Showing posts with label Pelampau PAS. Show all posts
Showing posts with label Pelampau PAS. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Niat Sedekah Dan Zakat Kepada Keluarga @PDRMsia yang Syahid Di Lahad Datu


Rakyat Malaysia yang menyokong pasukan keselamatan kita, yang ada wang yang berlebih dan ingin bersedekah kepada balu balu dan anak anak mereka (yatim) juga keluarga mangsa insiden Lahad Datu . Ya betul wang ringgit tidak dapat kembalikan suami mereka atau anak mereka yang gugur syahid tapi ianya serba sedikit meringankan beban kepada keluarga mangsa. Harap kepada rakyat yang simpati terhadap keluarga mereka yang terkorban dapat sebarkan dalam apa juga medium yang ada demi kita sama-sama ringankan beban keluarga syuhada Lahad Datu dan juga keluarga-keluarga anggota keselamatan yang lain, samada yang akan datang maupun yang sebelumnya

Jangan tertipu dengan Tabung Milo pelampau PAS celaka yang cuba mencari nama atau cuba populis dengan mempolitikkan kesedihan yang melanda keluarga syuhada !

Klik SINI untuk cerita tabung milo


Datang menjemput jenazah pun tidak..datang solat jenazah pun tidak..datang jengok keluarga syuhada pun jauh sekali..tiba-tiba nak bantu kutip duit ? 

TM pun tak nampak sesiapa pemimpin pemimpin tertinggi dari rejm PKR, pelampau PAS atau gerembolan DAP ketika jenazah tiba di lapangan terbang. Bagi TM mereka ini hanya kata mesra anggota keselamatan tapi sebenarnya mereka ini anti anggota keselamatan !!!

Saturday, 2 March 2013

Tabung Parajurit Tragedi Lahad Datu Pemuda Pas Malaysia Meragukan #TolakPR


Sebagaimana kita mengetahui bahawa Tabung Memali anjuran pelampau PAS menpunyai masalah, di mana tabung kononya bertujuan untuk membantu balu dan anak yatim tragedi Memali telah diselewengkan oleh pelampau PAS !!! Balu dan anak anak yatim tragedi Memali tidak menerima wang kutipan tersebut. Malahan jumlah sebenar kutipan tersebut tidak pernah dinyatakan kepada umum dan kemana pergi hasil kutipan tersebut pun juga tidak diketahui !!!

Kini pelampau Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil kesempatan untuk membuat kutipan bernama 'Tabung Parajurit Tragedi Lahad Datu' !!!

Persoalan dari TM adalah seperti berikut :-
1. Bila akaun bank ini dibuka ?
2. Kalau ini akaun bank yang lama dibuka, tidakah akan campur dengan duit kutipan tin milo mereka?
3. Kalau akaun ini bercampur dengan duit lain, bagaimana mereka hendak membeza kemasukan wang tersebut ?
4. Adakah pelampau PAS ini akan menyerah semua hasil kutipan tabung ini kepada keluarga mangsa tragedi Lahad Datu ?
5. Masalah kutip tragedi Memali pun masih belum selesai, kenapa nak menipu lagi ?

TM rasa cukup lah 5 soalan untuk puak pelampau PAS ini, bagi TM mereka ini bukan lah dari golongan yang amanah. Kutipan ini tidak seharusnya buat oleh mereka ini, puak yang mengambil kesempatan mencari duit tambah.

Bagi TM, adalah lagi baik kalau ada pihak meminta akuan bank keluarga mangsa tragedi Lahad Datu dan kita yang ingin membantu bankin terus ke akaun mereka !!!

Klik sini untuk berita lanjut !!!