Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts
Saturday, 11 May 2013
@razlanrafii Suruh Pengerusi SPR Bertindak ! Jangan Takde Telo ? #PRU13 #GE13 #TolakPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan fitnah yang boleh menjatuhkan imej badan berkecuali itu dalam menyelia perjalanan proses pilihan raya di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, fitnah tersebut jika berterusan dibimbangi memberi kesan negatif kepada SPR dan mungkin terhadap Kerajaan Persekutuan yang dituduh secara tidak langsung terlibat dalam mengawal segala tindakan SPR.
Katanya, sikap berdiam diri SPR bakal memburukkan lagi keadaan semasa dan tanggapan terhadap kelemahannya akan terus dipersoalkan, dijaja serta diragui oleh rakyat.
“Sehubungan itu satu tindakan tegas harus diambil bagi membendung gejala tidak sihat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang banyak disebarkan di laman sosial terhadap SPR.
Tambah Mohd Razlan, pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diibaratkan seperti rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
“Rakyat menggunakan pelbagai medium untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, ada yang berpuas hati dan ada sebilangan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu," katanya.
Friday, 15 March 2013
@MuhyiddinYassin Peringat Rakyat Malaysia Rancangan Jahat Pembangkang Arahan @anwaribrahim #TolakPR
Pakatan Pembangkang dikenalpasti bakal mencetuskan huru-hara menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang. niat jahat pakatan pembangkang untuk menimbulkan huru hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ianya sengaja dicetuskan ekoran rasa bimbang pimpinan Pembangkang dengan kebangkitan rakyat yang semakin menyokong Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak peranda," katanya kepada pemberita selepas Majlis 'Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri' dekat Bukit Sentosa.
Oleh itu orang ramai perlu berhati hati dengan puak puak pembangkang ini kerana kita semua sering kali melihat demo demo jalanan yang mereka lakukan. Ini semua adalah bagaimana mereka melatih pengikut pengikut mereka melakukan porak peranda bila sampai masa ketika mereka mengalami kekalahan pada PRU nanti !!!
Sama sama kita bersatu untuk jatuhkan puak puak pembangkang ini. Aku pangkah Dacing !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

