts

Sunday, 28 September 2014

@NazirHussin79 Beri Amaran Alvin Tan ! Berani Ulang Fuck UMNO di Malaysia @Khairykj


KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO KECAM PERBUATAN KURANG AJAR ALVIN TAN
Pemuda Umno mengecam perbuatan kurang ajar blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook.
Perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.
Ini antara perkara dan sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini.
Kenyataan ini berikutan tindakan Alvin yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya.
Alvin, 46, yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.
Perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan yang sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara.
Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu.
Perbuatan Alvin ini adalah contoh kejayaan parti pembangkang khususnya DAP dalam memupuk kebencian terhadap pemimpin negara dan menyemai benih perkauman.
Mereka (DAP) sering membuat provokasi sehingga menyebabkan ada generasi muda yang tidak lagi hormatkan pemimpin, malah melahirkan generasi yang sangat kurang ajar seperti Alvin Tan.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Monday, 22 September 2014

@Johan_Jaafar Sila Jaga Anak Baik Baik @NajibRazak #SokongAktaHasutan



Syahredzan Johan, anak kepada Tan Sri Johan Jaafar dan Pengerusi Komuniti Peguam Muda Kebangsaan (NYLC) Majlis Peguam (Bar Council) merupakan individu lantang yang MEMPERTIKAIKAN Akta Hasutan.

Beliau sedang mengepalai kempen di bawah Majlis Peguam selama setahun untuk MENDESAK kerajaan menghapuskan Akta Hasutan, kononnya atas nama kebebasan bersuara dan hak kesamarataan.

Akta Hasutan yang selama ini menjadi undang-undang untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu, agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan menjaga keharmonian negara sedang cuba dirobek dan dimusnahkan oleh anak muda liberal bangsat ini.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita tunjukkan makna sebenar 'kebebasan bersuara' kepada anak muda yang tidak mengenang budi.

Dan berikan mesej Syahredzan sebagai bukti, inilah suara kita rakyat Malaysia!

Mohon disebarkan dan dipanjangkan.

#SokongAktaHasutan
#SAH
#GerakSAH

Saturday, 25 May 2013

@tianchua Yg Selalu Bercakap Besar Meronta Mengalahkan Budak Kecil #TolakPR


Kita selalu tengok si Tian Chua bercakap besar dan bongkak di hadapan penyokong pr tapi kali ini kita tonton pulak Tian Chua nak menangis dan meronta mengalahkan budak tadika nak masuk kelas apabila polis mahu membawa ke lokap Balai Polis Jinjang.

Thursday, 14 March 2013

@tianchua Bacul Takut Nak Mengaku Salah #TolakPR


Tian Chua mengaku tidak bersalah dakwa pencerobohan sandiwara UMNO.

Ahli Parlimen Batu yang paling tak berguna dan pemalas, Tian Chua yang juga lidah kepada Raja Auwtar Malaysia, si Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) merangkap ketua penerangan rejim PKR membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Klik SINI untuk cerita berkaitan !!!


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.

Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu. 

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dari RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 


Insyallah si mulut longkang ini akan dihukum setimpal dan kuasa rakyat Batu akan menghukum Tian Chua pada PRU akan datang !!!